Ruangan Baru – Radar
Bunyinya mungkin melucukan, ataupun mungkin juga seola-olah blog pertahanan.
Tetapi inisiatif mewujudkan ruangan ini di dalam blog baru http://ondscene.my/ setelah saya memikirkan betapa ramai di kalangan kita mungkin:
1. Ingin mencari ahli keluarga yang telah terputus hubungan sejak sekian lama.
2. Antaranya mungkin ada yang kehilangan atau ditinggalkan oleh ibu, bapa, suami, isteri.
3.Mungkin pencarian adalah amat diperlukan kerana sebab-sebab tertentu seperti untuk pembahagian harta-pusaka, wali, atau atas-atas sebab kekeluargaan lain.
Bagi yang kehilangan atau ingin mencari ahli keluarga yang kehilangannya mungkin terbabit atau bersabit dengan kes jenayah, anda boleh juga menggunakan ruangan ini, tetapi anda perlu emailkan kepada saya laporan polis yang dibuat berkaitan kes terbabit.
Contoh :seperti anak dilarikan, isteri melarikan diri, suami diculik, bapa saudara hilang.
Ruangan ini hanya disediakan untuk mencari ahli keluarga seperti ibu, bapa, anak, suami, isteri, saudara mara seperti sepupu, bapa/ibu saudara, menantu, bekas menantu, bekas suami, isteri, menakan atau apa jua yang berkaitan dengan tali persaudaraan.
Ruangan ini tidak akan melayan sebarang permintaan untuk menyiarkan bagi mencari rakan, sabahat, kekasih, bekas kekasih, bakal kekasih, bakal suami,isteri atau yang tiada kaitan dengan tali persaudaraan dengan anda.
Syarat:
Bagi yang ingin mencari seseorang yang hilang atau gagal ditemui itu, sila emailkan butiran berikut:
1. Nama Penuh anda
2. Alamat penuh
3. No telefon
4. Nama samaran
5. Foto orang yang dicari-sekurang-kurang sekeping ,lagi banyak lagi baik.
6.Latarbelakang orang yang dicari
7. Hubungan kekeluargaan dengan anda
8. Dipercayai berada di mana
9. Apa juga maklumat yang boleh membantu pencarian
10. Bagi kes yang melibatkan jenayah, emailkan laporan polis.
Butiran 1-3 tidak akan disiarkan di dalam blog ini kecuali mendapat kebenaran dari anda.
Bagaimana blog ini mungkin dapat membantu?
Sebaik kisah dan foto disiarkan, anda sebagai pembaca adalah RADAR paling berkesan kerana anda berada di seluruh pelusuk negara.
Tiada sebarang had tempoh untuk pencarian ini.
Sebarang kelibat atau fakta yang memungkinkan orang yang anda jumpa, adalah orang yang dimaksudkan, maklumat terus disalurkan ke email saya, dan maklumat akan disalurkan pula kepada onda yang mencari.
Semua maklumat hanya akan diterima melalui email dan bukan melalui ruangan komen.
Sila emailkan maklumat kepada:
Bagaimanapun, mungkin keberkesanan atau berjaya atau tidaknya pencarian itu, tidak dapat kita pastikan.
Jika ditakdirkan anda boleh menemui semula insan yang anda cari selama ini, syukur kita panjatkan kepada Allah.
Post Lain Yang Berkaitan
3 Comments
You must be logged in to post a comment.






ohh bukan untuk cari jodoh baru ehh?
kura-kura yg hilang boleh? he is part of family jugak :p
anyway. makin mantap blog ini dengan ruangan ini. keep on bro!
hazrey -nanti aku wujudkan. tapi kena register n bayar kot…!!!
benrauf – ikan pun bole bro. tapi susah la nak cari sponsor…