Salam kepada semua pembaca,
Apakah yang perlu anda lakukan ? :
1 -Sebaik anda selesai menulis di ruangan komen dan mengisi nama serta alamat email dan alamat blog (jika ada) , tekan ‘Hantar’.
2-Serta-merta, sila semak email anda di mana 1 email pengesahan perlu anda klik pautannya untuk membuktikan email anda adalah benar dan bukan email palsu.
3- Skrin di atas akan keluar sebaik anda klik pautan tersebut.
4- Selepas anda sahkan email anda itu, tugas saya ialah memeriksa komen anda untuk diluluskan.
Berkuatkuasa serta-merta, ondscene terpaksa melakukan satu lagi perubahan di dalam sistem meletakkan komen di dalam blog ini.
Sejak saya membuka ruangan komen kepada semua pembaca tanpa perlu mendaftar bermula 30 Julai 2012 lalu, blog ini secara drastik menerima ribuan komen untuk berita yang disiarkan, walaupun saya masih perlu ‘moderate’ komen anda.
Malangnya, ia masih disalahgunakan terutama menghantar komen yang amat keterlaluan, terlalu racist, dan ada juga yang langsung tidak relevan seperti dikaitkan dengan politik atau merapu tak tentu pasal.
Selain dari komen sebegitu, saya tetap meluluskan komen tanpa banyak soal atau melakukan sebarang ubahsuai.
Kadang-kadang, kepala saya sakit semata-mata terpaksa memikirkan samada hendak meluluskan sesuatu komen yang tidak relevan itu kerana tidak mahu di cop sebagai berpilih-pilih.
Sebenarnya, jika anda jujur, tidak perlu berselindung dengan segala macam email rekaan @ palsu atau menggunakan berbagai nama samaran berbeza, kerana semuanya dapat dikesan dengan pelbagai plugin yang ada.
Itupun saya abaikan jika komen anda relevan dengan kes yang dipaparkan.
Oleh itu, berkuatkuasa serta-merta, mereka yang menggunakan email palsu atau rekaan itu, tidak akan mendapat tempat di dalam ruangan komen ondscene.
Sebaik anda menulis komen, satu email pengesahan akan dihantar kepada anda untuk memaklumkan mengenai komen anda itu yang kemudian akan saya luluskan setelah mendapat pengesahan anda itu.
Apakah yang perlu anda lakukan ? :
1 -Sebaik anda selesai menulis di ruangan komen dan mengisi nama serta alamat email dan alamat blog (jika ada) , tekan ‘Hantar’.
2-Serta-merta, sila semak email anda di mana 1 email pengesahan perlu anda klik pautannya untuk membuktikan email anda adalah benar dan bukan email palsu.
3- Skrin di atas akan keluar sebaik anda klik pautan tersebut.
4- Selepas anda sahkan email anda itu, tugas saya ialah memeriksa komen anda untuk diluluskan.
Bermakna, jika anda menggunakan email palsu, anda tidak akan menerima pengesahan dan komen secara otomatik tidak akan dipaparkan.
Ini mungkin bukan cara terbaik, tetapi sekurang-kurangnya saya cuba berusaha mengurangkan komen-komen yang tidak berkaitan.
Sebagai makluman, blog ondscene tidak memerlukan komen-komen yang beratus-ratus yang sebenarnya ada komen yang tidak berfaedah atau membuang masa.
Saya juga tidak pernah meletakkan blog ini dengan banyaknya komen sebagai ukuran populariti , tetapi lebih untuk menyalurkan maklumat secepat, setepat mungkin dan setelus yang boleh.
Tanpa komen juga, saya tetap meneruskan blog ini tanpa jemu , dan tanpa sebarang tajaan atau imbuhan, selain iklan dari Innity.
Dengan sokongan anda juga, dalam beberapa minggu sehingga hari ini, ondscene berada dalam senarai Alexa Top 500 sites in Malaysia
Belum terlambat rasanya saya mengucapkan sekali lagi, Salam Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin.
Salam hormat
ondscene.sham@gmail.com











Assalamualaikum,
Susah juga ya bila blog popular macam ni
Selamat hari raya maaf zahir batin.
Bro,
Ini yg saya tunggu dari dulu. But… mcm yg saya kata dulu…. Kalau bro nak jimat bandwidth, bro letak la gambar kat sharing site yg maybe bayar cuma sikit setahun. Maybe jimat cost…
And the most important thing… Mana2 pembaca tu, support la ondscene… Support dgn support para pengiklan…
asszlammtumpang lalu buat apa yangbtakmmemening kapla,,tkiu
oh harap2 sistem komen yang baru ni lebih menguntungkan kedua2 pihak pembaca dan penulis
Salam. Saya kira ini adalah langkah terbaik abg Sham ..:)))
Salam Hormat, Abang Sham.
Saya menghormati apa juga yang anda fikirkan sesuai dan baik untuk perjalanan Blog Elit ini.
Apa pun perubahan yang anda lakukan, tidak pernah membuat saya rasa terbeban.
Malahan, saya amat berterima kasih kepada Ondscene kerana saya dapat menangkis banyak tohmahan tidak berasas yang sekian waktu meletakkan 100% kesalahan pada pemandu kenderaan berat terutamanya, bila ia terlibat dalam kemalangan, tanpa menyelidik dengan lebih mendalam atau cuba memahami bahawa kami juga MANUSIA biasa…
Syukur! Sedikit tidak, sudah ada yang dapat memahami tugasan hakiki pemandu kenderaan berat seiring komen serta penerangan yang saya dan beberapa rakan pemandu lori dan bas tampalkan di ruang bertuah ini.
Kami rasa tersanjung amat di sini.
Terima Kasih untuk segala peluang yang diberikan, Abang Sham!
Terima Kasih kepada pembaca budiman yang sudi membaca komen-komen kami (para pemandu kenderaan berat yang baru sehari dua ini kenal komputer dan internet) serta menghadamkan maksud tersirat dari baris yang tersurat.
Salute for Ondscene! Kudos to ALL!
saya ikut saja boss….
Salam hormat adik sham…. terima kasih kerana buat yang terbaik untuk semua orang. Bukan mudah untuk untuk menjaga hati semua orang dan insyaallah akak akan ikut blog ini selagi ada kerana blog ini ada sejarah dalam hidup akak …..anda yang terbaik…
Saya pun tak kisah apa pun perubahan dlm blog ni. Yang penting, kedua2 pihak dapat manfaat…itu lebih penting.
). hehee….
Melalui pembacaan di blog ini, saya menjadi seorang pemandu yang lebih berhati2 dan kerana ‘terlebih keprihatinan terhadap pemanduan di jalan raya’, saya juga menjadi seorang penumpang yg agak bising mulutnya apabila suami atau kawan2 sy memandu(bukan sbb tak percaya apabila mereka memandu, tapi lebih kpd mengingatkan
Bagus jugak ada comment moderation ni.. sekurang-kurangnya bila baca tang komen tu takdelah unsur2 tak sepatutnya ada.. apa-apapun.. selamat hari raya Aidilfitri..
psstt: try komen jugak..
Kepada pengomen2 semua, ingin saya ingatkan diri saya dan diri anda semua tentang seksyen 114A Akta 56 semasa memberi komen..
Tahniah diatas perubahan yang dilaksanakan
Ok brother… understood..
Testing 1 2 3….
Salam.
Rasanya semua pelawat tiada masalah dengan peraturan yang saudara lakukan di blog saudara.
Namun, saya rasa jika boleh, cari plugin yang boleh blok certain IP dari komen. Mana tahu boleh membantu.
YA INI ADALAH YANG TERBAIK SEBAB KADANG2 KOMEN YANG DIHANTAR TERLALU SENSITIF UNTUK DIBACA