RM8,000 – Hadiah Utama Pertandingan Memancing

Kuala Lumpur
28 April 2010
(update dengan pindaan pada beberapa paragraf)
Bagi peminat memancing di ibu negara, habuan RM8000 menanti anda sebagai hadiah utama Pertandingan Memancing Sempena Hari Pekerja pada 1 Mei ini.
Pertandingan anjuran sebuah syarikat, SCS Prima Sdn Bhd dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, DBKL dan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia, Pemadam itu mula dibuka pendaftarannya sejak 23 April lalu, sehingga jam 11 pagi pada hari pertandingan.

Dengan lokasi pertandingan diadakan di Taman Tasik Titiwangsa, ia dijangka akan menarik minat kira-kira 1000 pemancing untuk menyertainya.
3,000 ekor ikan pelbagai saiz dan jenis termasuk jelawat,pacu,rohu,patin,kaloi, lampan dan berbagai lagi turut dilepaskan sempena pertandingan itu.

Selain hadiah wang tunai RM8,000, mereka yang menjadi juara akan turut mendapat Pakej Insuran Perubatan tajaan MAA Takaful bernilai RM450,000, set joran , barangan elektrik dan hampers

Tempat kedua pula menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM4,000 serta Pakej Insuran Perubatan RM300,000 , manakala tempat ketiga RM1,000 dan juga Pakej Insuran Perubatan RM300,000
Dengan yuran pendaftaran hanya RM100 , mereka juga akan mendapat kemeja-T bagi 500 penyertaan terawal dan hampers dan kepada peserta yang berjaya memancing ikan paling banyak, akan juga diberikan ganjaran.
Pengerusi SCS Prima Group, Dato Mohd Daud Nasir berkata, pertandingan pertama kali anjuran syarikat sebagai menghargai golongan pekerja yang menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan syarikat tempat mereka bekerja sekaligus mengisi sambutan Hari Pekerja bersama keluarga sambil bersantai.
“Peserta digalakkan datang bersama keluarga dan mereka akan turut disajikan dengan pelbagai aktiviti ketika pertandingan itu”, menurut Dato Mohd Daud yang juga merupakan seorang kaki pancing.
“Selain pertandingan memancing, ahli keluarga boleh menyertai pelbagai aktiviti yang diadakan termasuk Pertandingan Karaoke, Pertandingan Meneka Berat Ikan, Cabutan Bertuah dan beberapa aktiviti lagi “ tambahnya.
“Bagi kanak-kanak pula, boleh menyertai pertandingan ‘sand-arts’yang juga menyediakan pelbagai hadiah menarik. 
Pertandingan memancing ini juga diadakan dengan kerjasama dua buah lagi syarikat iaitu Silverrods Resources dan Eyi Tradings
Kepada mereka yang berminat, boleh menghubungi urusetia untuk keterangan lanjut dan urusan pendaftaran – Aliza Norzuriani 012- 3323217

Post Lain Yang Berkaitan

4 Comments

  • Pada 2010.04.28 04:33, hayatiharun menulis:

    wah!!!besonya adiah…tpi syg sy bukannya kaki pancing…

    • Pada 2010.04.28 14:59, zeqzeq menulis:

      besok2 kena tukar Tanganpancing.

      • Pada 2010.04.28 15:44, Melor menulis:

        mesti follow.lets gone acu!

        • Pada 2010.04.28 23:12, hayatiharun menulis:

          Zeqzeq…betullah…knp dipanggil kaki pancing bukan tangan pancing????mmmmmm????……..

          You must be logged in to post a comment.