Kepada semua pembaca ondscene yang berugama Islam, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil-Fitri.
Segala salah dan silap, saya mohon ampun dan maaf – zahir dan batin.
Kepada yang baru hendak memulakan perjalanan pulang ke kampung, berhati-hatilah ketika memandu.
Kemalangan boleh berlaku di mana-mana dan dalam apa jua keadaan.
Kelekaan , kelalaian, kealpaan walau hanya beberapa saat, boleh merubah segala-galanya.
Sebagai panduan, sila rujuk jadual berikut laluan-laluan yang perlu anda beri perhatian :
Terimaksih kepada yang menjadikan panduan yang saya sediakan itu sebagai ‘bekal’ perjalanan anda.
Jika berlaku sesuatu tidak diingini ketika anda dalam perjalanan, jangan panik.
Pastikan anda mempunyai nombor-nombor telefon penting yang perlu dihubungi segera jika berlaku sesuatu.
Kepada mangsa kemalangan maut berugama Islam, Al-Fatihah kita sedekahkan.
Kepada ahli keluarga, kita doakan juga supaya mereka tabah dalam menghadapi kenyataan , dan sesungguhnya ada hikmah di sebalik sesuatu yang berlaku.
Di dalam setiap laporan yang diberikan, saya sedaya upaya cuba memberikan laporan setepat yang boleh, dan kadang-kadang dengan sumber yang terhad.
Bagi kes-kes kemalangan terutamanya membabitkan kemalangan maut, saya amat-amat berharap supaya mana-mana saksi yang berada di lokasi ketika dan saat kemalangan berlaku dan melihat apa sebenarnya yang terjadi, buatlah laporan polis.
Janganlah hanya sebarkan maklumat-maklumat yang anda ada, tetapi di masa sama anda tidak membuat laporan polis.
Sekurang-kurangnya, maklumat anda dapat membantu mangsa yang telah meninggal dunia itu agar keadilan dapat dibela jika benar mereka tidak bersalah.
Rancang perjalanan, pandu dengan berhemah, ingat orang tersayang…
Salam Hari Lebaran 1432H
ondscene.sham@gmail.com
Kuala Lumpur
Nota – Saya akan berada di Kuala Terengganu dari 1-4 September 2011











selamat hari raya aidilfitri..
semoga amalan kita pdcramadhan lepas diterima Allah..
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H
Maafkan jika ada kata kata yang salah, hati yang berprasangka, janji yang saya terlupa atau sikap yang menyinggung perasaan.
Terimakasih atas info yang disalurkan selama ini. Saya akan memandu balik selepas solat sunat hariraya nanti. Melalui Kuala Selangor – bermalam di Sabak Bernam. teruskan perjalanan melalui Teluk Intan – Ipoh – Kuala Kangsar – Gerik – Pengkalan Hulu – Baling.
SALAM AIDIL FITRI KEPADA ADMIN ONDSCENE DAN KEPADA SAUDARA SAUDARI YANG SETIA DI SINI.MAAF ZAHIR BATIN..
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada Abang Sham. Minta maaf jika selama berblogging ni ada buat salah dan silap..
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin…
Assalamualaikum,
Selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir batin.