Blog ini baru sahaja, baru 23 bulan.
27 Julai ini, ia akan menyambut ulangtahun ke 2.
Followers sehingga entry ini dimasukkan ialah 956 – juga sesuatu yang tidak dijangka.
Menurut rekod Alexa traffic rank, ia berada pada lingkungan 286,000, manakala di Malaysia, berada dalam lingkungan 1300.
Masih teringat, ketika sebulan pertama blog ini diwujudkan, saya merasa begitu ‘kecil’ apabila setiap hari purata ia hanya dilawati kira-kira 10- 20 visitors.
Masuk bulan kedua, jumlah visitors baru mencapai 500, membuatkan saya berfikir, adakah sampai matlamat saya untuk menyampaikan maklumat pantas kepada pembaca berbanding hanya baru 500 visitors dalam tempoh dua bulan.
Kini, secara purata saya menerima kira-kira 2000 ke 3000 unique visitors setiap hari, dan paling tinggi pada 18 April, 2010 iaitu 7,295 unique visitors ketika penyiaran mengenai kes kemalangan membabitkan arwah Achik Spin.
Sebenarnya, angka 2000 ke 3000 itu terlalu kecil berbanding bloggers lain.
Blog hiburan contohnya, biasanya menerima kunjungan puluhan ribu pelawat setiap hari, diikuti blog mengenai SoPo (Social-Politic)
Bagaimanapun, ia sebenarnya diwujudkan sebenarnya untuk pendidikan, pengetahuan, sebaran berita yang pantas dan disertakan dengan foto yang menjelaskan lagi situasi sesuatu kejadian.
95 peratus dari kandungan di dalam blog ini adalah pengalaman saya sendiri, dan dianggarkan, lebih 70 peratus dari bahan di dalamnya, turut digunakan oleh berbagai media di negara ini dengan keizinan saya.
Blog ini juga menjadi rujukan banyak pihak terutama untuk mendapatkan fakta dan gambaran sebenar sesuatu kes/kejadian dan rujukan pelajar terutamanya di IPTA/IPTS untuk membuat kerja kursus/thesis mereka.
Saya amat berterimakasih kepada ramai ‘silent-reader’ yang selama ini mengikuti blog ini, selain dari ramai pembaca setia.
Seboleh mungkin, saya sebenarnya berhasrat untuk meletakkan kredit kepada semua yang pernah memberi komen, mengunjungi blog ini, namun masa amat terhad untuk saya juga turut mengunjungi blog anda.
Dan , saya juga banyak ‘terhutang’ dengan pembaca yang menghantar email kepada saya mengenai pertanyaan, maklumat, kes dan macam-macam lagi, tetapi tidak sempat saya reply atau ambil tindakan/susulan.
Tidak dinafikan, ada entry yang disiarkan tidak disenangi oleh beberapa pihak, dan ada juga yang menjadi isu dan perdebatan di dalam forum, Facebook dan pelbagai medium lain.
Seboleh mungkin, saya cuba meminimakan kesilapan walaupun kadang-kadang ada juga yang terlepas pandang.
Malah ada juga entry yang tidak sempat disiapkan, dan ada juga entry yang jika saya terlewat sehari dua untuk posting, saya terus lupakannya.
Untuk kesejuta kalinya, terima kasih kerana sudi melawat, membaca dan mengikuti bahan yang dipaparkan di dalam blog ini.
P/s Blog kembar ondscene.my telah saya tamatkan memandangkan saya tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk mengemaskininya.
Salam ondscene
ondscene.sham@gmail.com
Kuala Lumpur
Reality in Real Life












Tahniah ondescene..
Berita-berita anda membuatkan saya insaf memandu laju.:D
Tahniah bro…
teruskan kecemerlangan anda…
bro, takder party ke? kalau ada party aku nak pergi, dengan lajunya, tanpa memakai topi keledar mahupun memasang tali pinggang keselamatan.
Tahniah. Ondescene mmg femes. Sy adlh antara pyumbang angka sejuta tu krn tak prnh ktinggaln utk bc setiap entri ondescene.
~Congratulations~
You are officially a millionaire now!
tahniah…saya satu antara silent reader tu….
tahniah..teruskan usaha murni anda.
saya akan teruskan menyumbang jika ada kes kes kemalangan yg saya sempat berada ditempat kejadian di kawasan utara ini. anyway.tahniah ondscene ! kami memberikan sokongan padu kepada anda. disini kami memperoleh kebenaran dimana di kaca tv kami hanya memperoleh berita yg samar2. disinilah realiti kehidupan sebenar. tahniah !
tahniah…esok jumpa nasi lemak
Tahniah ondscene!
Saya mula sebagai silent follower, dan skrg dah mula memberi komen. Saya tidak pernah lupa utk melawat blog ini tiap2 hari. Terima kasih kerana menyampai berita2 terkini tentang kes2 kemalangan dan lain2. Blog ini telah banyak memberi informasi, pengetahuan and pengajaran. Semoga ondscene akan terus success pada tahun2 akan datang.
Tahniah bang…teruskan usaha abang..banyak ilmu n info saya dapat dari blog abang nie..also berita2 terkini..hot hot…
tahniah bro
Bro
Mula mula kembali ke Malaysia saya memandu perlahan, semua orang marah. Sampai sekarang saya masih memandu perlahan, speeds kills.
Aisehman bro
Silap komen daa…
TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!
Teruskan usaha anda yang murni dalam memberikan berita dan pengajaran kepada kami semua.Anda ada pengikut anda yang setia, semuga bertambah menjadi 2 juta, 3 juta dan seterusnya.
tahniah bro..anda memang hebat dalam lapangan anda..tabik spring..
yes bro. tahniah bro. saya baca blog bro through summary RSS jek. tak berani nak bukak, ngeri tgk gambar.
pls do keep it up…
Tahniah Bro Sham..
tgk jumlah visitor dari gamba post dgn yg sekarang laju betambah bro.. bayangkan kalau sorang seringgit.. kaye pakcik…
congrat .saya ni pengikut setia bro.
all the best
tahniah saya ucapkan kepada odc kerana telah menyambut ulangtahun ke-2 dan mencapai visitor sebanyak 1,000,000 org…
fuh dh 1,000,000..Tahniah2 ondscene.blog ini mmg best.
Bro OnDscene dah jadi Jutawan la sekarang ni.Ekau dah kayo nie jangan lupo pulak dokek pembaco-pembaco kek sini ha.Apo-apo pun den ucap congrat lah kek ekau.Takdo makan-makan ko?Apo la ekau nie.Wakakakakaka..(Gurau je bro jgn Maree…)
saya saksi..dulu mmg tak ramai.
dulu miskin sekarng dah jutawan hehe..
tahniah bro sham! saya antara readers yang rajin merujuk blog ondscene sejak dulu lagi. berita yang disampaikan adakala tidak dilaporkan di akhbar atau tv. kat sini dapat melihat keadaan sebenar kejadian itu.
apa pun, tahniah bro!
//semoga dapat berjumpa lagi kalau ada gathering bila-bila..
tahniah kerana semakin popular. kehebatan sebenar blog ini adalah semuanya dilakukan sendiri oleh tuan punya site. Dari ambik gambar, uploading, editing ..So berita yg dipamerkan sudah pastilah first hand, dan first class of course. Tahniah sekali lagi. Photo journalism at its best.
Congratulations. Don't stop posting!
selepas bercuti seminggu, away from keyboard saya mengambil masa 30 minit membaca kesemua entri yang terlepas…macam belek suratkhabar saja…tetapi berita tetap evengreen….tahniah atas pencapaian..
TAHNIAH BRO……..ONDSCENE TETAP BLOG NUMBER…..1….