Bermula hari ini, 30 Julai, 2012, anda tidak perlu lagi mendaftar untuk meletakkan komen di dalam blog ini.
Ondscene mula bersiaran 27 Julai 2008 dan yang pertama memberikan komen ialah Shah Paskal Military of Malaysia.net
Sehingga kini, ondscene mempunyai lebih 18,000 komen di dalamnya dan 1766 posting.
Sejak sistem pendaftaran untuk komen dimulakan, Anyss dari blog Saat Kau Sentuh Hatiku mencatatkan komen tertinggi iaitu sebanyak 418
Jumlah foto yang disiarkan di dalam ondscene sejak 4 tahun lalu mencecah hampir 20,000.
Ada juga foto-foto di dalam ondscene adalah sumbangan dari beberapa media dan pembaca sendiri.
View tertinggi pernah dicatatkan ondscene ialah pada 11 Oktober 2010 iaitu 91,301 views
Counter ondscene sejak 4 tahun lalu hampir menjangkau 12,000,000
Trafik rank di Malaysia mengikut Alexa ialah sekitar 800
Google Page Rank pula ialah 4/10
Terdapat 932 yang mendaftar dalam ondscene.
Lebih 50 peratus dari kes-kes kemalangan di dalam ondscene adalah berita ‘skop’ di mana ondscene sahaja wartawan yang berada di lokasi dan merakamkan kejadian.
Bahan berita di dalam ondscene turut dikongsi oleh banyak pihak teutama ruangan forum, blog-blog persendirian, Facebook, Twitter , email dan juga media online.
Ondscene juga membekalkan bahan berita dan foto untuk akhbar pelbagai bahasa di negara ini dan kerap juga foto dan berita disiarkan di muka hadapan.
Bagaimanapun, komen-komen akan tetap dimoderate sebelum disiarkan.
Sebelum ini, komen di dalam ondscene tanpa perlu moderate, sebelum ianya ditukar kepada pendaftaran.
Ini berikutan ada komen-komen tidak berkaitan ataupun komen yang tidak sesuai dihantar dan pemberi komen ‘bersembunyi’ di sebalik anonymous.
Saya cuba memberikan laporan terbaik dan terpantas untuk setiap kes yang disiarkan di sini walaupun saya akui ada fakta yang mungkin kurang tepat atau tidak sesuai.
Saya mengalu-alukan kepada pembaca yang mempunyai apa-apa maklumat atau fakta yang perlu diperbetulkan dalam artikel atau berita yang disiarkan di sini.
Ondscene bergerak secara sendirian dan merupakan rakaman catatan saya sendiri ketika membuat liputan kes, dan juga kini ada beberapa berita/foto pertukaran dengan beberapa media.
Ondscene tidak ditaja oleh mana-mana pihak, dan bebas dari pengaruh mana-mana pihak, malah jauh sekali dari dijemput menghadiri atau mengikuti apa jua program yang diadakan oleh mana-mana pihak terutama membabitkan blogger.
Segala bahan yang ada di sini, adalah untuk dikongsi bersama, dan tidak mengandaikan sesuatu kepentingan di atasnya.
Teruskan bersama ondscene
Salam hormat
Reality In Real Life











Saludas! HEhehe
Hahhahaha Rupanya Bro Syah pengomen pertama Blog ni..hihihi
terima kasih. banyak info berguna dalam blog ni. dan juga selalu buat saya rasa ngeri tengok foto-foto…
tahniah En Sham. Semoga maju jaya dan sukses pada masa kini dan akan dtg.
mantop dan tahniah En. Sham.. =D
Tahniah boss. Kena celebratelah ulangtahun yang ke-4.
memang abg wan, AS kena open table hehehe
kakcik sering ke sini tapi tidak meninggalkan komen kerana kakcik tak tahu macam mana hendak mendaftar. Setelah mencuba sekali dua, tapi tidk berjaya, maka kakcik menjadi pembaca senyap saja. Tahniah untuk ulangtahun ke 4 blog ini dan teruslah melaporkan berita2 terkini.
Assalamualaikum,
Dah 4 tahun…selamat ulangtahun!
Opssss! tak sangka pulak saya paling banyak menyebuk sini
huhuhhu…glamer la cik anyss dia terrrrr
Ehem…..ada open table lagi ke?
Ada. Tungguuuuu….
kita pun blh join ke.. hik3..
bukan open table tp open kanopi, buat bbq
bila nak buat tu…? Habaq mai awai sikit, inshaAllah saya berhajat nak menyumbangkan sedikit hidangan…
semestinya Nasi Mendy…
open maksudnya buka ye? huhuhu
TAHNIAH!
Selamat Ulang Tahun Yang Ke Empat untuk ONDSCENE.
Terima Kasih untuk semua yang pernah dikongsikan di sini. Terima Kasih, Abang Sham…
Hari ini terbukti brother syam memang terbaek menyiarkan
berita2 hangit dari lebuhraya + serantau..
All d best and heppy besday to Ondscene..
Depa dok meeting tak habis2 lagi….tu baru nk set date dah baling2 kusi tak puas hati hihihi
Sekalung tahniah buat admin..semoga terus memberi laporan y menarik pembaca blog..
saya diberi peluang menyumbag photo dan disiarkan dgn tajuk “siapa yang kena” tahniah utk tuan!
Alhamdulillah… dah lama saya nak komen. Tapi tak boleh nak register, tak tau sebab ape. Sebelum ni ada gak input (gambar) berkenaan kemalangan yang saya nak kongsikan termasuk yang Bro Sham terlepas (kemalangan di laluan ke terowong jalan bawah LDP menghala ke Bandar Utama, beberapa bulan lepas) tapi tak tau caranya… (saya tak pandai IT sangat kut). Since dah open macam ni, boleh la share kut
. Keep it up Bro Sham!
TAHNIAH…!
Semoga berterusan menyiarkan berita sensasi..
Syabas Ondscene!
Tahniah Abg. Sham.
Ondscene adalh salah satu web wajib diletakkn di tab klu sy ber’online.
Kunci pendaftaran dah di buka ni akan menderu-deru kot komen masuk. Sy teringin juga memberi pandangan tp menghadapi masalah untuk log in ., hanya boleh memberi pandangan setelah ada orang memberi komen dan masa tu baru boleh klik reply …Tahniah utk Brader Sham…
Terima kasih, sumbangan ondescene sangat sangat dihargai.. Syabas.
HEPY BIRTHDAY….!!!!
Selamat ulangtahun ke-4 buat ONDSCENE
So saya ke org terakhir yg register dlm blog ni, semalam?
Tahniah dari (org baru), keep it up bro… Enjoy while reading your article…
nilah masa yang ditunggu-tunggu
Selamat ulangtahun Ondscene. Semoga lebih banyak menyajikan maklumat-maklumat bermanfaat untuk peminat setia khususnya & untuk segenap lapisan rakyat amnya.
syabas…..terus usaha utk penyampaian berita terkini.
AS tahniah diatas kejayaan mu. kami sedia membantu
tahniah abg sham…sebuah blog yg bagus,hari br dpt mberi komen dlm blog ni..terima kasih sbb memeberi peluang
Tahniah Abang Sham aka Ondscene.
Selama ni saya jadik silent reader sbb taktahu nk register.
Tapi skrg da boleh komen sikit2. Huhu.
Harap page ni lebih maju !
Tahniah bro……tarikh tu sama dengan tarikh lahir saya…hehehehehhehe
sebagai silent reader tetiba arini rs nk komen, ni 1 st komen .lama dah follow abg sham.apapun tahniah , mmg berguna dan moga terus menjadi medium rujukan
tahniah abang sham..sekarang dah boleh komen balik cam dulu..tu yg best tu..terima kasih selama 4 tahun ni berkongsi bahan2 menarik bersama pembaca semua
Wah best, tak perlu register lagi..Happy Birthday Ondscene!!!
ondscene terbaik….saya selalu amik kes kemalangan.teringin jugak nak kongsi dengan pembaca ondscene.tapi sayangnya sebab tugas saya sebagai Penolong Pegawai Perubatan tidak berkesempatan untuk menggambil gambar kemalangan.ye la time tu sibuk nak pickup kes.pastu kekangan kerana tugas penolong pegawai perubatan adalah bertentangan dengan etika kerja saya untuk tidak mengambil gambar kerana salah disisi tugas dan tanggungjawab saya sebagai petugas jabatan kecemasan dn trauma….kalau tak pakai uniform senang la saya nak berkongsi gambar kemalangan dengan pembaca setia ondsecne…..
dah lama saya follow ondscene sejak 3 tahun lepas tapi ni la pertama kali saya komen dibloq ondscene.apa-apa pun tahniah buat saudara sham pengasas ondscene ni.sekurang-kurangnya memberi pengajaran buat pengguna jalan raya malaysia yang semakin hari semakin bertambah jumlah kemalangan…
Alhamdulillah & Tahniah kpd Dato’ Sham..
.
Kami berharap agar Tuhan mempermudahkan segala usaha murni anda dalam memaparkan berita yg pantas & hebat(tak bleh dpt dr mana2 dada akhbar mahupun blog lain..special edition). Saya baru mengenali blog ini apabila mencari maklumat tentang rakan saya yg terlibat dgn kemalangan maut pd 30/06/2010 di DUKE Highway. Saya juga telah mempromosikan laman ini kpd rakan2 seangkatan. Kami berharap agar Dato’ Sham tabah dlm memberikan yg terbaik utk tatapan semua. Saya percaya dan yakin bahawa laman ini akan menjadi laman rujukan utama bagi kes2 kemalangan di masa akan datang. Cuma jgn lupakan kami jika dah masyhur or bergelar dato’…
tumpang bangga bila Encik Syamsul dpt Dato.. Insyaallah!
selamat ulangtahun…ondscene….moga diteruskan usaha memaparkan berita2 menarik setempat..klu boleh diluaskan ke seluruh negara memandangkan ondscene lebih tertumpu di kl dan sekitarnya sahaja….
Tahniah bro!! Selamat ulang tahun ke 4 Ondscene!! Teruskan berinformasi…
Selamat ulangtahun yg ke4…pagi tadi hampir pitam bila bukak blog ondscene tetiba message appear kt blog account ondscene suspended..sib baik dh ok balik…fuhhh lega rassanya..
pelik jugak tengok kenapa ramai yang komen sedangkan sebelum ni tak pulak macam ni.. (ni sebab kat office tak boleh bukak blog ondscene ni).. apa-apapun tahniah dan selamat ulangtahun yang ke 4..
psstt: lepas ni makin lamaler ai hadap satu-satu entry kat dalam ni sebab komen2 dah semakin bertambah..