Salam kepada semua pembaca
Sebagai menghargai anda sebagai pembaca dan kita dapat bersuai-kenal sesama kita, saya dengan ini menjemput anda ke Perjumpaan Aidil Fitri pada tarikh dan masa berikut:
Tarikh: 9 Oktober, 2010
Waktu : 12 tgh – 6 petang
Lokasi : Commonwealth Forest Park & Resort
Kompartmen 3 Hutan Simpan Bukit Lagong
Km 23 Jalan Kuala Lumpur – Rawang
48000 Rawang Selangor
(majlis di dalam Dewan dan perkarangan Resort)
Tiada sebarang bayaran,cukai/service charge atau apa-apa caj tersembunyi dikenakan.
Saya amat-amat menggalakkan anda membawa ‘pot-luck’ untuk kita sama-sama merasa. Mana-mana biskut raya yang anda beli/tempah mahal-mahal hari tu, tapi masih ada berkotak-kotak lagi belum habis, silalah bawa.
Kepada yang pandai memasak dan mahu rakan lain merasa masakan anda, ye, silakan bawa. Mee goreng, nasi lemak, nasi dagang, laksa atau apa sahaja yang anda fikirkan mampu dan sesuai anda bawa.
Kepada yang tak sempat nak buat ‘open-house’, inilah masanya anda ‘open-table’ .
Anda samada boleh datang bersendirian, bersama suami/isteri dan anak-anak, rakan-rakan, ada blog, tiada blog – anda dijemput hadir.
Bagaimanapun, bagi memudahkan saya membuat persiapan, anda diminta menyertakan butiran berikut sebagai pengesahan kehadiran semasa perjumpaan itu kelak. Emailkan butiran ke link ‘Hubungi’ di atas
Nama
Blog
Jumlah Kehadiran
(sila nyatakan juga bilangan kanak-kanak berusia bawah 15 tahun bersama anda)
Jika anda membawa ‘pot-luck’, sila sertakan anggaran yang akan dibawa.
Contoh – biskut – 10 kotak , – mee goreng – 1 periuk.
Kepada anda yang berminat, berhasrat atau berniat untuk ‘sponsor’ apa sahaja, sila email butiran kepada saya.
Segala sumbangan amatlah dihargai kerana perjumpaan ini adalah untuk kita semua, jadi sama-sama kita merasainya…!!!
Saya juga akan mendapatkan persetujuan dari beberapa blogger yang akan bersama saya sebagai penganjur bersama untuk perjumpaan ini.
Beberapa acara akan turut diadakan, termasuk cabutan bertuah (mungkin satu-satunya majlis hari raya yang ada cabutan bertuah…!!!)
Perhatian kepada usahawan:
Jika anda ada perniagaan kecil-kecilan, dipersilakan bawa sekali untuk anda jual pada perjumpaan ini.
‘Boot-sale’ akan dibuka kepada yang berminat. Ini juga mungkin majlis hari raya yang pertama di dunia ada jualan ‘bootsale’…
Bayaran RM30 untuk satu kereta/MPV/Van (lori, treler, kontena tidak dibenarkan)
Anda boleh jual apa sahaja seperti pakaian, makanan atau barangan hobi.
Bagaimanapun, hanya makanan halal sahaja dibenarkan.
Anda juga tidak dibenarkan samasekali menjual barangan seperti senjatapi, bahan letupan, produk MLM, skim cepat kaya atau produk berunsur seks/ubat-ubatan yang dilarang.
(Kepada yang membawa ‘bibik’, sila pastikan membawa ‘bibik’ yang sah dan mempunyai permit.)
Ikutilah perkembangan di blog ini untuk maklumat seterusnya.








Saya tweet dan share kat FB dulu.
Jadi jugak akhirnya =)
wahh!! menarik!!
Berminat tapi jauh sangat, tak dapat datang ni.
jangan lupa ambil gambar yek.
salam brother OS
insyaAllah..
adeh nak join gak….tapi jauhhhhhhhhhh
InsyaAllah…kalu takde aral melintang boleh la pergi nanti
Jangan jual produk MLM??? Hahahaha, betul…. saya amat sokong. Nanti kena dengar ceramah pulak, tak sempat makan.
line perkataan bibik tu geli ati tu..hehehe…
msm nk join tp tak pasti ade kekangan tk time tu
[...] Maklumat lanjut, sila klik sini – ondscene.my [...]
Berminat nak datang dan join boot sale. Insyallah akan ‘confirm’ semula..
alahai, xbalik lagi
menarik too.tapi sayang saya nii….tak dapat nak pii.
[...] – Anda boleh mula datang ke lokasi kejadian. Sila rujuk peta yang dilampirkan pada entry ini . Jangan malu-jangan segan, pandulah kereta/tunggang motosikal mendaki bukit kira-kira 1km. Dewan [...]