Salam kepada semua
Keadaan kesihatan ibu saya sudah agak stabil, dan terimakasih atas doa anda semua.
Hanya Allah yang dapat membalasnya.
Dia dah boleh bercakap dan mula dapat makan/minum susu dan hari ini akan mendapat rawatan susulan sakit batu karang di HKL dari Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.
Rawatan susulan penyakit kanser juga dilakukan.
Posting yang tertangguh akan saya mula update hari ini dan memohon maaf kepada anda yang masih belum dapat melihat berita/foto kes-kes terdahulu.
Terimakasih akan kesetiaan anda melawat blog ini walaupun mungkin ada antara anda yang berdebar-debar menanti berita seterusnya.
Ini kerana saya ada menerima beberapa email mengenai betapa terkejutnya mereka bila membaca berita, ia ada kaitan dengan mereka seperti saudara, rakan, rakan sebilik rakan sekerja, jiran, kawan sekampung, kekasih, suami, isteri atau sesiapa jua yang dikenali.
Sesungguhnya, semuanya adalah ketentuan Illahi yang kita redha menerimanya.
Setiap berita yang saya buat liputan, secepat yang boleh, saya akan postingkan dahulu maklumat asas seperti nama , lokasi kejadian dan akan menyusul dengan foto dan berita penuh.
Ini sekurang-kurangnya bagi memberikan berita awal kepada mereka yang mempunyai kaitan dan belum mengetahuinya.
Saya akan usahakan untuk link blog semua berita yang berkaitan dengan kes-kes liputan saya ini supaya pembaca dapat gambaran siapakah rakan-rakan, saudara, ahli keluarga mangsa yang turut menyiarkan luahan mereka di dalam blog mereka.
Blog baru saya http://ondscene.my/ juga masih ada beberapa error yang tidak sempat untuk saya perbetulkan kerana masa yang amat tidak mengizinkan.
Kepada mereka yang menyertai pertandingan, harap bersabar kerana saya masih review banyak penyertaan. Jangan risau, hadiah akan tetap diberikan!!!
Semua kelewatan ini, adalah kerana blog ini bukan dibuat dengan dana atau bantuan sesiapa, tetapi adalah inisiatif saya sendiri yang akhirnya saya wajib menumpukan beberapa jam untuk updatenya.
Mungkin suatu hari nanti, saya terpaksa memikirkan untuk menggajikan kakitangan untuk update blog ini dan melantik wakil di seluruh negara jika ada dana dari sumber yang tak tahu dari mana…!!!
Salam hormat
ondscene.sham







Moga Allah SWT menganugerahkan kesihatan yang baik kepada ibumu.
Dan demi tatapan pengunjung, mudah mudahan turut disisipkan dengan doa atas kesejahteraan penulis – encik shamsul kita ni.
p/s: aku nak mintak kerja dengan kau untuk tolong update. Berapa gaji? Bro, nanti petang sikit aku contact, sebab ada benda nak cakap.
semoga ibu saudara (eh eh mcm formal gila pulak HAHAHHA)dikurniakan kesihatan dan sembuh spt sediakala.
amin.
InsyaAllah.. semoga beliau sihat kembali..
wah wah wah.. nak gaji kan pekerja pulak yek..??
hik hik hik..