Iklan di Ondscene

Salam hormat

Selamat menyambut Ramadhan dan semoga segala yang dilakukan, diberkatiNya.

Kepada mereka yang berminat, anda dipelawa membeli ruang iklan di ondscene.

Maklumat mengenainya , sila klik pada ruangan menu di atas pada ruangan Maklumat Iklan

Insya Allah, selepas Aidilfitri, ondscene akan berubah wajah hasil sokongan anda semua dan disamping untuk memberi info terkini, ilmu serta maklumat yang sahih dan memberi kesedaran kepada kita semua.

Terimakasih kepada pemilik Hidup Biar Sedap yang sudi dan sedia membantu saya dalam mengembangkan lagi blog ini serta tawaran yang diberikan beliau. Nanti akan dibincangkan lebih lanjut.

Bagaimanapun, bukan semua bentuk/jenis pengiklanan di terima di sini. Hanya yang terpilih dan menepati ciri dan tidak melanggar prinsip serta konsep ondscene yang diterima.

Saya menerima lebih 30 pertanyaan menempah ruang iklan dengan barangan atau produk yang antaranya:

1- berunsur seks/produk rangsangan seks
2. MLM
3. skim cepat kaya
4. produk kecantikan yang pernah diserbu/dirampas pihak berkuasa

Saya tidak akan menerima iklan sebegini walaupun ia boleh membuatkan saya senang…!!!

[email protected]

Post Lain Yang Berkaitan

4 Comments

  • Pada 2010.08.13 02:38, lan menulis:

    saya stuju, link biarlah product/info yg berguna :)

    • Pada 2010.08.13 04:26, Kujie menulis:

      tapi bila nak freenya entah…bz manjang

      • Pada 2010.08.13 06:48, Azlan menulis:

        Salam tuan, selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak. sejak hari pertama puasa, tiap2 hari menjenguk ruangan ondscene, tp hari ketiga baru ada update terbaru. agak mementingkan diri disini mengharapkan berita terbaru setiap hari. terlalai dan teralpa yg tuan punya blog ini juga sama2 menjalani ibadah puasa. tak kan pada bulan ramadhan lebih sibuk mencari bahan berita dari menyibukan diri dgn amalan. kadang2 kita memang lebih suka berita sensasi dari muhasabah diri sendiri. usaha tuan memenuhi tuntutan fardhu kifayah kami semua doakan.

        • Pada 2010.08.17 00:45, Faizal menulis:

          salam ramadhan..bagus bang.elakkan la iklan macam tu.abg ada prinsip.saya tgk blog org lain dah semak samun ngan iklan berkaitan seks.Nak tengok blog mcm tu pun dah jd malas.

          You must be logged in to post a comment.