Untuk siaran ini, saya merujuk kepada berita yang disiarkan 8 Julai lalu membabitkan arwah Affiffi Emara Abdullah.
Pelajar Universiti Teknologi Petronas Maut – Kereta Terbabas
Saya menerima email dari pembaca ondscene, Hazim Suffian, dan memohon untuk menyiarkan hebahan ini.
Berikut saya siarkan email beliau:
Salam,
Saya ingin mengucapkan terima kasih atas penglibatan pihak tuan dalam kemalangan yg membabitkan pelajar UTP maut pada 8 Julai yg lepas.
Di sini, saya juga ingin meminta satu permintaan agar dapat menyebarkan satu gambar yg menunjukkan jacket orang awam yg baik hati meminjamkannya.
Ibu bapa arwah meminta saya agar usahakan untuk memulangkan jacket ini dan mereka ingin mengucapkan terima kasih kepada tuan empunya.
Saya tiba di lokasi kejadian kira-kira 45 minit selepas ianya berlaku kerana jarak saya yang jauh dari lokasi.
Saya tidak dapat mengecam atau mengetahui siapakah pemilik jaket ini kerana berkemungkinan hamba Allah tersebut telahpun meninggalkan tempat kejadian.
Oleh itu, saya memohon kepada pemiliknya, supaya dapat menghubungi saya melalui email, untuk saya sampaikan maklumat ini kepada keluarga arwah Affiffi Emara Abdullah.
ondscene.sham@gmail.com










Assalamualaikum,
Teringin juga nak kenal tuan empunya jaket yang baik hati tu…
Sungguh Baik Hati pemilik jaket nie..harap2 dapat berjumpa pemiliknya….
Semoga Allah membalas kebaikannya.