Reality in Real Life

Ibu Sakit Tenat

Salam

Entry ini untuk mengingatkan kepada kita semua, betapa , walau setinggi mana kedudukan kita, sekaya manapun kita, sesenang manapun kita atau sesusah manapun kita, IBU merupakan insan yang tidak boleh kita abaikan, lupakan malah jasanya dalam membesarkan kita, tidak mungkin akan dapat dibalas sepenuhnya hatta dengan wang jutaan ringgit sekalipun.

Sempena Hari Ibu, marilah sama-sama kita mendoakan kesihatan,kesejahteraan ibu kita dan kenangilah dan balaslah jasanya yang sebelum ini dalam keperitan, kejerihan dan kesusahan suatu masa dahulu semata-mata untuk menjaga dan membesarkan kita sebagai permatanya.

Dan sesungguhnya, kita tidak perlu menunggu hanya ketika Hari Ibu untuk mengucapkan sayang dan terimakasih pada ibu kita kerana kita tidak mengetahui sehingga bilakah ibu akan berada di dunia ini.

Betapa bertuahnya jika kita masih mempunyai ibu berbanding mereka yang yatim piatu dan tiada kasih sayang atau tidak pernah merasai nya dari seorang yang bergelar IBU.

Dan ini kisah benar yang saya alami sendiri yang menjawab persoalan beberapa pembaca, mengapa blog ini agak kekurangan bahan sejak kebelakangan ini dan kelewatan dalam menjawab komen anda…

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sejak dua bulan lalu, saya sentiasa berulang alik antara Kuala Lumpur-Beranang – Seremban untuk membawa ibu saya mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Semasa itu, keadaannya masih dapat berjalan dan melakukan aktiviti harian.
Setelah beberapa sesi rawatan dan tiga kali dimasukkan wad di Hospital Seremban dan HKL, sakitnya beransur pulih – buah pinggang, batu karang, apendiks, gastrik.
Usia ibu 63 tahun dan ayah 70 tahun, mereka merupakan insan yang amat gigih walaupun di usia sebegitu dan sepanjang usia itu sebelum ini, ibu tidak pernah mengadu atau mengidap sebarang penyakit.

Semuanya kelihatan normal.
Kami bukanlah berasal dari keluarga berada atau kaya-raya, tetapi tidaklah sampai menyusahkan sesiapa.
Dalam usia begitu, sebelum ibu sakit, dia dan ayah giat mengusahakan ladang serai dan tahun lalu tercapai niat untuk mengerjakan haji.
Minggu lalu, ibu tiba-tiba mengadu sakit dada pula.
Keadaannya tiba-tiba menjadi semakin lemah dan langsung tidak dapat makan.

Segala-galanya telah berubah sekelip mata, dari seorang ibu yang cergas, pantas bertindak, dan tidak kenal erti penat, bertukar kepada keadaan yang amat menyedihkan.
Ladang serainya yang luas, kini terbiar tanpa sesiapa menguruskannya kerana ayah kini menumpukan perhatian pada ibu.
Kesakitan yang dialaminya tidak tertanggung menyebabkan saya dan adik-adik mengambil keputusan menghantar ibu ke pusat perubatan di Seremban iaitu Senawang Specialist Hospital.
Wang ringgit bukan lagi menjadi ukuran dan yang paling penting kini ibu mesti mendapat layanan, perhatian dan ‘treatment’ terbaik dari anak-anak yang telah dibesarkannya selama ini.
Semalam ibu di bawa ke NCI Cancer Hospital.

Dan akhirnya, keputusan dan diagnosis mendapati, ibu mengidap barah pankreas dan telah berada di tahap 4 (kritikal).
Menurut doktor, hayat ibu tidak panjang, cuma usaha dan ikhtiar sahaja yang dapat memanjangkan usia ibu dengan izin Allah.
Hayat ibu mungkin hanya lagi 3 minggu ke 3 bulan, dan jika dibuat rawatan kimoterapi, Insya-Allah usia ibu masih boleh melihat kehidupan anak-anaknya untuk setahun lagi.

Doktor pakar kemudian menerangkan secara peribadi kepada kami (tanpa ayah) akan penyakit ibu secara begitu lengkap.
Menurutnya, hanya Hospital Kuala Lumpur dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia yang mempunyai kepakaran dalam rawatan penyakit ibu.
Selebihnya hospital swasta yang sudah tentunya kosnya amat tinggi yang tidak memungkinkan kami dapat menampungnya.
Kos di NCI ialah RM2300 untuk setiap kali rawatan , iaitu fasa pertama, 7 kali rawatan selama 7 minggu berturut-turut sebelum diagnosis seterusnya dilakukan.

Dan akhirnya, kami mengambil keputusan, tidak akan memberitahu ibu dan ayah akan jangkahayat ibu yang sebenarnya sudah dalam keadaan kritikal.

Selesai di NCI, kami bawa ibu ke rumah adik kedua saya di Seremban, kerana ibu berhajat untuk tidur di rumah itu sebelum dia dirujuk semula ke Hospital Seremban pagi ini untuk rawatan dan pemerhatian doktor.

Dan kini, dalam sekelip mata, kami sudah tiada lagi akan dapat merasai betapa sedapnya masakan ibu, dan gurauan ibu yang begitu sporting dengan anak-anak dan cucu-cucunya.

Dan antara yang paling saya ingati, ibu merupakan peminat fanatik Mawi menyebabkan saya selalu terpaksa ‘menyokong’ Mawi…!!!

Ibu memang amat pandai memasak dan tidak pernah menghampakan kami jika kami teringin untuk makan apa yang kami mahukan jika sesekali kami pulang menjenguknya dan ayah di kampung.

NOTA:
Saya memohon maaf kepada anda kerana sebenarnya banyak kes saya tidak membuat liputan dan tiada di dalam blog ini sejak seminggu lalu kerana keadaan kesihatan ibu yang tidak mengizinkan ini.

Dan ketika kes di Broga , saya sebenarnya berada amat hampir dengan tempat kejadian, tetapi tidak dapat datang akan sebab-sebab tidak dapat dielakkan ini.

Broga dan juga Bukit Broga sebenarnya memang tidak asing kepada saya kerana saya dibesarkan berhampiran kawasan itu.

Broga yang anda lihat sekarang tidak sama seperti dahulu yang merupakan kawasan hutan belantara, ladang getah dan laluan yang amat sunyi serta jarang yang berani melaluinya.

Selain dulu Broga merupakan sebagai kawasan sarang komunis, arwah datuk saya yang bertugas sebagai anggota polis, maut di kawasan itu ditembak ketika serang hendap komunis ke atas kereta perisai yang dinaikinya.

20 Comments

  1. ruby's Gravatar ruby
    15/05/2009    

    salam…
    IBU adalah insan yg tak ternilai di muka bumi ini, saya doakan agar diberi kesembuhan buat Ibu abang syamsul,..Harp abg sekeluarga sabar dengan ujian Allah ini…
    Allah menguji hamba-hambaNya yang kuat…

  2. Liyana Yeim's Gravatar Liyana Yeim
    12/05/2009    

    Salam…

    Saya pon pernah mengalami peristiwa yg sama (arwah nenek)…perasaan tuh, memang x boleh terkata apa bila Dr. beritahu yg arwah paling lama pon boleh hidup utk 3 bulan…

    kami pon mengambil keputusan yg sama…x bagitau dier sampai la ke akhir hayat dier..dier x tau penyakit nyer..masa tuh, dia kena kanser hati…

    sebab selalunya bila kita bagitau pada dia nanti, dia akan sentiasa pikir tentang penyakit dia…yang paling penting buat masa nih, diharap agar supaya dapat buat dia happy…

    even rawatan kemo pon, kami x buat…sebab kesian…dia dah tua pada masa tu utk menanggung sakit…

    kami bela dia..bagi makanan yang bagus2…makan spirulina…paling penting, x kasi dia makan makanan ‘merah’ spt ayam..daging..ikan ‘merah’…telur and so on..sebab semua2 tu akan menyebabkan lebih cepat kanser merebak coz itu ‘makanan’ kanser…

    and alhamdulillah masa tuh, arwah nenek berjaya survive sehingga 2 tahun 9 bulan…and pada masa akhir2 arwah dulu pon, kami dah cukup bersedia…sebab aper yg paling penting sekarang nih, buat dia happy and menghargai dia…

    saya doakan yang terbaik utk ibu awak dan semoga awak dapat mengharunginya dengan tabah…amin…

    salam…

  3. black_canary's Gravatar black_canary
    02/05/2009    

    Salam KB..semoga bonda u terus sihat…pada aku..bapa u tu kena bagi tahu…jgn dia menyesal kemudian hari dan akan menyalahkan anak2nya…

  4. MEDIACOM999's Gravatar MEDIACOM999
    01/05/2009    

    Semoga ibu saudara akan terus berada dalam keadaan kesihatan yang terbaik insyaallah dari kami Pegawai dan Anggota Pasukan Pertahanan Awam Malaysia.

    mediacom999.blogspot.com

  5. Hal's Gravatar Hal
    01/05/2009    

    Along, pagi tadi aku hantar Chana untuk gantikan Kak Ija yang temankan mak semalam.

    She looks much better compared to yesterday when I visited her with Pak Teh.

    Kita berdoalah for her.

  6. Anonymous's Gravatar Anonymous
    30/04/2009    

    Bertenanglah saudara dan didoakan semoga beliau tabah menghadapi semua ini.

    Salam dari Semenyih

    Kesot Kesot

  7. on the scene's Gravatar on the scene
    30/04/2009    

    Salam semua
    Kepada semua pembaca yang mendoakan kesihatan ibu saya, saya ucapkan jutaan terimakasih , hanya Allah sahaja dapat membalasnya.

    Saya memohon jutaan maaf juga kerana tidak berkesempatan utk membalas komen ini semua satu persatu buat saat ini, dan akan saya balas setelah ada kesempatan.
    Saya juga baru selesai tugasan satu kes kemalangan maut di Bukit Beruntung sebenyar tadi dan hanya ini yg sempat saya posting.

    Ibu masih berada di Hospital Seremban dan keadaannya tetap sama seperti semalam. Insya Allah, berkat doa dan ikhtiar, serta usaha, semoga ibu sihat.
    Sekali lagi, jutaan terimakasih semua, dan saya juga akan cuba upload berita di atas versi penuh secepat mungkin.

  8. Che Mat's Gravatar Che Mat
    30/04/2009    

    salam bro sham,
    semoga bro tabah menghadapi ujian hidup di dunia ini.
    dari Nya kita datang dan dari Nya juga kita akan kembali.

    Luangkan lah masa & berikan lah segala kasih saya bro pada ibu.

    InsyaAllah jiwa bro akan tenang.

    sy doakan semoga ibu bro akan kembali sihat .

  9. abanglong's Gravatar abanglong
    30/04/2009    

    salam bro
    didoakan moga tabah menghadapi ujian ini. utk readers lain, sama sama kita doa moga ibu bro ODS dilanjutkan usia…
    amin.

  10. Eka Fahara's Gravatar Eka Fahara
    30/04/2009    

    Encik Sham,
    Saya doakan anda tabah menempuh dugaan ini. Bukan mudah berdepan dengan keadaan ini apalagi bila pakar perubatan memberikan jangkamasa. Tetapi sesungguhnya Allah itu maha mengetahui apa tersurat di masa depan. Jagalah ibu anda sebaik mungkin. Selagi terdaya selalulah berada disampingnya. Saya doakan Encik Sham sekeluarga tabah dan redha dengan ketentuan ini.

  11. crappy's Gravatar crappy
    30/04/2009    

    my prayers for your mother..

  12. helmikangkong's Gravatar helmikangkong
    30/04/2009    

    salam abang sham, banyak2 lah bersabar…itu cuma dugaan yang allah berikan kepada kita sebagai makluk ciptaannya…sebab utama kita di uji oleh allah..kerana allah sayangkan kita…sentiasalah menadah tangan memohon doa kepada allah..mohon allah panjangkan umur ibu abang sham…abang sham cubalah berikhtiar mencari altenatif lain untuk mengubati ibu abang sham….percayalah…semua penyakit ada ubat nya..

    harap abang sham dapat bersabar, bertenang dengan segala dugaan yang abang alami sekarang…memang senang untuk kami berkata2, memberi nasihat kepada abang..tapi, kita sebagai hamba allah kena banyak2 bersabar..

    allah akan memberikan pahala kepada org yang bersabar…

    semoga ibu abang sham cepat2 sembuh..amin..

  13. Anonymous's Gravatar Anonymous
    30/04/2009    

    Bang usaha apa saja yg terdaya… Selain ubat doc & kimo cuba lah ubat2 herba…… Semoga abg & family tabah.. Yg penting mak abg kena kuat semangat nak melalui semua ni… selebihnya doa….

  14. Cik siti intan kumbang's Gravatar Cik siti intan kumbang
    30/04/2009    

    Salam en ondscene. Saya harap anda akan terus berdoa semoga dikurnai keajaiban dan dikurnai kekuatan di hati anda n keluarga utk mhadapi segala kemungkinan. 5 thn lps saya mengalami spt ini. Mak yg kelihatan begitu kuat tiba2 jd lemah. Bila ke hospital terus dimasukkn ke icu. Dr beritau mak dah septicaemic. Jantung, lung n kidney dh x blh function dgn baik due to infection. Memang kami terkejut. Saya dah x blh nak tumpu pd kerja ketika itu. Walaupn kerja bertimbun n bos asyik call suruh sambung kerja. Saya dah x peduli. Tumpuan hanya pd mak yg satu2 nya itu. Hospital dah jd spt rumah kpd saya n keluarga. Hampir 24 jam kami di hospital tiap2 hari. Saya doakan en sham n keluarga sentiasa diberikan kekuatan n dikurnai ilham utk mencari penawar utk kesembuhan ibu tersayang. (en sham perlu beritau ayah keadaan ibu yg sbnr. Mesti en sham tahu bagaimana caranye supaya ayah x terkejut n boleh terima with open heart).

  15. IXORAROXI's Gravatar IXORAROXI
    30/04/2009    

    KB, jgn putus asa berusaha,jangan putus berdoa ya
    IX pun sekarang ni berulang alik ke hospital bawa emak utk rawatan buah pinggang dan komplikasi diabetes

  16. jawa peranakan's Gravatar jawa peranakan
    30/04/2009    

    tuan..
    sakit itu satu kifarah kepada yang menanggungnya..dan juga ujian kepada mereka yang berada di sekeliling pesakit..

    ilmu doktor hanya setitis daripada ilmu Allah yang lebih luas dari 7 lautan..

    ikhtiar dan doa adalah sebaik2 usaha yang dapat diberikan kepada ibu yang sedang sakit..

    saya dan keluarga mendoakan kesihatan dan kesejahteraan untuk ibu tuan..juga kepada ibu saya,ibu kepada anak2 saya dan semua ibu di dunia..

    semoga tabah menghadapi ujian Yang Maha Khalik ini..

    wallahualam..

  17. sreSHAziela's Gravatar sreSHAziela
    30/04/2009    

    bro.. doakan ibu bro kembali sihat ok.. penyakit semua ade ubat nye.. kite kena iktiar..

    ade baiknye tak perlu bgth ayah.. org tua bkn sekuat kite nak terima berita mcm ni..

    anyway.. good luck for everything.. amin

  18. NazirahEhsan's Gravatar NazirahEhsan
    30/04/2009    

    yea..
    ibu tp sy pggil emak adalh orang pling bermkna dlm idop..

    sy m'punyai emak yg sgt sporting myB lbh kurg sma mcm kamu,kami mcm kwn2,rapat..

    kalau dia lenguh2 bdn pun,kami dah rasa isau sgt2..

    ni kan pula penyakit yg mnimpa ibu kamu,tmbhn pula jika kta dpt tau umo ibu dah x lama lg..

    papepn,semuanya di tgn DIA yg ESA.. hpefuly,dgn izin DIA, ibu kmu akan sembuh sprt biasa,krn sy tau kita pn mnderita lihat ibu skit..kesian mliht ibu yg cergas jd lemah..

    DOA…DOA..DOA..& teruskan BERDOA utk kesihtn ibu ok.. :)

  19. ezzati's Gravatar ezzati
    30/04/2009    

    as’kum..
    sy pon b’pendapat sma laa..ptt u bgtau ayah u..spaye dia b’sedia n x nyesal x kmudian ari…

    btw..sabarla..kengkadang dugaan yg datang tu kita x nmpk apa tujuannya..but one day..sume tu sbenanye ada hikmah d sbaliknye…

    k..salam 2 u..

    p/s: slama ni i just ur silent reader

  20. hunny's Gravatar hunny
    30/04/2009    

    Salam saudara,
    saya berpendapat adalah lebih baik memberitahu ayah sekurang nya tahap kesihatan ibu supaya dia dpt mempersiapkan diri menghadapi hari hari terakhir yg pastinya amat bermakna. pastinya dia ingin mencurahkan sepenuh kasih sayang yg masih berbaki di hati. dengan ini di harap dapatlah dia melepaskan teman hidupnya dengan hati yang rela dan puas. jangan nanti masih ada yang blom di curahkan. masih ada yang berbaki… saya doakan moga Allah memanjang kan umur ibu saudara tanpa dia merasa kesakitan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current day month ye@r *

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting