Selamat Tinggal 2009, Meniti Cabaran 2010
Berbagai rencah perintiwa dan ragam kehidupan yang telah kita tempuh setahun lalu, semoga menjadi iktibar dan pengajaran kepada kita.
Sesungguhnya apa yang berlaku, ada hikmah di sebaliknya.
Semoga 2010 memberikan kehidupan lebih baik kepada kita dan mencapai apa yang dicita-citakan.
Ingatan untuk kita bersama, berhati-hatilah di jalanraya, kecuaian, kelalaian dan kelajuan terlampau boleh mengundang padah.
Blog ini akan cuba memaparkan liputan lebih pantas ,meluas dan telus untuk kita kongsi bersama.
Sebenarnya, setiap bulan, bukan semua peristiwa yang saya rakamkan sempat disiarkan kerana kesuntukan waktu. Untuk bulan Disember sahaja, kira-kira 20 kes tidak sempat disiarkan.
Mungkin saya akan buat ruangan ‘Hari Ini Dalam Sejarah’ yang memaparkan kes-kes sejak 15 tahun lalu bersesuaian dengan tarikh semasa.
Terimakasih kepada anda semua yang sudi melawat dan memberi komen walaupun biasanya saya mempunyai waktu yang amat terhad untuk membalas komen-komen tersebut dengan kadar segera.
Memang tidak pernah saya jangkakan, hit blog ini sejak disiarkan bermula Ogos 2008, hampir mencapai 400 ribu, yang memungkinkan matlamat untuk menjadikan blog ini sebagai blog yang memberi info dan liputan yang memberikan kesedaran kepada kita , sampai kepada pembaca.
Salam 2010.
Post Lain Yang Berkaitan
4 Comments
You must be logged in to post a comment.



wa.. best ! pagi2 buta dah jumpa blog best ni.. followed ^^
Happy new year 2010 bro !
tq eldy. biasanya, pembaca bukak blog ni mlm2 buta…!!! baru ada thrill…
happy new year to bro ondscene..
setiap berita baru akan saya nantikan..
tak semestinya org bukak blog mlm2 buta bang…mlm2 banyak antu..takut r…..