Pada kesempatan ini, saya merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca ondscene yang berugama Islam.
Dalam saya bersiaran untuk memberikan informasi yang cepat dan tepat untuk pembaca, saya akui terdapat kesilapan, ketidaktepatan dan juga kekhilafan dalam melaporkan bahan berita di dalam ondscene.
Saya sebaik mungkin cuba memberikan laporan dan gambaran setelus mungkin dalam kes-kes yang disiarkan yang saya tidak nafikan ada antaranya mungkin mengguris perasaan atau kurang menyenangkan pihak-pihak terlibat.
Sebarang pembetulan atau penambahan maklumat sahih akan fakta-fakta disiarkan, amatlah saya alu-alukan.
Kepada ahli keluarga mangsa kemalangan berugama Islam yang terlibat dan disiarkan di sini, ucapan takziah saya hulurkan dan semoga roh mereka yang terlibat dicucuri rahmat olehNya.
Kepada mereka yang terlibat samada secara langsung atau tidak dalam ondscene ini, saya juga mengucapkan ribuan terima kasih , maaf zahir batin akan segala kekurangan atau kesilapan semaga bertugas.
Khusus juga buat:
Rakan-rakan dari pelbagai media TV , akhbar dan online
Pegawai dan anggota polis terutama di bahagian Jenayah dan Trafik Kuala Lumpur dan Selangor serta Peronda Lebuhraya Bukit Aman
Pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur , Selangor, Pahang dan Perak serta bomba sukarela
Pegawai dan anggota serta sukarelawan Jabatan Pertahanan Awam Kuala Lumpur, Selangor dan Perak
Pegawai dan anggota Bulan Sabit Merah Malaysia, ibupejabat, Kuala Lumpur dan Selangor
Pegawai dan petugas perubatan ambulans Hospital Kuala Lumpur, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Pusat Perubatan UKM, Serdang, Ampang, Selayang, Kuala Kubu Bahru, HTAR, Sg Buloh, Slim River, Tg Malim – yang selalu saya bertemu di lokasi kejadian.
termasuk juga petugas perubatan ambulans swasta
Pegawai dan petugas Lebuhraya PLUS di laluan Bayangan Maut terutamanya, NKVE,Elite, MEX , Kesas, Sprint, Besraya, Silk, Lekas, Duke, Akleh, NPE , MTD Prime Lebuhraya Karak dan Latar serta penyelenggara lebuhraya terutamanya petugas dari Propel.
Pegawai dan kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur terutamanya dari ITIS
Pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan
Pegawai dan kakitangan pelbagai agensi kerajaan terutamanya bahagian penguatkuasaan:
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna KPDNKK Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor
Jabatan Kemajuan ISlam Malaysia Jakim,
Bahagian Perkhidmatan Farmasi ibupejabat, Kuala Lumpur, Selangor
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Perhilitan, ibupejabat, Kuala Lumpur, Selangor
Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ, Kuala Lumpur, Selangor
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja DOSH Kuala Lumpur, Selangor
dan beberapa lagi jabatan yang memberikan bantuan ketika bertugas.
Rakan-rakan terutamanya ‘call-man’ dan pemberi maklumat kes dan penyumbang kepada beberapa bahan di dalam ondscene ini.
Pengiklan-pengiklan
Ahli grup BBM Ondscene.my
Kepada semua pembaca, berhati-hati dan bertimbangrasa di jalanraya , serta ingat yang tersayang…
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Nota :
ondscene turut ditadbir oleh 2 admin yang menyelenggara blog ini secara dalaman terutama jika terdapat masalah atau juga perlukan kemaskini segera ketika saya di lokasi kejadian: Makcik Kujie @ Kujie2.com dan Mr Kay @ Orange 4 Kay












Sempena hari raya yg bakal menjelang tiba esk sy di lelongbank.com ingin mengucapkan selamat hari raya kepada admin,rakan2 blogger dan seluruh umat islam diseluruh dunia…..maaf zahir dan batin…..dan kepada yg memandu nnti….berhati2 dijalanraya……dan moga semua selamat sampai ke destinasi dan dapat berhari raya bersama keluarga tercinta….
selamat hari raya aidilfitri boss… maaf zahir & batin
p/s – saya akan bercuti sehingga khamis , jaga KL lek lok…hihihi
Selamat Hari Raya Aidilfitri juga dari saya untuk Abang Sham dan (Kak) Kujie.
Mohon maaf andai ada antara komen-komen saya yang agak lancang atau ‘terlalu membela’ golongan Pemandu Kenderaan Berat.
selamat hari rayo bos