Terima kasih akan komen-komen anda…

Seperti juga ketika memandu, kita harus berhata-hati dalam memberi komen.

Saya meminta pada mana-mana pembaca yang dihormati yang memberi komen atau ulasan atau apa jua pendapat, supaya sama-sekali tidak memberikan komen atau ulasan yang menyentuh sensitiviti agama, kaum atau pegangan mereka apatah lagi mengeluarkan perkataan atau ayat yang bertujuan merujuk kepada sesuatu kaum,bangsa bagi maksud yang boleh disalah tafsirkan.

Saya tidak akan teragak-agak untuk buang/delete komen tersebut dan/atau sekat mana-mana individu yang cuba melakukan perkara tersebut di dalam ruangan komen blog ini.

Tujuan utama blog saya ini adalah untuk mendidik.,memberi pengetahuan, maklumat, dan pengajaran untuk kita semua, tanpa ada apa-apa kepentingan dengan mana-mana pihakpun.

Saya amat berterimakasih kepada pembaca yang berpusah-payah memberi komen dan sudi melayari blog ini. Di masa yang sama, saya kadang-kadang terlambat pandang atau tidak sempat pandang komen2 tersebut, menyebabkan saya lambat respon kerana tugasan lain yang amat banyak.

Saya juga sedang memikirkan untuk menukarkan blog ini kepada website, tetapi memakan sedikit amsa untuk melakukannya kerana kesuntukan masa.

Salam hormat
ondscene.sham

Post Lain Yang Berkaitan

2 Comments

  • Pada 2008.12.22 04:24, Fireroll menulis:

    saya peminat blog saudara. rasanya biarkan ia dalam keadaan blog.

    • Pada 2008.12.22 05:40, jawa peranakan menulis:

      on the scene..

      saya sokong fireroll..buat masa ini adalah lebih wajar jika format blog dikekalkan..

      PS-seperti juga fireroll, saya juga peminat blog ni..

      You must be logged in to post a comment.