Sejak beberapa minggu lalu, blog ondscene.my menghadapi ‘tekanan’ tanpa henti dari pihak-pihak tertentu yang disyaki cuba melakukan ‘sesuatu’ ke atas blog ini.
Ianya semakin serius sejak minggu lalu dengan ratusan cubaan setiap hari menyebabkan saya terpaksa memantau berterusan dan mengetatkan lagi sekuriti blog ini.
Saya tidak tahu apa motif sebenar ianya dilakukan, tetapi ianya dilakukan tanpa henti dan tanpa jemu dipercayai oleh beberapa individu sama berdasarkan rekod yang dicatatkan.
Jika ada mana-mana pihak tidak berpuas hati, sila emailkan apa jua kepada saya, dan saya boleh luangkan masa untuk berjumpa kalian.
Ia ibarat baling batu sembunyi tangan.
2-’Kakitangan’ Pejabat Perdana Menteri
Kepada anda yang baru mengenali blog ini dan tidak mempunyai masa untuk membaca artikel sebelumnya, ingin saya ingatkan, semua komen yang dihantar ke blog ini, perlu melalui proses ‘verified’ setiap email yang disertakan.
Komen yang tidak berbau perkauman, provokasi, ‘hear-say’, terlalu ‘political’ akan dilepaskan.
Malangnya, ramai dari pembaca yang menghantar komen, berselindung disebalik email rekaan/palsu yang sudah tentu tiadanya ‘verification notice’ diterima menyebabkan sistem secara otomatik akan ‘pending’ komen tersebut.
Lebih malang lagi, kebanyakan mereka ini sebenarnya adalah mereka yang menghantar komen yang tidak relevan atau juga mencaci, memaki malah membuat tuduhan atau dakwaan terutama berunsurkan politik.
Saya menerima satu komen yang sebahagiannya tertulis ini:
……………………….tertentu sahaja(waktu puncak) dan harga saman mereka tidak la muntah darah macam kerajaan kominis malaysia kononnya nak mendidik rakyat malaysia. Allah berikan kita otak sebab tu otak berada diatas sekali untuk kita berfikir dengan baik.
Kemudian, saya menerima satu lagi komen dari individu sama :
saudara mintak owner blog ni kembalikan post sy yang dia dah delete sy dah explain semua. bodohnye la pencacai umno boleh main delete post org lak. nampak sgt x boleh terima pandangan.
(Post yang dimaksudkan oleh individu ini sebenarnya adalah komen yang dihantar itu)
Kedua-dua komen masih ‘pending’ di dalam ruangan komen, kerana email yang diberikan tidak di ‘verified’ yang menunjukkan samada penghantarnya tidak memeriksa kotak emailnya, atau juga ianya adalah email palsu yang sengaja direka.
Apakah alamat email itu ? : ppm@pmo.gov.my
pmo.gov.my ialah alamat site Pejabat Perdana Menteri (Prime Minister Office)
Jika benar anda dari Pejabat Perdana Menteri, saya bila-bila masa boleh ke Putrajaya untuk menemui anda.
Kepada individu ini, saya minta untuk berjumpa anda secara peribadi supaya saya dapat mengenali anda dan ingin mengetahui apa masalah anda sebenarnya.
Ondscene juga sebenarnya tiada masalah langsung jika tiada siapa yang hendak meletakkan komen di dalam bahan yang diterbitkan.
Kerana saya tahu, ribuan bahan di dalam blog ini dikongsi atau ‘copy-paste’ ke dalam blog/site lain, dan disitulah komen mencurah-curah masuk.
Untuk makluman, saya bukan ahli mana-mana parti politik , NGO atau apa jua persatuan di negara ini samada UMNO, MIC, MCA, PAS, PKR, DAP, UPKO, PBDS, Berjasa, Suaram, Tenaganita, WWF, PPIM, UKRC, GPMS, Gamis, Pengakap, Pandu Puteri, FAM atau sebutlah apa sajapun.













Perenggan terakhir tu terbaik abg sham! Trade mark membuat “closing” kalau abg sham geram sangat kat sesuatu perkara hehe…
Normal lah kalau blog glamer bang.. Sesuatu blog yg glamer kebiasaannya cenderung memihak ke satu2 parti politik di negara yg politiknya adalah untuk mencari makan. Diharap abg sham tetap tabah!
saya tak faham dengan orang yang otaknya memikirkan politik 24 jam..ada masanya kita nak berpolitik..tapi ondscene bukanlah tempatnya..carilah blog poilitik lain untuk anda melepaskan kegeraman anda..kesian kat pemilik blog@abg sham yang bertungkus lumus memaparkan berita kepada kita secara percuma ini. hargailah sedikit penat lelahnya. jangan kita tambah kesusahan dan kekusutan beliau dengan komen2 yang tidak membina langsung tapi lebih kepada lempar batu sembunyi tangan dan menghentam sesuatu pihak sahaja…tiada nilai positifnya komen sebegitu walau pun atas dasar nak menerima kelainan pandangan…jgn di layan mereka yang pengecut tu abg sham…
Test …test… percubaan..
Saya antara ribuan peminat blog saudara… blog saudara sy line diblog saya 2 tahun lepas lagi…
Teruskan … jangan di hirau karenah segelintir manusia …
Masaalah ganguan blog saudara rasanya ..ia masa ini sudah menjadi perkara biasa dalam berbloging .. semua blogger merasainya…
Akhir kata sekali lagi…teruskan… jangan di hirau karenah segelintir manusia ..
Abang sham.saya follow dah dekat 2 tahun dari blogspot sampai sekarang jarang sy komen.ada la kot 2 kali .Kalau abg sham stress lebih dicadangkan remove sahaja ruangan komen.saya masuk sebab info diberi oleh abang sham.bukan sebab saya nak luahkan apa yang dalam kepala saya..terima, hadam dan insafi diri..kemalangan berlaku ketika alpa..Apa segala nak diucapkan boleh pm masuk emel..sekian.saya harap abang sham tak stress dan jangan berhenti menulis..ini sahaja csi malaysia yang telus dan buat kerja tanpa mengeluh..tq.
Banyakkan bersabar,redha dan tawakal kpd Allah SWT di atas ketentuanNya.Insya-Allah niat yang baik akan dibalas baik dunia dan akhirat, niat yang jahat juga akan dibalas setimpal dengan apa yang dilakukan.Anggap ini satu cabaran hidup. Teruskan usaha saudara.
Derang neh pandai kata-kata aje,tapi TAK BERANI… hati busuk memang mcm tu…
nak berpolitik sgt, pi la masuk komen kat blog politik yang melampuh (bak kata org N9) ada kat alam siber tu. jangan duk menyemak nak menuduh org penyokong parti sini sana pulak. kalau rasa nak dapat info pasal kemalangan atau berita terkini sama ada jenayah, tanah runtuh dan sebagainya bolehlah luangkan masa menjengah laman ondscene ni.
*melampuh = banyak
org yg tulis komen camni sebenyarnya buta IT..dorang tatau org lain boleh trace dari mana dia online heheh.pastu letak komen caci maki…aptb! kutuk kerajaan tapi masa yg sama keje dgn kerajaan.tatau bersyukur & berterima kasih.soh je org tu berhenti keje dgn kerajaan.biar org lain kat luar sana ganti tempat dia
walapun saya berkerja sama spt jabatan itu tp saya tiada masalah dengan blog saudara malah isi pati blog saudara bukannya sedikit tapi banyak info yang boleh kita perolehi dan pelajari dari setiap kejadian yang berlaku terutamanya melibat kemalangan dan kerosakan harta benda disekeliling kita sedari ataupun tidak…sudah bertahun saya follow ondscene sbg silent reader malah saya linkkan blog saudara di blog saya untuk sama2 kita teman2 blogger saya turut sama mengambil iktibar dari kejadian dan nasihat yang diberikan dalam entry saudara…sharing is caring what…pedulikan tentangan orang lain..kuatkan semangatkan jati diri dalam mempertahankan hak saudara dalam membantu orang…walaupun kecil tapi besar..untuk orang yang tahu menilai bukan hanya tahu menghentam….yang penting THINK POSITIF…kalau semua mende nak libatkan politik jawabnya sampai sudah minda tepu dek pemikiran sebegitu!!
Brother Sham,
I really salute you in your endeavor in struggling to keep this site afloat for a long time. Whoever commented on your site and accused you for political reason, apparently that individual is very sad and depressed. A few things you could do, lodge a police report on the individual for harassment. We are, law abiding citizen. Let the law enforcement agency look into that email, maybe that individual is trying to incite hate amongst your readers. Last of all, what you are doing here is your passion to share the worst side of Malaysian citizen driving attitude. What is so wrong about that. Kudos to your effort…
Salam,
Setiap comment kat sini kena verifiedkan dan comment yang hamba Allah tu hantar menggunakan email pmo dan tidak diverified.Berkemungkinan besar dia cuba untuk troll atau provoke kerana user pmo tu akan dapat email verifikasi tuan termasuk apa yang dia cuba sampaikan. Nice play.
Saudara Sham,
Saya mengikuti blog tuan sejak kemalangan maut MPV anak saudara saya dibawah jambatan LRT selepas susur Subang Jaya di NKVE. Apa yang saya dapat katakan, saudara Sham paling berhati-hati didalam membuat laporan supaya tidak menyinggung mana-mana pihak, dan tidak menyebelahi mana-mana pun.
Sikap sebegini amat baik, dan keikhlasan tuan dalam menyampaikan berita walaupun terpaksa berkorban, amat saya sanjungi. Dari itu, teruskan tumpuan kepada kebaikkan, berfikiran positif, dan cuba memajukan diri disamping menyedarkan masyarakat melalui laporan-laporan tuan. Kalau ada masa, mungkin tuan boleh gunakan pengalaman ini untuk menulis buku, menyambung pelajaran hingga peringkat tertinggi, dan menjadi tauladan kepada anak-anak tuan. Mana tau satu hari nanti blog tuan memaparkan gambar-gambar konvo Dr. Sham…In Sya Allah..
tag line yg paling last tu buat sy tergelak…
“Pengakap, Pandu Puteri, FAM atau sebutlah apa sajapun.”
hahahahahha
info blog nie sgt bagus, bodoh la kalau ade yg benci or provok. sy selalu baca blog nie untuk info berbanding akhbar online. semoga blog ini diteruskan lagi.
Post dengan komen pun tak tau nak bezakan, ada hati nak membodohkan orang lain…
Saya mengikuti blog ini kerana banyak informasi yang boleh dijadikan panduan dan pengajaran dan link ke blog saya sejak awal lagi.
Teruskan usaha anda abg Sham.
tu komen org politik bodo yg baru 1st time buka bloq ondscene, baru ist time baca dah melompat melatah, biaq p la bro sham, yang penting Allah tahu niat bro kan,
kesian nak nyamar, jpm. Tak pandai.
macam email group je tu…refer kepada salinan di bawah..
Prime Minister’s Department
Perdana Putra Building
Federal Government Administrative Centre
62502 Putrajaya, Malaysia
Tel: (603) 8888 8000
Fax: (603) 8888 3444
Website: http://www.pmo.gov.my
E-mail: ppm@pmo.gov.my
kalau benarlah ada user yang menggunakan email tu kerana email teresebut merujuk kepada Perdana Menteri Malaysia ataupun jabatan yang berkaitan. Kalau begitu, baiklah dilaporkan ke bahagian yang sepatutnya kerana ianya adalah salah satu penyalahgunakan email oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
page nie takleh nak (like) mcm fb!