Janganlah Sampai Begitu Desperate

Perhatian:

Kepada pembaca blog ini, saya ucapkan jutaan terimakasih yang tidak terhingga atas masa yang diluangkan untuk melawat blog ini.

Tetapi, tiada yang lebih hina bagi anggapan saya apabila ada blogger ini, yang dengan muka tak tau malu, tanpa segan silu, malah tanpa rasa bersalah seolah-olah blogger itu sendiri buta huruf, buta hati dan tidak tau langsung susah payah orang lain, mengambil bahan dalam blog ini dan dipostingkan ke dalam blognya lalu menjadikan bahan itu sebagai sebahagian rutin kandungan blognya.

Itu masih boleh dimaafkan, tetapi, selain dari watermark ‘ondscene’ ditindih dengan nama blognya, keparat itu mengaku pulak ia adalah hasil kerja dia sendiri.

Sungguh hina manusia sebegini…

Saya minta, yang melakukan perbuatan yang saya anggap amat hina ini, segera mengentikannya kerana anda sebenarnya saya anggap amat ‘desperate’ dalam hidup sehingga melakukan tindakan baghal ini.

Janganlah kerana anda hendak mempunyai blog sendiri, sampai melakukan perbuatan bodoh dan memalukan diri sendiri.

Sesiapapun boleh mengambil bahan dalam blog ini , tetapi bukan dengan cara mengaku, ia adalah hasil kerja anda.

Saya harap, saya dapat berjumpa anda di lokasi kejadian suatu hari nanti…

Maklumat tambahan:

Blogger ini pernah mengaku pada ruangan komennya, dia mendapat maklumat dari polis dan akan pergi buat liputan “kes-kes menarik”, yang mana sebenarnya, kes-kes itu adalah bahan dari blog ini yang kemudian akan diubah tajuknya dan ditindih watermark ‘ondscene’ dengan nama blognya sendiri.

Dan terkini, blogger terbabit telah ‘off’ kan ruangan komen di dalam blognya.

Tambahan:

Kepada anda yang mengambil bahan dalam blog ini, saya amat alu-alukan dan saya tidak pernah meminta memberikan kredit.
tetapi, apa yang saya utarakan dalam hal ini mengenai ada blogger yang copy, paste, ubah tajuk, ubah watermark foto, posting dalam blognya, dan mengaku kepada pembacanya sebagai dia yang membuat berita itu.

Itu maksud saya, dan tiada niat untuk mengecilkan hati anda semua yang bersusah payah masuk blog ini. Anda boleh ambil apa sahaja bahan di dalamnya. Gunakanlah ia untuk kebaikan bersama dan pengajaran dan menafaat darinya.

Post Lain Yang Berkaitan

21 Comments

  • Pada 2009.04.05 22:43, cengko menulis:

    jenis yg tak ada moral dalam hidup buat macam ni la… dah la mencetak, pastu merompak pula…

    • Pada 2009.04.05 23:24, tchersally menulis:

      Org mcm ni elok ikat kaki tgn..campak ke laut je!! kurang asam betul!! tiada identiti dan harga diri..reveal je ..siapa dia??

      • Pada 2009.04.06 00:25, KALAM JAUHARI menulis:

        Begitulah hakikatnya bila manusia tidak punya maruah diri. Saya pernah masuk ke blog tersebut. Hakikatnya beliau cuba ‘project’ imej yang alim dan berilmu…hampeh.

        • Pada 2009.04.06 01:50, waNNa_eXess menulis:

          nak tau link blog itu?

          • Pada 2009.04.06 02:08, jawa peranakan menulis:

            betul tu..
            kalau nak mintak la elok2..mesti abang ots bagi punya..

            tak gitu bang?

            • Pada 2009.04.06 03:01, jasonels85 menulis:

              isk2..mcm2 org zaman sekarang nie…kalau ramai org mcm nie kat dunie..habis ler..semua hasil kerja org dicopy suka2 hati saja kan…bagitau le..sapa, nak tau juga…bagi je url dia..senang sikit..leh saya komen2 membina kat dia…hehheheheh…

              • Pada 2009.04.06 04:36, cik_ah82 menulis:

                sabarla..
                dh banyak saya dengar ada manusia gini, yg xmalu mencedok hasil kerja org lain..
                kalo xde apa yg nk dipostkan, senyap je la kan..
                btw, saya sonok skali dapat baca blog ni..
                p/s:encik wat watermark besar sket la kot, n terang, biar org tu xdpt copy..;)

                • Pada 2009.04.06 07:27, abanglong menulis:

                  tuan – saya cadang…publish link dia kat sini. boleh kami ‘visit’ ramai ramai…
                  tak gitu kengkawan ?

                  • Pada 2009.04.06 07:50, elyana menulis:

                    em..saya nak minta maaf
                    saya memg ada copy abg punya post..
                    tp xd niat lak yang saya nak publisiti
                    tp juz bg kesedaran pasal kena tipu yang hp 2…
                    so saya harap abg maafkan saya..
                    bukan apa,ada yang xtau blog abg..
                    n bila kengkawan saya terbaca blog saya yang ada post abg, dorg sedar la yang dorg ditipu
                    saya hnya nak bg kesedaran je

                    • Pada 2009.04.06 08:23, Anonymous menulis:

                      Alamak saya pun post jugak pasal tol tapi tak letak nama saper2 sbb nak cepat sangat.
                      harap maafkan saya..

                      • Pada 2009.04.06 11:01, Anonymous menulis:

                        elyana: takper elyana, awak boleh copy and paste dari blog dia, tapi dalam dunia blog ni sama seperti dalam dunia hidup kita sebenar,
                        courtesy untuk pemilik asalnya.

                        Tak perlu banyak, mungkin elyana boleh letakkan credit untuk link kan balik pembaca elyana kepada penulis sebenar seperti blog ondscene ini. Dan saya pasti pembaca elyana akan sentiasa kekal dengan elyana malah akan lebih menghormati elyana sebab menghormati hasil tulisan penulis sebenar kandungan yang diperolehi.

                        Kesimpulannya, untuk mereka mereka kat luar sana, pastikan apabila anda menggunakan kandungan dari blog ini untuk:

                        1. Tidak memadamkan watermark (watermark = ada pada gambar tertera alamat blog ini).

                        2. Pastikan credit kepada blog ini apabila menggunakan kandungannya.

                        3. Yang paling klasik ialah: Tidak mengaku sebagai wartawan kalau korang bukan wartawan.

                        Yang pasti, ini hasil usaha penulis blog ondscene, dan apa salahnya kita credit balik kat dia, sebab itu usaha dia kan, titik peluh dia. Mesti korang malu kalau orang tau nanti kan?

                        Dan selagi etika (tiga di atas tu) dipatuhi (sebagaimana digunakan oleh mana-mana blog e.g: http://www.chedet.com), penulis tidak kisah jika anda menggunakan kandungan beliau seperti ondscene ini. Betul tak bro?

                        Jangan lupa bro, 8hb April ni. Ko jangan lari ehh, aku sanggup berlapar, ko kena belanja aku makan. Hahahahahah…

                        • Pada 2009.04.06 11:29, eyucks menulis:

                          laaaaaaaa… kes nie tak abis lagi ka… bodoh btol la mamat yang cilok org punya kerja… damn btoi.. kurang2 bagi la credit kat ondscene hahahaha

                          • Pada 2009.04.06 12:11, mohd menulis:

                            bro.santau je dia tu

                            • Pada 2009.04.06 13:53, on the scene menulis:

                              terima kasih akan komen anda semua.
                              sebenarnya, saya tak sempat untuk ulas komen ini semua buat waktu dan saat ini.

                              sebenarnya, siapapun boleh ambil apa sahaja bahan di dalam blog ini untuk kegunaan terutama utk kebaikan.
                              apa yg saya timbulkan sebenarnya bukan kredit kepada saya atau blog ini. tak de pun tak pe sebab bukan itu matlamat saya.
                              apa yang saya kesalkan, apabila, ada blogger yg terus-terang copy, paste, ubahsuai tajuk, watermark, dan mengaku sebagai hak sendiri dan paling malang, mengaku sebagai dia sendiri yang buat berita itu.

                              lain-lain hal, takde masalah langsung. gunakanlah sebaik2nya utk kebaikan dan bukan kredit yg saya mahu.

                              tq hazrey atas tolong menjelaskan, begitu juga pada elyana. harap tidak salah anggap sebagai saya mahukan kredit. saya tak pernah memikirkan mengenainya kerana matlamat asal ialah utk kita kongsi bersama.

                              sekali lagi saya jelaskan, gunakanlah apa jua artikel di dalam blog ini utk kebaikan dan faedah bersama.

                              nanti saya sambung. teramatlah busy sekarang.
                              salam.

                              • Pada 2009.04.07 03:34, speedz menulis:

                                santau je

                                • Pada 2009.04.07 12:50, cabincrew are here to kick ur ass menulis:

                                  lahhhhh..jadi lagi?diorang ni sakit ke apa ha?

                                  • Pada 2009.04.08 04:58, mankay69 menulis:

                                    Copy,Tiru,Plagiat,Plagarism,Cedok ntah ape2 lagi lah nama dia orang ni.

                                    • Pada 2009.04.08 07:11, on the scene menulis:

                                      benda ni kalau ada manusia yg dilahirkan akhirnya menjadi muka tak tau malu, pandai berlakon bagus, itulah jadinya.
                                      so, terpulanglah sekarang pada org tu, kerana dia sendiripun tau, akan hal ini sebab dia selalu masuk blog ini berpandukan rekod yg ada. semua rekod sejak dia sebelum offkan ruangan komen sampailah sekarang, ada dalam simpanan saya.

                                      • Pada 2009.04.10 05:02, alidyangon menulis:

                                        Bro Sham

                                        Ini semua kerja budak budak ‘short form’ la ni

                                        Semua kerja dia nak senang

                                        Taip sms short form, sampai semua orang tak faham

                                        Study pun short form, bila jawab exam markah pun short-form

                                        Pemikiran pun short form, tak fikir panjang, suka suka hati ambik orang punya, pastu mengaku dia punya, ( dalam hati: “bukan orang tau pun siapa aku’)

                                        inilah Generasi Short-form, ‘The short minded rascal’

                                        • Pada 2010.10.10 02:31, nik zawawi menulis:

                                          Biasanya orang jenis ni pemalas!

                                          • Pada 2011.03.02 10:16, Mohammad Siddiq Jalil menulis:

                                            Teruskan usaha murni tuan
                                            you have an interested blog which specify on crime which rarely found in Malaysia
                                            keep up with good work,
                                            Your blog are part of my daily routine to catch up with recent news on malaysia

                                            You must be logged in to post a comment.