Reality in Real Life

Salam Lebaran 1435H – dan Panggilan Telefon Dijawab Orang Lain.

Selamat menyambut Aidilfitri maaf zahir & batin kepada semua.

Mungkin ada tertanya-tanya, mengapa tajuk entri ini agak pelik.

Bayangkan senario ini:

Anda sedang menunggu ahli keluarga, anak, cucu yang sepatutnya sampai sejam lalu untuk sama-sama menyambut lebaran.

Hati yang gundah, menyebabkan anda tidak senang duduk, lalu membuat panggilan ke telefon bimbit kepada ahli keluarga yang dalam perjalanan.

Telefon dijawab oleh orang lain – kedengaran suara dengan suasana yang riuh rendah, bunyi siren, tangisan, jeritan.

‘Encik, pemilik telefon ini kemalangan, dan meninggal dunia’.

Atau senario ini:

Jam 1 pagi, sepatutnya anak dan cucu sudah sampai ke kampung halaman.

Namun tiba-tiba jam 1.30 pagi, telefon bimbit anda berbunyi – tertera nama anak anda pada skrin dan anda segera menjawab – tetapi suara orang lain yang menelefon anda.

‘Encik, harap bertenang. Mungkin encik ada kaitan dengan pemilik telefon ini. Semua dalam kereta ini maut kemalangan. Sila datang ke hospital.’

Selebihnya, ia telah menjadi sejarah…

——————————————————————————————————–

Dalam kita bergembira meraikan sambutan lebaran ini, peringatan paling penting untuk kita semua – sentiasalah berhati-hati di jalanraya.

Ada pengguna jalanraya merungut malah melahirkan rasa tidak puashati kerana terpaksa menempuh kesesakan yang amat teruk terutama pada 25 dan 26 Julai  lalu ketika dalam perjalanan pulang ke kampung.

Situasi sama dijangka akan dialami pada 2 dan 3 Ogos ini apabila anda akan pulang semula ke ibunegara.

Bersabarlah kerana ianya adalah pilihan dan sudah maklum akan kesesakan yang berlaku.

Ada hikmah di sebalik kesesakan itu yang mungkin ada yang tidak terfikir mengenainya – kemungkinan atau kebarangkalian berlaku kemalangan dengan impak yang dasyat dapat dikurangkan.

Kesesakan menghalang pengguna memandu dengan laju atau tidak berhati perut – tetapi akan tetap ada mengambil peluang untuk menggunakan laluan kecemasan tanpa sebab.

Saya seperti pengguna lain, amat berharap supaya tragedi ketika berhari raya dapat dikurangkan.

Salam lebaran , berpada-padalah dalam apa jua situasi, ingat yang tersayang…

Ondscene.sham

Kuala Lumpur

 

 

2 Comments

  1. Mohd Azuwan's Gravatar Mohd Azuwan
    31/07/2014    

    Selamat hari raya Aidilfitri abg Sham,baru sempat jengah blog,internet tak brp baik di luar bandar huhu..Alhamdulillah,slmt pulang ke kampung dan kembali ke rumah.

  2. ahnad pudin's Gravatar ahnad pudin
    29/07/2014    

    Situasi yg sama sy hadapi 2thn lalu. Perjalanan konvoi 4buah kereta utk pegi beraya berakhir tragedi. X sangka kemalangan di depan rupa rupanya kemalangan melibatkan kereta milik adik sendiri. Raya ke-2 sepatutnya disambut gembira..tp hanya suara tangisan dan kesedihan yg kedengaran. Al-Fatihah utk arwah abah dan adik anis…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting