Siapa Hiris dan Toreh Saya…
Saya memohon jasa baik pada pembaca, jika dapat menghuraikan misteri yang berlaku pada diri saya sejak empat hari lalu.
Sejak 3 hari lalu, bermula hari pertama Ramadhan, antara jam 6pagi ke 6-30 pagi, kaki kanan saya ditoreh/hiris tak semena-mena sehingga berdarah.
Perlakuan itu tidak nampak, tetapi, secara tiba-tiba kesan toreh/hirisan tiba-tiba menjelma pada kaki/betis kanan saya dan mengeluarkan darah.
Terdapat 7 kesan torehan di kaki kanan
Dan hari ini, hari ke empat, kesan torehan itu berlaku di lengan kanan pula, kira-kira jam 6 petang tadi.
Sehingga sekarang, kesan torehan itu akan terasa sakit jika terkena air.
Saya tidak faham sepenuhnya akan kejadian ini, tetapi ada yang mengatakan, ‘seseorang’ sedang melakukannya kepada saya dari ‘jauh’…
Doakan supaya tiada yang lebih buruk berlaku…
Post Lain Yang Berkaitan
41 Comments
You must be logged in to post a comment.









Salam..aik, bulan Ramadhan pun mnjadi jugak ke sihir ni?
apa2 pun saya doakan saudara sentiasa selamat dalam lindungan Allah. takde siapa yg lebih berkuasa selain Allah.
salam.
abg sham,kalau perbuatan mistik yakni pekena org lain,saya rasa tidak sebab dalam bulan ni segala iblis syaitan dikurung yakni tiada hamba suruhan bagi manusia laknatullah nak buat keje keje diorang.
mungkin abang sham sedang mengalami konkusi kesihatan yang tidak berapa baik yakni ada penyakit.
mudah mudahan,saya doakan abang sihat sokmo.
Salam,
Cadangan saya:
i. check melalui perubatan moden
ii. check juga dengan mana-mana ustaz tetapi jangan terjerumus dengan amalan syirik.
Moga-moga sdr sentiasa dilindungi Allah.
slm.ada yg mrh kot.tkpe.abaikan saja.
Gayanya bukan mcm kena toreh, tapi mcm kena cakar.. Cuba masa tido baca ayat Qursi.. sbb yg dirantai cuma syaitan.. jin masih terlepas bebas
bro you ought to check first
1. the places you have been seating
2. your habit. people tend to shake their legs and in some cases bruised them
Since a few days maybe the new places that you have passed by too.
Don't blame the mistik world as we are all living both in balance theirs and ours.
Try Dapatkan Nasihat Doktor la Bro… Macam Serius Je Bunyinya… Mesti Pedih Kan…????
Video Justin Bieber Di Baling Dengan Botol
setuju dengan ustz love..baca ayat kursi..dan juga 3Qul sebagai pendinding.
Berserah la pada Allah.
Semoga yang 'melakukan'nya mendapat petunjuk & hidayahNya.
mampak gaya memang itu adalah cakaran kuku… Insyaallah kita kena yakin tiada siapa yg menghantar sihir… sihir itu jika di hantar, kekuatannya hanya 1% shj tetapi bila kita yakin sihir itu boleh memberi mudarat kpd diri kita, keberkesanan sihir itu akan meningkat kpd 80% dan jika kita yakin sihir itu mengenai kita, maka 100% sihir itu menjadi.. dlm kes bro ini, ianya bukan sihir malah lebih kpd cakaran jin yg berada di sebelah yg cuba menggangu gugat.. al maklumlah, blog ni pun mempamerkan gambar2 face of death… amalkan ayat2 quran dan zikir.. yakin dgn Allah maka jin itu pun tak kacau dah… Insyaallah… gua doakan bro sejahtera… hari2 dok bukak blog ni… alih2 geng2 jin ni kacau pulak… hampeh punya jin..
uihh…. sakett…
Saya doakan supaya perkara ni tak berlarutan terhadap En. Sham.
Cuba En. Sham minta pandangan ustaz.
bro,
kemungkinan juga satu ulat yang boleh buat kesan mcm tu..di mana ulat tu lalu di atas badan kita ia akan meninggalkan parut..saya lupa nama ia..tapi penah berlaku di kolej kediaman saya dulu.
GWS Abg Sham..
Sungguh mistik.. kalau kita alpa/tak sedar sekalipun, xkan sampai macam tue calar balarnya??
Baik abg Sham pegi check kot2 ada
1. Tokey kuari pasir haram
2. Tokey ubat kuat haram
3. Tokey kopi stim haram
4. Lain2 tokey haram
yang mungkin berdendam dgn Abg Sham
Pasal ulat tue, di utara feymes dengan nama kumbang charlie.. saya sendiri pernah kena di antara pelipat tangan.. kena 2 tahun lepas.. parut sampai ker hari nih..
pernah terjadi pada salah seorg saudara saya…………..gangguan makhluk halus, mungkin ada perbuatan tidak sengaja saudara yg telah menimbulkan kemarahan kepada hamba allah tersebut. Elok berjumpa pengamal perubatan islam, dan jgn lupa utk jumpa Doktor untuk ambil ubat
Bro, believe it or not, it has happened to me before.
What did I do?
Please call me.
salam bro sham,
nak kata kejut sahur secara kejam, bro kata berlaku linkungan 6pagi. so tak mungkin.
kalau calar sebab masuk hutan, tentu tidak jadi entri.
lepas baca komen-komen lain, mungkin juga gangguan makhluk halus.
apa pun, seperti saranan yang lain kenalah berjumpa pengamal perubatan islam. mungkin ada solution nanti
moga-moga kita semua dilindungi Allah sentiasa
bro., saya pun kena benda ni dan seluruh ahli rumah juga diganggu. kaki mak saya ngilu mcm dihisap kuat. dah letih dah kami pegi berubat. Bro. Mazidul ada petua boleh kongsi dgn saya?
ni perkara mistik ni…
kalau berlarutan kena pegi jumpa ustaz ambik nasihat
Assalammualakum.
Dulu Sy pernah kene macam ni. sy perasan ketika bangun pg utk mandi, tetiba kaki rasa pedih seperti luka terkena air. cek2 rupanya ada banyak kesan cakaran di betis.
Setelah disiasat rupanya sy sendiri yg mencakarnya ketika sedang tidur dengan kuku kaki/tangan sy sendiri.
Sbb kekadang ada Nyamuk suka gigit betis kaki kita semasa tidur, selepas tu bila dh gatal kita dalam keadaan MAMAI (Sedar tak sedar) menggaru dgn menggunakan kuku Kaki/tangan yg mungkin terlupa nk potong(kekadang kuku panjang ni berbentuk tirus). maka terjadilah cakaran di betis.
kadang2 kuku yg baru di potong lebih tajam daripada kuku yg panjang.
sebab itu pemotong kuku menyediakan bilah pegasah kuku di didalamnya. supaya dapat menumpul kn kuku daripada bentuk ber-segi2 selepas dipotong.
semoga sejahtera selalu…
Maria bukan tak percaya benda2 mistik ni… tp biasanya 50-50… cuba abaikan dulu cakaran tsbt, dlm masa sama ayat Kursi amalkan… lepas sahur tak perlu tido… ambil masa baca Yasin… lihat lepas seminggu… klu masih berulang… cari la jalan utk berubat… klu lepas semnggu tak ade ape2… insyaAllah semua ok la tu…
assalamualaikum…
saya rasa ni sebab serangga yg dipanggil charlie/cali…
selalunya serangga neh akan merembeskan acid ke kulit kita dan menyebabkan parut berlaku…
itu pendapat saya je..sbb saya pun penah kna dlu..
Asalam… pada pengamatan saya ini bukan kerja serangga, pengalaman yg saya lalui ialah lebam dan bengkak di bahagian kening akibat pukulan jarak jauh! Ada yg tidak percaya? terpulang kepada diri masing-masing! Alhamdullilah saya dapat pulangkan kembali kepada mereka yg menujukan kepada saya, Ondscene mesti pagar rumah, dgn selawat 7 kali, surah Alfatihah 7 kali, 4 Qul 7 kali dan AlQursi 7 kali. Nak memulankang kembali saya fikir tak payah la dulu!
Ini semua permainan jin…jin bulan puasa mana kena rantai…..
untuk sementara waktu sebelum tidur baca Bismillah…21 x ..insaAllah tiada ganguan…
Jin ada dimana-mana…
ramai orang melayu membela jin..apa bila tuanya mati…dia akan mencari tuan baru atau mengangu sesiapa yang terlibat…semasa kematian tuanya..
selanjutnya jumpa ustaz yang mahir dalam perkara ini..
Klau bro sedar masa jd, bukan masa tgh tidur, kemungkinan kes gangguan. Bulan puasa pun bole diganggu juga.Dugaan di bulan puasa.
Apa-apa pun berjumpalah dengan orang yang ahli sama ada Doktor atau pun perawat Islam (muallij).
Salam.
Semoga cepat sembuh dari penyakit.
Salam Tuan,
Nak tumpang bagi komen…
1. Masalah Syaitan dirantai pada bulan Ramadhan ni, sebenarnya ertikata dirantai tu dikupas luas oleh ulamak…hasilnya ulamak merumuskan bahawa Syaitan dirantai dari mempengaruhi hamba Allah yang beriman dan mengerjakan ibadah Puasa di siang hari dan Qiyam di malam hari sepanjang ramadhan…manakala yang tidak menghayati Ramadhan pulak, mereka itu sendiri memilih mengikuti jalan Syaitan, maka mereka tetap tidak termasuk dalam golongan yang syaitan itu dirantai…jadi sihir dan segala urusan melibatkan jin/syaitan ini masih berlaku hatta dalam Ramadhan…
2. Suka saya sarankan tuan mengamalkan ayat ini, dari Surah An-Naml, ayat 30 :
??????? ??? ??????????? ????????? ?????? ???????? ????????????? ??????????
Yang bermaksud: Sesungguhnya surat itu, dari SuIaiman dan sesungguhnya (isi)nya: "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Ayat ini amat digeruni oleh semua jin/syaitan yang terlibat dalam hal sihir ini…sebab ianya berkait dengan Nabi Sulaiman, dimana Baginda ialah pemerintah manusia dan jin ketika itu…
Ayatnya pendek dan mudah dihafal…jadikan amalan dan sekiranya datang rasa seram atau tak selesa, bacakan dengan nada yang keras dan suara yang kuat seperti mengherdik…InsyaAllah…tapi bawak2 la jugak berjumpa orang yang lebih tinggi ilmunya…
Salam Ramadhan…Andai perlu menghubungi saya, Mazidul dan Hazrey ada number saya, Terima kasih.
ntah2 ade jarum terselit dlm tilam..
time berlaku – 6 ptg ngan 5 pg.
time ptg tu syaitan kuar merayau ngan dah nak subuh tu time mereka nak balik (sblm terbit matahari).
since abg ondscene gi tmpt2 berlaku kejadian kematian/pembunuhan, beh baik cek dgn ustat.mana tau 'mende' tu geram kat abg…..
last time sy ada cakar2 mcm tu masa sekolah menengah sbb garu kaki kerana kena gigit nyamuk, Masa garu tu gatal gila dan dalam keadaan mamai. Esok pagi tgk penuh cakar2 atas kaki.
Berkenaan dengan syaitan dirantai dalam bulan RAmadhan, sila rujuk blog tilmiz7.blogspot.com
tidak semua syaitan diikat. masih berbaki syaitan2 kecil yg bebas.
Sila baca ayat kursi, 3 QUL, setiap pagi dan petang.
bro…sebenarnya adalah disebabkan ulat ni….kawan gak pernah kener….ulat ni mcm pijat….mmg meninggalkn kesan kat kulit mcm kene toreh…huhu…sebelum puasa kene kat tangan kanan panjang kene toreh…tersedar sb bangun pagi rasa pedih masa mandi
salam……
mungkin sy bleh tlg…
contact trus pak syukur…
salam bro ondscene
mistik di bulan puasa, banyak terjadi, dulu2 masa sekolah mcm2 benda berlaku masa bulan posa, specially kat hostel, bila rujuk pada ustad2, tak mustahil berlaku kerana yg di rantai adalah syaitan dan iblis sahaja, tapi jin, tidak, kerana seperti manusia, jin ada yg islam ada yg kafr.. kemungkinan utk terjadi adalah tidak mustahil, rujuklah pada pengamal perubatan Islam, apa pun di doakan semoga berada dalam lindungan Nya selalu.
salam ramadhan..
pernah terkena di muka sy tika msk ke subuah rmh tgl pd waktu mlm. mmg aneh n mmg misteri tiba2 muka terasa pedih. bl diperiksa mmg kesan cakar. mungkin bro sham ada pergi ke mn2 tmpt yg 'keras' kot.. walau apapun bykkan doa, zikir n amalkan ayat-ayat al-qur'an sbg pedinding supaya dijauhi dr gangguan. yg ptg niat mesti baik..
tq
same goes to my wife~~selalu ada kesan cakar dan sakit bila kena air~~orang tua cakap ada makhluk nak bergurau~~
*doa banyak2 insyaallah selamat~~
Salam abg syamsul…byk teori yg ada….yg di'rantai' cuma syaitan dan iblis tapi bukan pengikutnya yg dah bertahun tahun di asuh oleh iblis dan syaitan ini…Jin juga makhluk Allah yg kita tak boleh lihat dan mereka jugak ada yg beramal kepada Allah dan yg kafir…
so mmg ada kemungkinan kerja org yg ada hasad gn abg syamsul…kalau nak lebih yakin lagi…cuma abg syamsul rakamkan tidur abg syamsul utk 1 mlm tu…lepas tu cuba tgk balik…sama ada abg syamsul ada mengalami keadaan yg di bawah sedar (yg menyebabkan abg syamsul sendiri menggaru diri abg syamsul) atau kesan tu secara tiba-tiba muncul dan hanya disedari ketika mandi (disebabkan pedih terkena air)…
Amalkan ayat-ayat pendinding
Semoga Allah selamatkan abg…
Tak ada mistiknya benda ini. Periksa alam sekitar tempat tidur anda. Pastikan bersih. Ini akibat gigitan "mite" (kutu?.
Baca ayat qursi dan tiga qul tu ok,tapi usaha membersih tempat tidur juga mesti di buat.
bang sham ada bela kucing tak kat rumah…kalau kucing saya jamin bila dia naik minyak…semua benda dia cakar…ataupun kucing jiran mai tido sebelah…lawak je…sebab saya pun pernah kena cakar cam tu…angkara tikus rumah
salam,
its irony how i got the same thing few days ago. mine was 3 visible lines behind my neck. sedar pun sebab bila berpeluh rasa pedih di belakang leher. then few of my friends kept on asking about the lines. i tried to convince myself that I’m the caused of those lines, but entah lah, wallahualam.
“Bismillaahillazii laa yazurru ma’asmihi syai’un fil ard, walaa fissama’i wahuwassamii’ul aliim”
maksudnya.. Dengan nama Allah, yang tidak memberikan
mudharat sesuatu dibumi dan juga di langit, dan Dia Maha
Mendengar lagi Maha Mengetahui.. Amalkan ayat penggerak ini 3x pagi dan 3 kali petang.. Insya-Allah..