CABARAN BERITA ONDSCENE (SIRI 1)
1 Hadiah Utama – Sony Cybershot DSC-S2000 (10.1MP)
3 Hadiah Saguhati – Pendrive 4GB
1 Hadiah Khas – Sony DVP-NS518 (Multi Disc Playback DVD Player)
(kemaskini jam 11.35 pagi 19 Dis 2010)
Blog ondscene ini telah wujud lebih 2 tahun lalu.
Anda disajikan dengan pelbagai bahan berita yang mana, kira-kira 95 peratus dari kandungannya adalah pengalaman saya sendiri.
Banyak bahan dari blog ini turut disiarkan oleh banyak media di negara ini.
Kepada pembaca ondscene, anda selalunya menjadi yang pertama dan terpantas mendapat bahan berita lengkap dengan foto di tempat kejadian, dan kebanyakannya juga adalah berita eksklusif.
Sokongan anda sebagai pembaca, amat dihargai, dan sehingga ini, counter ondscene terus meningkat menuju 4 juta.
Bagi menghargai anda yang turut menjadikan blog ini sebagai bahan rujukan, saya mengadakan pertandingan khas untuk anda, supaya blog anda juga akan turut dibaca oleh kita semua.
Saya namakan sebagai CABARAN BERITA ONDSCENE.
Cabaran ini akan berlangsung sepanjang tahun dengan dibahagikan kepada beberapa siri.
Siri 1 akan bermula dari 18 Dis 2010 sehingga 15 Februari, 2011
Tujuan:
1. Memberikan anda pengalaman menjadi wartawan yang melaporkan sesuatu kes/kejadian, berpandukan fakta dan bukan sekadar penonton.
2. Ruang bagi saya untuk menaikkan jumlah pembaca blog anda.
3.Melatih diri supaya melaporkan sesuatu itu dengan rasa tanggungjawab dan setepat dan sepantas yang boleh.
Syarat:
1. Terbuka kepada semua pembaca blog ondscene, dan mempunyai blog sendiri, tanpa mengira umur,jantina, bangsa dan ugama.
2. Bahan hendaklah di dalam Bahasa Malaysia sahaja.
3. Tema untuk kali ini ialah samada Kemalangan, atau Operasi Menyelamat.
4. Foto bahan berita hendaklah dirakam oleh anda sendiri atau ahli di dalam kumpulan anda. Foto dari pihak lain/pihak ketiga tidak dibenarkan.
5. Bahan hendaklah disiarkan di dalam blog anda sendiri dan bukan anda tumpang pada blog lain.
6. Semua kes/kejadian berlaku di Malaysia sahaja.
7. Semua foto yang disiarkan , hendaklah diletakkan ‘watermark’/tulisan berikut di atas foto di ruangan bawah sekali: CB ONDSCENE.
8. Anda perlu mendaftar di ruangan daftar di side-bar kanan blog ini sebelum menyertai cabaran ini.
Cara:
1. Sila rujuk bahan yang disiarkan terdahulu di dalam blog ini sebagai panduan.
2. Tulis berita Kemalangan/Operasi Menyelamat, berpandukan apa yang anda alami,terserempak, mendapat maklumat atau anda ketahui.
3.Siarkan bahan berita itu di dalam blog anda sendiri, kemudian sila emailkan kepada saya maklumatnya.
4. Saya akan letakkan link bahan berita itu pada sebelah kanan blog ini supaya pembaca lain akan dapat membacanya, sekaligus anda akan menerima pelawat baru.
5. Bahan berita hendaklah disiarkan dalam tempoh 48 jam dari kejadian berlaku. Melebihi tempoh itu, bahan anda tidak layak untuk dipertandingkan.
6. Anda boleh menulis sebanyak mana bahan berita yang anda mampu sepanjang tempoh ini.
7. Sebarang maklumat palsu, ditokoktambah atau meragukan adalah dilarang, dan secara otomatik, bahan berita itu akan digugurkan dari menyertai pertandingan ini.
8. Minima 5 keping foto hendaklah dimasukkan di dalam bahan berita anda dan maksima 30 keping foto.
9. Wartawan /jurufoto akhbar, majalah dan media penyiaran dan berita online tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.
10. Pertandingan ini bermula kejadian yang berlaku dari jam 6 petang 18 Dis 2010 dan tamat jam 11.59 malam, 15 Februari, 2011.
11. Jam 11.59, 17 Februari 2011 adalah waktu dan tarikh akhir menghantar penyertaan untuk Siri 1 ini.
12.Pemenang akan diadili berdasarkan nilai berita, foto, fakta dan cara persembahan anda termasuk gaya bahasa dan juga kecekapan anda mendapatkan maklumat.
13. Anda diminta berhati-hati dalam membuat laporan dengan tidak menyentuh sensitiviti mana-mana agama, kaum dan juga perkara yang negatif serta boleh memudaratkan atau yang menyalahi undang-undang kerana anda bertanggungjawab akan segala apa yang anda laporkan.
14. Ondscene berhak menolak mana-mana penyertaan yang tidak bersesuian atau tidak menepati atau melanggar syarat-syarat tanpa sebarang kompromi.
15. Ondscene juga akan menggunakan mana-mana bahan dalam penyertaan anda sebagai sebahagian untuk bahan di dalam blog ini dengan kredit dan link akan diberikan di dalam laporan itu.
16. Keputusan pemenang Cabaran ini akan diumumkan pada 28 Februari, 2011.
17. Hadiah akan disampaikan pada satu majlis yang akan diumumkan kelak.
18. Dalam keadaan di mana jika tiada pemenang yang layak mendapat hadiah utama, hadiah itu akan dimasukkan di dalam senarai hadiah untuk siri berikutnya.
Hadiah untuk Siri 1
1 Hadiah Utama – Sony Cybershot DSC-S2000 (10.1MP)
3 Hadiah Saguhati – Pendrive 4GB
1 Hadiah Khas – Sony DVP-NS518 (Multi Disc Playback DVD Player)
Untuk Siri 2 dan seterusnya, ada berbagai hadiah lain akan ditawarkan. Antaranya :
Netbook
Telefon bimbit
DSLR
Kamera Digital
Pelbagai peralatan elektronik/elektrik
Voucher-voucher penginapan, makan dan melancong
dan banyakkkkkkkkk lagi…!!!
Semuanya untuk anda












wah abg sham, bestnya hadiah.
hadiah-hadiah menarik…
InsyaAllah…akan diusahakan..
huhu… melihat pada hadiah memang sangat berminat untuk turut serta.. tapi entahla ada bakat ke tidak.. =P
telan air liur tengok hadiah…arghhh
Aaaa best best bestt..
menarik..tapi tu la.. nak lapor kan ni kene ade orang tolong2 jugak… kite nak jumpe kemalangan atau operasi menyelamat ni bukan setiap hari ade.. kalau kite bawak kete g keje.. maybe dalam sebulan tu ade la sekali eksiden.. tu pun nak kuar kete nak amik gambo .. nak buat laporan… macam susahkan orang lain pualk yang dalam kete tunggu tengah jem..
anyway… ni challenge..hihih.. saya kerja lalu kesas hari2 ke klang.. setakat ni sebulan dan 3 kemalangan maut saya nampak… tak baik pulak nak mintak kemalangan maut berlaku lagi supaya menang hadiah..hihih
wahh!! hadiah lumayan.. kene keje keras mcm abg sham laa jawabnye.. (baru taw cmne susah senang nk dptkan berita ondscene..)
huhuhu
saya mesti pilih…
harap2 maza berkesempatan … terutama memenangi hadiah yg lumayan gitew.. hahahahh
pergh hadiah. best. tp jarang terserempak dgn eksiden. jarang sgt2. tak pe la kot. biar org lain je join
nak terserempak dengan kemalangan @ operasi menyelamat, mmg kurang peratusannye.. nak mengharap jumpe kemalangan @ operasi menyelamat, macam berdoa agar ade org lain kemalangan pulak. InsyaAllah kalau terserempak boleh cube2 dapatkan maklumat. kene bawak kemere, notepad, pen even gi kedai belakang rumah camni.
salam..
harus ku mencuba ini peraduan
[...] Cara Penyertaan: klik sini > Cabaran Berita Ondscene [...]
menarik ni…
akan cuba untuk join
salam, adakah kes yang disiarkan perlu kes terbaru?
or boleh reuse artikel kes yang memang dah ada di dalam blog?
~ pheewwww…~
peh..bro sham..niat murni…bg hadiah pastu tolong promo lagi blog kita…tenkiu2..kene turut serta nih =)
Tudiaa..hadiah – hadiah diaa…pehh.
kadang2 terserempak dengan kemalangan tapi takut nak ambik gambar takut kena marah T___T
alamakkk… sy tak ada blog mcm mana nie… teringin nak join…
hadiah memang best. boleh la try kalau2 ada terserempak dgn sumber berita.
nasib kurang berminat nak buat blog….ehehehe…
tumpang gembira pada bakal pemenang jer la… =)
perkembangan menarik buat laman ni!
[...] pelbagai hadiah untuk dimenangi. esok ada 1 pertandingan mudah akan dilancarkan, dan tidak sesusah Cabaran Berita Ondscene itu…!!! innity_pub = "eb86d510361fc23b59f18c1bc9802cc6"; innity_zone = "14511"; [...]
[...] pelbagai hadiah untuk dimenangi. esok ada 1 pertandingan mudah akan dilancarkan, dan tidak sesusah Cabaran Berita Ondscene itu…!!! innity_pub = "eb86d510361fc23b59f18c1bc9802cc6"; innity_zone = "14511"; [...]