Siaran Ondscene Tergendala Sebentar…

Kuala Lumpur
27 Mac 2010

Ketika dalam perjalanan pulang ke pejabat dari liputan kes penemuan dua mayat di dalam gaung di Lembah Beringin, 24 mac lalu, badan telah mula terasa sakit, bisa-bisa satu badan.

Kemudian setelah sempat saya membuat posting ringkas mengenai kes itu, terus saya demam panas, dan hampir tidak berdaya lagi, badan menjadi lemah.

Akhirnya, saya merehatkan diri dalam keadaan ‘terpaksa’ walaupun ada rakan-rakan berkata, ia berkemungkinan ada kaitan unsur-unsur mistik dan misteri sebagaimana kes kemalangan itu…!!!

Doktor juga meminta saya berehat dan juga menasihatkan saya tentang kemungkinan kewujudan ‘unsur-unsur’ tersebut.

Bagaimanapun, doktor berkata, ia lebih kepada ‘stress’ atau tekanan akibat kerja yang tidak menentu/masa yang tidak menentu.

Alhamdulillah, hari ini dah beransur pulih walaupun tidak sepenuhnya.

Banyak kes dalam dua hari lalu, terpaksa dilupakan…dan banyak email menarik diterima tentang beberapa perkara yang mungkin memeranjatkan jika ianya benar dan dibongkarkan.

Terlalu banyak email yang tidak sempat dibalas kerana kesuntukan masa dan akan cuba diselesaikan segera.

Post Lain Yang Berkaitan

7 Comments

  • Pada 2010.03.27 04:50, Kujie menulis:

    moga cepat sembuh

    • Pada 2010.03.27 07:07, kakcikseroja menulis:

      Semoga sdr segera pulih sepenuhnya.

      • Pada 2010.03.27 08:52, hayatiharun menulis:

        Semoga cepat sembuh…wellcomeback bro…

        • Pada 2010.03.27 13:07, gayapeneroka menulis:

          semoga sempat sembuh dan jangan layan cakap-cakap yang tak berfaedah tu….
          mereka sebenarnya tak tau cerita tapi nak cerita dan akibatnya beginilah….

          • Pada 2010.03.27 14:06, umi_e menulis:

            Salam… berehat secukupnya ya…

            • Pada 2010.03.28 03:10, me, myself & mbek menulis:

              penat sgt tu… kerja2 gak bro… rehat kene ada…

              • Pada 2010.03.29 00:30, Jai Hazman menulis:

                Patut la sunyi dari berita..Get well soon bro.. ;)

                You must be logged in to post a comment.