Ondscene Kembali Semula
Kuala Lumpur
Salam hormat kepada semua pembaca ondscene
Sejak beberapa hari lalu, saya tidak berapa sihat, menyebabkan semua kes terpaksa ‘dilepaskan’ begitu sahaja dan sekaligus aktiviti ondscene terhenti seketika.
Saya kembali semula untuk membawa berita-berita terkini di sekiling saya untuk anda.
Berkenaan kejadian ‘hiris dan toreh’ yang saya alamai, Alhamdulillah, kini sudah tiada lagi kejadian tersebut berlaku pada saya.
Terimakasih kepada semua yang memberikan beberapa pandangan, panduan mahupun petua/amalan yang mana ianya mungkin dapat ‘menyelesaikan’nya.
Sebenarnya, kejadian itu bukan berlaku semasa saya tidur, tetapi berlaku dalam keadaan saya sedar dan ketika yang tidak memungkinkan sebarang serangga ‘menyerang’ saya!!!
Bayangkan, ketika anda sedang membaca blog ini, tiba-tiba anda terasa pedih di kaki anda, sepantas kilat anda melihat pada tempat yang sakit – dan anda lihat kesan toreh/hiris itu beserta dengan darah.
Apa yang berlaku ialah, kesan itu timbul secara tiba-tiba menyebabkan saya tiba-tiba merasa pedih dan apabila dilihat , terdapat kesan itu dan darah.
Walau apa pun penyebabnya, hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.
————————————————————-
Sejak seminggu berpuasa begitu banyak kes-kes kemalangan maut berlaku di beberapa lokasi di luar Lembah Klang.
Kepada anda yang mempunyai foto-foto yang anda rakamkan sendiri ketika berada di lokasi kes, sila email kepada saya.
Menjelang Aidil Fitri yang bakal menjelma, kita tidak mahu perkara yang sama berulang kepada kita, ahli keluarga dan rakan-rakan kita.
Blog ini diharap menjadi sebagai sebahagian dari kempen keselamatan di jalan raya yang dapat menyedarkan pengguna betapa kita tidak mahu menjadikan jalanraya sebagai ‘Sungai Darah’…
Selamat berpuasa,
Post Lain Yang Berkaitan
8 Comments
You must be logged in to post a comment.



salam brother
mengenai lka dikaki tuh
banyakkan selawat 7 kali
tiup di tapak tgn sambil membaca surah alfatihah..
semoga selamat semuanya ya.. =)
welcome back:>
patutlah tak ada posting. sakit lanjutan gangguan tu ke bro. sham?
Glad U're Back… Miss Post Dari B ro Laa…. Ari2 Buka Utk Cek Pasal Entry Terbaru… HEhehehe… Anyway, Selamat Berpuasa….
Salam.. Aduu… Naik risau dah aku.. Sepi tanpa posting sejak dua tiga ari ni… Jgn buat senyap mcm ni,bang… Suspense kami!
Apa pun, selamat kembali ke alam buana.. Moga diberi ALLAH segala kekuatan utk meneruskan hasrat murni menyampaikan maklumat terkini di sini.
HIDUP ONdSCENE !!
9W2FLY
semoge bro dilindungiNYA…amin ..
welcome back bro sham..
Alhamdulillah En Sham dah pulih. Selamat kembali menulis.
Saya dok check blog ondscene beberapa hari ini memang tiada aktiviti dan saya sudah agak yang En Sham kurang sihat.