Saya memohon maaf kepada anda pembaca ondscene atas kelewatan update beberapa kes yang dipaparkan terutama kes kilang tepung yang menjijikkan itu.
Kepada anda yang setia menanti, saya akan cuba update semuanya malam ini bagi memberikan gambaran lebih jelas dan telus.
Saya tidak berkesempatan untuk arrange dan watermark foto-foto kerana sejak semalam hingga saat ini saya terlalu teramat sibuk.
Yang terkini, kes kemalangan maut lagi di MRR2 Ampang – penunggang motosikal digilis lori kontena.
Ada yang memberi komen berbau lucah, ada yang berbau perkauman terlampau- saya nasihatkan, ini bukan tempatnya.
Kadang-kadang saya tidak sempat memantau komen keterlaluan itu menyebabkan, mungkin saya terpaksa fikirkan untuk menapis dahulu lain kali, atau padamkan terus tanpa saya perlu meminta maaf kepada anda.
Komen untuk ‘belasah’ saya ,atau tidak berpuashati, anda boleh luahkan, tetapi mana-mana yang berbau lucah terlampau, perkauman dan menyentuh sensitiviti ugama, adalah dilarang.
Saya mempunyai rekod semua alamat IP anda, dan jika saya ditakdirkan dikenakan tindakan, saya terpaksa mencari anda untuk menemankan saya ‘di dalam’…!!! dan blog ini akan ditutup selama-lamanya…
Salam ondscene






salam
bang, tima kasih byk2 wat keje part-time blogging nih. saya minat betul dgn content blog abang. lewat posting jgn la risau bang. ada post bole baca. takde kalu, dok diam2 tunggu. no problem =)
Bang…padam je komen2 yg melampau tu…sy sokong!!!..tapiii..komen sy jgn dipadam lak…komen sy ok ape…kalau abang padam juga komen2 saya…………(????)
bro.. ada ke yg komen berbau perkauman, lucah atau menyentuh sensitiviti agama? kenapa diorg buat komen mcm tu kat blog ni bro? setau saya yg follow blog ni, blog bro bukan la politik ke apa… blog bro cuma blog news dan saya seronok masuk blog bro sebab blog bro ni merupakan lanjutan dari berita berita kemalangan dan insiden yg dimuatkan dalam akhbar.. caya sama lu bro.. two thumbs up
bro…aku rasa baik tak payah komen…kalau nak komen ke hapa guna email jer…kalau siarkan juga mesti offending kat org lain…baik tak payah letak komen lagi bagus…
Betul cakap anon kat atas ni.ruangan komen patut ditiadakan terus.bro kena paham blog ni macam2 org yang baca.ada niat ikhlas dan ada yang berniat jahat.tapi saya rasa yang jahat tu yg akan merosakkan keharmonian blog ni.tukang provoke ramai.jadi saya rasa ruangan komen ni patut ditiadakan terus.kalau berani komen guna email je.