Blog ini telah mengalami masalah Bandwith Limit Exceeded awal pagi tadi (kira-kira jam 5 pagi) setelah monthly bandwith 50gb telah digunakan walaupun baru seminggu. Bandwidth adalah jumlah data yang diguna oleh laman web untuk tempoh masa sebulan, tetapi saya terlupa untuk memeriksa bandwidth yang telah menghampiri tahap tepu.
Untuk maklumat semasa, bandwidth akan digunakan sekiranya, ada orang membaca blog ini (terimakasih), sewaktu pengujung menulis komen di blog ini (terimakasih) atau sewaktu saya menulis entri baru. Bandwidth sesebuah laman web juga boleh kehabisan mungkin berpunca dari kecurian bandwidth iaitu semasa proses hotlinking.
Selepas menghubungi pihak hosting (terimakasih atas tindakan pantas) dan menambah bandwidth sebanyak 10gb keadaan blog masih dalam tahap kritikal ( alert warna merah ).
Untuk mengelakkan keadaan kehabisan bandwidth ini berlaku berterusan, saya telah membuat keputusan untuk mengunakan CDN yang berfungsi mengurangkan penggunaan bandwith. CDN adalah singkatan kepada Content Delivery Network.
Bagaimana CDN ini bertugas.
Tujuan asal CDN wujud adalah untuk mempercepatkan loading website terutama yang banyak image dan multimedia file (flash dan sbgnya) bila di access dari mana2 ceruk rantau kat dunia ni dan lagi satu untuk mengurangkan hit pada server asal (di mana semua file original di hostkan).
Bagi kes blogger di Malaysia, termasuk ondscene.my, penggunaan bandwidth sangat tinggi dan kadang2 melebihi dari quota bandwidth yang diberi oleh hosting. Harga bandwidth di Malaysia masih lagi tinggi. Jadi, penggunaan CDN dari luar negara boleh mengurangkan kos membayar bandwidth yang tinggi.
Ini adalah contoh mudah bagaimana CDN berfungsi bagi blog ini. Katakan blog saya dihostkan di server lokasi A . Pada suatu hari yang indah, Lisa Surihani atau Farid Kamil mengakses blog ini dari lokasi B , server CDN yang terdekat dengan mereka secara automatik akan synchronizekan data tentang blog saya kepada pc mereka dengan cepat tanpa perlu disambungkan kepada origin server di lokasi A.

Bayangkan sebuah laman web yang menerima pengunjung serentak terlalu ramai seperti google, youtube atau pun facebook – katakan pada satu ketika terjadi overload atau server down. Jika laman web ini menggunakan prinsip tradisi dengan host pada satu server sahaja – keseluruhan operasi laman web tersebut gagal untuk diakses.
Ya! google, youtube, facebook antara laman web yang menggunakan CDN.

Dengan menggunakan CDN, sekiranya satu server down, pengunjung masih dapat mengakses laman web tersebut dengan server CDN yang terdekat dengan mereka dari seluruh dunia.
Kepada mereka yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan CDN dan memerlukan lebih maklumat dan penerangan, saya syorkan mereka menghubungi Mr.Kay di orange4k.com
Kepada pembaca, teruskan melayari ondscene, semoga anda dapat melayarinya dengan selesa dan tiada gangguan.














sebenarnya awal lagi dah tak boleh akses…. pukul 4 pagi saya dah sedar tapi tak sampai hati nak hubungi tuan blog, mana tau masa tu tengah tidur rehat dari penat lelah ( rupanya tgh berpeluh tepi highway )
Blog saya pernah kena bandwidth limit exceeded 2 kali. Nasib baik pihak hosting sgt cepat memberi bantuan . Customer service dari Serverfreak very friendly dan mudah dihubungi.
Satu lagi punca bandwidth bertambah ialah bila line slow dan user keep refresh … :p
Terima kasih kerana berkongsi ilmu.
Saya masih bercadang untuk mencari servis domain.
terima kasih kerana mencadangkan serverfreak. Saya pernah tengok blog lain yang mengalami masalah sama mengambil masa beberapa hari untuk diselesaikan.
tu dia dah guna cdn. Mmg tinggi la ni yg hit masuk. 50gb/7, 7gb sehari. Wow
Untuk bulan September walau dah guna CDN, keadaan masih tahap kritikal
sekarang kegunaan bandwidth 53gb – 88% used dah ni
Guna cdn pun , mesti tak cukup sehingga akhir bulan. Perlu tambah 10gb lagi kot….dan InsyaAllah… mulai bulan Oktober keadaan akan kembali teratur.
sy dok rasa..kes boleh cecah limit bandwidth ni sebab bro migrate dari host lama ke host baru.so tengah dok pindah2 barang yg berlambak2 tu..dan testing2..setup blog ni.. masa tu makan bandwidth banyak.after this i think boleh maintain seperti biasa ja.. =) sekadar pendapat.