Berbuka Puasa Bersama Airod

Berdiri kiri- Azri , Hazlyn
Duduk kiri – Mohd Aidil, Ondscene, Angelina

Dewan Perdana Felda
Kuala Lumpur
20 Ogos 2010
7-30 malam

Dalam bulan Ramadhan ini, nampaknya  banyak blog memaparkan mengenai berbuka puasa samada di rumah, di kedai, jemputan dan majlis yang diadakan oleh organisasi tempat anda bekerja.

Kiri – Yoelian Bambang, Mohd Aidil, Ondscene, Angelina, Norhidayu, Hazlyn

Rasanya, ondscene pun sesekali nak menyelitkan entry sebegitu dalam blog ini…

Inipun kira di tempat kejadian juga…!!!

Kol Fadjar dan YM Raja Iskandar
Banyak jemputan untuk majlis berbuka puasa diterima.

Tiga hari lalu, Encik Azri Dali ,Manager Marketing Research & Media, Airod Sdn Bhd menelefon menjemput saya ke majlis berbuka puasa yang diadakan pihaknya.

Hazlyn dan suami, Mohd Fadzil

Sebenarnya, jika tiada kes datang secara mengejut, maka tertunailah permintaan itu.

Mohd Fadzil, Kol Fadjar, YM Raja Iskandar

Hari ini, saya ke Dewan Perdana Felda , Jalan Semarak, memenuhi jemputan itu.

kanan sekali – Roziana

Turut bersama ,3 wartawan Utusan Malaysia iaitu Angelina Sinyang (dia ni rajin juga berpuasa), Roziana dan Norhidayu (wartawan pelatih dari Universiti Putra Malaysia -    dan Pegawai Komunikasi Seranta Mohd Aidil Husni.

YM Raja Iskandar, Yoelian Bambang, Mohd Aidil

Duduk semeja dengan saya ialah Atase Udara Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) Kolonel Pnb Fadjar P, Penolong Atase Pertahanan KBRI Yoelian Bambang Ariyanto.

Hazlyn, Mohd Fadzil, Kol Fadjar

Bersama kami juga, YM Raja Iskandar Shah Raja Yusof - Director of Sales International & Commercial Progress Airod Sdn Bhd, Hazlyn Hamid – Executive, Business Development Airod Sdn Bhd dan suaminya, Mohd Fadzil Fathil Director Proven Niche Sdn Bhd.

Nah, siapa kata ondscene hanya berada di jalanraya…!!!

Sesekali , nak juga merasa dunia seperti orang lain rasa…!!!

Terimakasih Airod.

Untuk makluman, Azri dan Hazlyn juga merupakan pembaca blog ondscene…

Post Lain Yang Berkaitan

4 Comments

  • Pada 2010.08.20 15:28, zulkbo menulis:

    Salam..bertandang lagi..
    apa khabar?Semoga anda selalu
    sihat dan di rahmati Allah jua
    hendaknya..

    • Pada 2010.08.21 02:19, azridali menulis:

      Terima kasih kerana sudi hadir bersama rakan-rakan untuk berbuka puasa.

      Blog ni menarik dan saya bacanya selalu.

      Selamat menjalankan tugas dan selamat berpuasa.

      Salam. Azri.

      • Pada 2010.08.22 10:33, Fadzil Jalil menulis:

        heheheee…. nampak lepat

        • Pada 2010.08.28 10:40, Dila.13 menulis:

          sekali sekala post diluar norma tak salah :)

          You must be logged in to post a comment.