Reality in Real Life

Saya Bukan Mengadap PC 25 Jam Sehari

Salam kepada semua,

Perlu saya maklumkan untuk entah kali ke berapa , semua komen di dalam blog ini hanya akan ‘dilepaskan’ selepas saya/dan dibantu Kujie moderate semua komen.

Pada peringkat 2 tahun sebelum ini, saya tidak pernah moderate komen,

Semua bebas untuk menulis apa sahaja sehinggalah ke satu tahap, banyak komen yang terlalu sensitif terutama melibatkan keluarga mangsa dan juga berbentuk fitnah dan yang lucah, menyebabkan saya pernah beberapa kali ditimpa kesusahan akibat darinya.

Moderate komen bukan bermakna saya menyekat, malah mengikut perkiraan dan rekod saya, dalam lebih 12,000 komen yang pernah anda berikan, tidak sampai 50 komen yang saya ‘tahan’ (kira-kira 0.4 peratus)

Namun, sejak beberapa bulan lalu, saya terpaksa lakukannya (moderate)

Malah ada yang mencadangkan, supaya ditiadakan terus ruangan komen.

Dalam entry 12 Jan 2011 ini, menurut rekod , seorang pembaca memberikan komennya pada jam 5.51 petang, 20 jan 2011 dan setelah ianya belum dilepaskan, maka pada jam 10.24 malam (kira-kira 4 jam lebih) , ini yang saya dapat:

“erm penat tulis panjang kena delete pulak komen.. xpelah bukan rezeki untuk berkongsi dengan pembaca semua..

benda yg betul jgn disorokkan bro sham ye~”

Sepanjang hari, saya terlalu sibuk, begitu juga Kujie, dan kami tidak dapat memeriksa komen-komen anda  sehingga saya baru berpeluang membuka laptop jam 12.30 tghmalam,  21 Jan 2011 sebentar tadi, dan saya lepaskan semua komen-komen tanpa sebarang tapisan.

Lagipun, jika saya tidak lepaskan pun, itu hak saya. Ini blog saya, dan apa-apa berlaku, saya dipertanggungjawabkan, sedangkan anda semua mungkin boleh lepas kerana ramai yang memberikan email palsu dan/atau identiti palsu.

Lain kali, kalau nak menulis sangat, saya pesan kepada anda , buat blog sendiri, buat berita sendiri, tulislah banyak mana komen pun. Tiada siapa melarang.

Dan saya juga tidak pernah  memaksa anda menulis komen di sini kerana ramai lagi yang boleh bersabar sehingga komen mereka dimoderate.

Saya bukan mengadap PC 25 jam sehari. Saya juga ada banyak tugasan lain yang perlu diselesaikan dan memerlukan komitmen lebih besar.

(dan sebenarnya ada beberapa entry kes yang berlaku semalam dan hari ini, yang belum saya muatkan di sini)

Kalau ada sesiapa sanggup bayar RM50,000 sebulan untuk menjadi penulis tetap untuk blog, mungkin akan dipertimbangakan…

Untuk itu, cubalah jadi seorang yang penyabar…

Salam hormat,

ondscene.sham@gmail.com

Kuala Lumpur

21 Comments

  1. Abang Zul's Gravatar Abang Zul
    23/01/2011    

    A’a… kalau setahun satu novel, tak pe la jugak kan?
    Hehehe… ni baru blog… alahai..

  2. xray's Gravatar xray
    22/01/2011    

    bro sham. kalau jumpa aja komen yang menyakit hati tu, baik je buang. kalau penghantar komen nak marah, biar ja dia marah. bro sham mana nak dapat puaskan hati semua org.

  3. issrahman's Gravatar issrahman
    22/01/2011    

    apa hal pulak dgn kujiee tu…your personal asst????

  4. 22/01/2011    

    betul3. kihkihkih… saya jarang baca paper sbb saya lagi suka baca kat sini. saya suka gambarnya yg real dan cerita yg sahih. kat paper kekadang cerita lain2 dr versi sebenar.

  5. 22/01/2011    

    wah! setahun satu nampaknya abg zul. kihkihkih

  6. Cantik Manis's Gravatar Cantik Manis
    21/01/2011    

    saya seorang blogger (alamat blog tidak disertakan kerana blog2 saya diprivatekan) amat faham dgn situasi moderator yg bz. lambat lepaskan komen pn nak jadi issue ke? lagi mau marah2. sabarlah..

  7. Abang Zul's Gravatar Abang Zul
    21/01/2011    

    Sama ler kita… hik hik hik… 3 tahun 3 posting jer..

  8. Jue's Gravatar Jue
    21/01/2011    

    Lar, macam² lah diorang ni..bg saya, apa yg ada dkt sini dah cukup up to date..betapa bangganya saya bercerita dkt suami pasal yg family yg bawah jambatan tu sbb saya baca dkt sini dulu, pastu beberapa kemudian baru kuar metro..sangat bangga sebab saya dah tau ;) klu bukan sbb ondscene, jgn harap lah saya tau..

    keep up the good job..sy akan sentiasa menyokong bro sham!

  9. 21/01/2011    

    Kebanyakkan pembaca blog ini bukan blogger – ada yang datang sekali lalu jadi dia tak faham blogger bukanlah kerjaya 24jam 7 hari seminggu.

  10. 21/01/2011    

    dah ada blog sendiri, malas pulak nak tulis. sampai naik bersawang blog, baru update. hehehe… pengalaman saya nih.

  11. 21/01/2011    

    betul3. ondscene tetap di hatiku.

  12. 21/01/2011    

    Salam abg Syam..
    Kadang-kadang sesetengah pembaca ni tak tahan nak komen.Pastu selit-selit politik sikit,buat spekulasi sendiri.Buat blog sendiri,pastu komen la panjang-panjang ye?:)

  13. Aan Atan's Gravatar Aan Atan
    21/01/2011    

    bukan kak kujie dah jadi moderator nye ke??

  14. putra_heights's Gravatar putra_heights
    21/01/2011    

    Layan penulis komen yang tahu apa yang ditulisnya.
    Guna bahasa Malaysia yang betul apabila memberi komen.

    Note: En.Sham mendidik pembaca/pemberi komen supaya lebih bertanggung jawab bila memberi komen didalam blog ini khasnya dan blog-blog lain amnya.

  15. AC's Gravatar AC
    21/01/2011    

    Hi Abg Sham, i nak suggest mungkin u lantik beberapa moderator utk bantu moderate comments sini..

  16. 21/01/2011    

    haha dah blog bro popular, kenalah layan kerenah pengunjung…

  17. 21/01/2011    

    yeah…jawapan yang tepat – buat blog sendiri. Kat blog ini saya dah buat tutorial cara nak create blog.

    Tulis sampai lebam.

    Bro Sham bukan blogger sepenuh masa, beliau ada kerjaya dan memerlukan komitmen lebih utama – kadang2 saya dapat sms ” tolong tengok blog, saya ada mesyuarat sampai petang”

    kes kemalangan bukan saja berlaku ‘waktu pejabat’ kebanyakkannya berlaku tengahmalam – kadang2 tak tidur sampai pagi.

  18. Abang Zul's Gravatar Abang Zul
    21/01/2011    

    Singgit.. kan Abg Sham dah letak kat bawah tu,

    “Setiap komen yang diberi adalah tanggungjawap anda sendiri
    Pastikan anda berfikir terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini”

  19. Abang Zul's Gravatar Abang Zul
    21/01/2011    

    Sabarlah Abg Sham… Yang baik tetap dipandang mulia, walau di mana pun letaknya.

    Yang kurik itu kendi,
    Yang merah itu saga,
    Yang molek itu budi,
    Yang indah itu bahasa….

  20. 21/01/2011    

    tak semestinya blogger kena setiap masa melihat blog, blogger pun mahukan kehidupan lain.. =)

    lepas nie wajib letak kot “sebarang komen adalah tanggungjawab anda sendiri”

  21. 2ury's Gravatar 2ury
    21/01/2011    

    Buat lah apa yang terbaik yang abg sham fikirkan, kita faham kedudukan abg sham. Nak memantau blog yang ramai pengunjung ni bukannya mudah.
    Apapun ondscene tetap menjadi pujaan hati ku…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting