Kuala Lumpur
Saya tak sempat untuk update banyak kes sejak beberapa hari ini kerana kesibukan yang teramat sangat.
Antara yang akan saya siarkan, rampasan dan lumpuhnya satu rangkaian mengilang dan mengedarkan 25 produk yang amat terkenal dalam jualan langsung – produk yang diuji mengandungi sildenafil dan tadalafil – produk ransangan seks.
Rampasan bernilai kira-kira RM5 juta ringgit.
Dan , sebentar tadi, Marnie atau Mimie, kisah gadis yang dilarikan pengkid dari Semporna Sabah ke Kuala Lumpur bulan lalu,telah berjaya ditemui semula lewat malam tadi.
Jam 3-30 petang tadi, bapa saudaranya , Ali Bais segera membawanya pulang ke Tawau sebelum dihantar ke Semporna menaiki pesawat Air Asia dan telah selamat mendarat sebentar tadi.
Saya akan siarkan kes ini secepat mungkin. Saya juga akan cuba mendapatkan foto kepulangan Marnie di Semporna dengan bantuan bapa saudaranya, Ali Bais.
Sekali lagi, mohon maaf akan kelewatan yang tidak dapat dielakkan ini.
Salam ondscene
Kuala Lumpur








kami yang ketagih 'rangsangan' dari blog ni walau tanpa berita berunsur seks.
tiba masa kena lantik 2-3 author ( kumpulan sokongan)
jgn 'ketagihan' melampau sudahhh~
saya tertunggu tunggu ttg dedahan brg yang dirampas tu. sbb gambar dlm berita tidak jelas dan kelihatan spt brg yg digunakan keluarga skrg.