Reality in Real Life

Tahun 2013

IMG_5145

Salam buat semua pembaca

Tahun 2012 baru sahaja meninggalkan kita dengan pelbagai kejadian, kenangan, pengalaman dan juga pengajaran dalam hidup.

Usia kita kian meningkat , begitu juga rencah kehidupan semakin banyak kita tempuhi menjadikan samada kita semakin matang atau ada juga yang semakin merudum.

Kemalangan jalanraya tidak pernah berkurangan malah kian meningkat menyebabkan kita kadang-kadang menjadi takut untuk berada di jalanraya.

Antara faktor utama menyumbang kepada kemalangan jalanraya terutama membabitkan kemalangan jiwa, antaranya :

mabuk1. Memandu di bawah pengaruh alkohol

2. Mengantuk, letih ketika memandu/menunggang

3. Kelajuan yang melampau sehingga kenderaan hilang kawalan

4. Kecuaian seperti mengabaikan penggunaan lampu isyarat, menggunakan telefon bimbit, melanggar lampu isyarat dan memotong di garisan berkembar.

4 faktor tersebut merupakan perkara yang sering diabaikan oleh pemandu/penunggang menyebabkan ada mereka yang tidak bersalah, menjadi korban.

Menurut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987:

Mana-mana orang yang memandu suatu kenderaan motor di atas jalan dengan melulu atau dengan kelajuan atau dengan cara yang boleh merbahaya kepada orang awam,sehingga mengakibatkan kematian mana-mana orang, adalah melakukan kesalahan. Apabila disabitkan kesalahan, hendaklah dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada 2 tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun dan denda tidak kurang daripada 5,000 ringgit dan tidak lebih 20,000 ringgit.

Hukuman atau denda berat sebenarnya tidak pernah menghalang dari pemandu-pemandu  ini melakukan perbuatan yang bukan sahaja menyusahkan pengguna lain, malah menyebabkan mereka yang tidak bersalah menjadi korban atau mendapat kecederaan.

IMG_5155Di tahun 2013 ini, kita berharap semoga kadar kemalangan jalanraya di negara ini dapat dikurangkan, setidak-tidaknya pengurangan dalam jumlah kematian.

Penggunaan AES adalah salah satu cara untuk mendidik pengguna, namun, jika ada yang menghalang atau membantahnya, terpulanglah.

Perkara paling baik ialah memberikan input lebih berguna bagi menambah baik penggunaan sistem itu sesuai dengan keadaan di negara Malaysia.

Mempolitikkan sesuatu perkara atau semua perkara dalam kehidupan ini walau untuk kebaikan sekalipun, biasa penyudahnya akan memakan diri.

Percayalah…

Salam hormat

ondscene.sham

Kuala Lumpur

1 Januari 2013

5 Comments

  1. maizatj's Gravatar maizatj
    19/01/2013    

    Assalamualaikum w.b.t. n salam sejahtera, saya sokong mengenai pelaksaan AES. AES bagus tetapi perlu di perhalusi pelaksaan tersebut. Salah satunya adalah tentang kelajuan. Di dalam surat khabar baru-baru ini, JPJ ada menyatakan bahawa sebuah Ferrari dan Masserati memandu laju di PLUS dan gambar mereka berjaya di rakamkan oleh AES di Slim River. Kelajuan yang dirakamkan kalau tidak silap saya melebihi 200km/j. Kalau kita memandu Perodua Kancil, bawak 120km, kena saman Rm300. Hanya melebihi 10km/j. Mereka yang memandu laju lebih daripada 100km/j juga kena saman Rm300. Kalau saya, alang-alang nak kena saman baik bawak lagi laju. Kalaulah kancil boleh dibawa 200km/j. Pengalaman saya sepanjang pelaksaan AES ini. saya banyak melalui AES di Kajang, Slim River, di Jalan Pasir Puteh Ipoh (dekat dengan kampung), selepas simpang Bukit Merah (PLUS). Saya lebih selesa memandu di waktu tgh malam kerana kurang trafik ( selepas mendapat rehat yang cukup ), saya banyak kali melalui AES di Slim River. Sudah beberapa kali saya mengalami kejutan FLASH yang amat memedihkan mata dan hampir menyebabkan kemalangan. Saya ada dengar beberapa kemalangan yang melibatkan kejutan FLASH AES terutama di Jalan Pasir Puteh Ipoh. Saya berharap agar kawasan AES itu diterangi lampu seperti di setiap persimpangan Lebuhraya. Saya tidak membantah terhadap pelaksaan AES tetapi berharap agar ada penambahbaikan mengenainya.

  2. Acid Voice's Gravatar Acid Voice
    04/01/2013    

    Mentaliti Rakyat Malaysia sgt lembap untuk terima pembaharuan. AES ialah sistem untuk jangka masa panjang….bukan untuk masa singkat nak dpt hasil yg bagus. Dulu masa Tun Mahathir nak bina KLIA…KLCC..Putrajaya..Litar Lumba Sepang..ramai rakyat bantah.AKLEH (Ampang KL Elevated Highway) kenakan tol Rm1.50 pun ramai bantah siap masuk TV semua. Skang?…semua guna je..elok pun..xde lak yg bantah2 lagi. Anyway…semoga tahun 2013 ni ada tahun terbaik untuk ubah mentaliti kita.

  3. 02/01/2013    

    on a lighter side… gambar last tu; sarkis ka? :D

  4. nz's Gravatar nz
    02/01/2013    

    Betul tu, cara pelaksanaan dan harga pembelian satu unit berganda2 lebih mahal dari negara luar beli adalah menjadi isu hangat sebenar yg pihak berkuasa kata pihak yg lagi satu dan ramai rakyat membantah sistem aes, tak nampak lagi aes diletak kat area speed limit 110, semua kat jln sebesar2 luar lebih dari 2 lane tapi speed limit 70, 80,90 dan yg terlebih skit dah kena saman 300, persoalannya semasa memandu kita perlu tengok/lebih perhatian dijalan raya atau speedometer, nampak sgt sistem ni mengalakkan pemandu tengok lebih speedometer sebab takut terlebih 1 – 2 kmj nanti kena saman, adakah itu boleh mengurangkan kemalangan, dan satu lagi sila tunjuk graf statistik dgn jelas dan telus adakah semenjak aes ni on dah takde org mati kemalangan nak kata aes ni bagus sangat.

  5. AntiDriverBodoh's Gravatar AntiDriverBodoh
    01/01/2013    

    Salam tahun baru abg Sham, semoga 2013 memberikan lebih kekuatan utk abg Sham meneruskan usaha murni ondscene ini.

    Saya suka 2 perenggan terakhir posting ini. Selari dengan pendirian saya selama AES diperkenalkan – saya menyokong penuh penggunaan AES sebagai satu medium didikan pengguna jalanraya – namun saya membantah sekeras-kerasnya cara sistem itu dilaksanakan di negara kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current day month ye@r *

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting