Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin
Saya mengambil kesempatan ini, untuk mengucapkan Selamat Hari Raya , Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca blog ini.
Walaupun dalam kemeriahan menyambut Lebaran nanti, sama-samalah kita berdoa supaya kita sentiasa dilindungi oleh Allah dari segala mara-bahaya, kecelakaan atau apa jua musibah.
Saya dengan ini menyusun jari memohon ampun dan maaf sepanjang anda bersama saya dalam melayari blog ini andaikata terdapat sebarang kesalahan, kesilapan, kekhilafan , mana-mana yang menyinggung hati dan perasaan serta terkasar bahasa yang mampu melukakan sesiapa.
Kepada keluarga mangsa yang beragama Islam, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah dan semoga semua perkara yang berlaku itu, ada hikmah disebaliknya.
Saya cuba memberikan yang terbaik untuk anda semua sebagai iktibar, pengajaran dan panduan setakat mana yang saya mampu.
Dikesempatan ini juga , saya mengucapkan jutaan terimakasih kepada ‘kontraktor’ migrasi blog ini ke domain sendiri iaitu blogger hebat, Kujie (http://kujie2.com) yang begitu banyak membantu dari mula proses sehingga saat kritikal jam 5 pagi tadi yang membantu dan berurusan dengan pihak hosting Serverfreak ( http://www.web-hosting.net.my/)
Saya berasa agak lega kerana dalam kesibukan, Kujie sentiasa memantau sebarang masalah jika ada dalam proses kemaskini ke domain .my ini. Saya meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Kujie kerana kebolehan, ketekunan dan usaha serta ilmu yang dimilikinya, dapat dimenafaati bersama.
Saya harap anda semua tidak lagi mengalami masalah sepertimana sebelum ini setelah penukaran ini.
Pandulah dengan berhati-hati,patuhilah peraturan dan undang-undang jalanraya, dan ingatlah orang yang tersayang.
Sesungguhnya, nyawa itu tiada galang gantinya hatta dengan wang ringgit yang menggunung sekalipun.
Kepada anda yang pulang berhari raya ke kampung, semoga selamat pergi dan kembali dan meraikan Hari Lebaran ini dengan penuh kesyukuran.
Selamat Sampai Ke Destinasi
Salam Lebaran
Shamsul Ondscene
Kuala Lumpur
©kujie – Sebenarnya proses membina ondscene.my bukanlah atas usaha milik saya seorang kerana dalam banyak keadaan saya sentiasa merujuk kepada beberapa teman² ‘geek’ yang tidak pernah lokek berkongsi ilmu. Banner untuk ondscene.my ini telah dibina oleh syafiq dari syafiq.net setelah saya DM di twitter. ~ Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk pembaca ondscene.my ~
Post Lain Yang Berkaitan
9 Comments
You must be logged in to post a comment.



Selamat Hari Raya Bro…
aReaL recently posted..Ucapan Hari Raya Khas Dariku Buat Semua!!!
selamat Hari raya juga pada bro yang begitu setia membaca ondscene. Maaf byk2 kerana jarang ada kesempatan untuk reply dalam ruangan komen ini. Amacam, kerang rebus ada ka menu hari raya ni…!!!
Salam Aidilfitri bro sham@ondscene! Maaf Zahir Batin sekiranya ada tersalah kata masa gathering dulu, atau tersalah komen di blog ini. Harap2 dapat berjumpa lagi di masa akan datang.
Faizal @ FTN recently posted..No More Raya SMS For You
Salam tuan Faizal dan Salam Aidilfitri kepada anda dan keluarga. Ye, harap2 kita dapat berjumpa lagi di mana2 jika tidakpun dalam gathering. Pandu hati2…
slamat hari raya juga kepada tuan empunya blog dan pembacanya. Juga kepada kontraktornya :p
slamat hari raya, maaf zahir batin (kiranya ada).. sy mula kenal blog ni selepas suami rakan sy (penerbit RTM) yang meninggal dunia akibat rempuhan kejam di jalan Kuala Kubu Bahru.. Syabas kepada tuan n team teknikal dlm membangunkan blog yg sy rasa sedikit sbyk menyedarkan pembaca. Dicadangkn dengan banyak imej2 yg “menarik”, saudara shafiq boleh la buat banner .gif yg pastinya mengendurkan ghairah memandu di jalanraya..
Selamat Hari Raya Aidilfitri, bang Sham… Mudahan kita semua di bawah Rahmat Nya…
selamat hari raya maaf zahir dan batin
mijie recently posted..Hari Raya cara kampung ku
selamat hari raya maap zahir batinn
azizuan recently posted..Fast Update Selepas 67 Hari Blog Terabai