Salam kepada semua
Saya antara yang terawal menyiarkan info mengenai kemalangan ini di dalam blog setelah menerima panggilan telefon dari seorang rakan yang kebetulan melalui lokasi kejadian jam 7.02 malam, 10 Oktober 2010.
Untuk saya tiba di lokasi, adalah terlalu mustahil dengan jarak saya yang jauh di Kuala Lumpur.
Oleh kerana ini tragedi besar, saya ‘terpaksa’ melangkaui kawasan liputan saya dan ditambah info awal yang telah saya perolehi.
Oleh itu saya berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan foto kes kemalangan ini dari sumber lain.
Saya memohon jasa baik rakan di Ibu Pejabat Utusan Malaysia di Kuala Lumpur untuk emailkan kepada saya jika mereka telah menerima foto dari Melaka.
Bagaimanapun, setelah foto disiarkan, saya dituduh mencuri foto-foto itu!
Ya, saya dilabelkan pencuri dan ianya telahpun disiarkan di dalam satu blog.
Tidak perlu saya ulas panjang, kerana mungkin ada yang tidak faham senario sebenar.
Kesilapan saya kerana tiada kredit watermark ihsan Utusan Malaysia pada foto yang disiarkan.
Oleh itu, saya malas nak bertelagah atau menimbulkan apa-apa permasalahan, saya menarik balik penyiaran semua foto-foto terbabit di dalam entry di bawah.
Kesilapan saya di sini ialah, kira-kira 5 peratus entry di dalam blog ondscene ini adalah foto dari sumber lain, manakala 95 peratus lagi adalah hasil usaha dari rakaman saya sendiri.
Ada portion yang 5 peratus itu, yang menimbulkan masalah.
Saya sebenarnya tidak mahu dituduh untuk publisiti, tetapi biarlah saya jelaskan di sini.
Sebenarnya, banyak, saya ulangi BANYAK foto-foto rakaman saya di dalam blog ini telah digunakan oleh Utusan Malaysia dan Kosmo, dan tidak kurang yang disiarkan di muka hadapan. Muka dalam tak usah cerita, penat nak bilang.
Semuanya adalah ihsan saya tanpa membabitkan sebarang urusniaga, semuanya semata-mata atas dasar sesama rakan media – bantu membantu.
Jika saya kira dan congak, sebenarnya saya boleh mendapat ribuan ringgit jika foto-foto saya itu dibayar, tetapi bukan RM yang dikejar , tetapi nilai berita itu lebih berharga.
Tidak pernah, saya ulangi, TIDAK PERNAH sekalipun pihak Utusan Malaysia atau Kosmo memberikan sebarang kredit kepada saya sebagai individu atau kepada blog ini sendiri.
Kosmo juga pernah ‘mencuri’ foto saya melalui Unit Foto Utusan Malaysia dan disiarkan di muka hadapan, juga muka dalam.
Malah lebih hebat lagi, Kosmo juga pernah mengambil foto dari blog ini secara copy-paste.
Bagaimanapun, saya juga tidak pernah mempertikaikannya, yang penting bagi saya, maklumat dapat disampaikan kepada pembaca yang membeli Utusan Malaysia RM1.50 atau sesekali Kosmo RM1.00 dengan foto di tempat kejadian.
Oleh itu, berkuatkuasa serta-merta, saya tidak akan lagi membekalkan sebarang foto atau bahan berita untuk Utusan Malaysia atau Kosmo kerana saya telah diperlakukan sebegini yang amat memalukan saya dan intergriti blog ini.
Untuk makluman, ratusan foto dari blog ini saya juga ihsankan kepada banyak lagi akhbar tanpa melibatkan sebarang urusniaga.
Akhirnya, saya memohon maaf kepada pembaca akan kesulitan yang timbul.
Kepada Utusan Malaysia dan Kosmo ,terimakasih banyak kerana ‘sudi’ menggunakan foto-foto rakaman saya selama ini dan juga sesekali meletakkan ‘Ihsan Pembaca’ sebagai kredit…
Saya akan pastikan, yang 5 peratus itu seboleh mungkin, tidak lagi ada di dalam blog ini.
Salam hormat
Kuala Lumpur
ondscene.sham








Betul tu bro. Kalau diorang nak gambar, tak payah bagi .kalau tak saman jer kat mahkamah kalau diorang curi.
sabarlah bro sham. lantak la utusan ngan kosmo tu. saya faham bila berita hangat macam ni semua nak kongsi dan jadi yang pertama menyampaikan.
utusan semalam dah kecoh pasal slot salam perantauan. ini pulak pasal perkongsian gambar.
sabar jela..biasela manusia…
Memahami perasaan mu, syam!
Utusan Malaysia?…hemmm…”makan berkawan..jangan makan kawan..”..kalu semua foto tu tempek kat UM tu pun..belum tentu saya beli..i luv ondscene…
sabar jela.. nanti kalau ada gambor eksiden ker apa ke nanti saya kirimkan ke bro shamsul.. free jer…
Nampaknya dah lama sangat bersabar tu, sekali keluar ayat warna merah!
Selama ini dia orang dapat gambar free dan dijual dalam akhbar tanpa kredit kepada sumber gambar.
Blog ini bukan berorentasikan komersial.
p/s – berjaga 2 hari berturut² selepas kes “Bayangan Maut” , ini pula penghargaan yang dapat – kecewa, kan? Sabar adalah ayat klise yang masih boleh digunapakai.
mereka ni selalu lupa diri, hanya kepentingan komersial semata-mata….keuntungan yang dikejar tanpa memikirkan etika kewartawanan
sebab itu ramai orang mula membenci akhbar yang ada dipasaran sekarang
gambar2 letak je watermark dan tak payah tunjuk baik, buat baik berpada-pada..
Salam bro. UM & K! memang macam tu. Sabar ajelah. Wife saya yang bekerja di situ pun tak tahan dengan perangai orang-orang di sana.
Apa pun, kami tetap menyokong anda.
blog ondscene ni jauh lebih cantik designnye dari web utusan melayu yang outdated tu.
saya sokong ondscene!
teruskan usaha.
dugaan membuatkan kita lebih kuat.
mana no account bank kitorg nak bg hadiah time kasih ni..
atas tanda sokongan saya pada pihak ondscene, dengan serta-mertanya saya MEMADAMKAN “shortcut desktop” ‘UTUSAN MALAYSIA’ di PC saya…. dan tidak akan membukanya lagi seperti rutin harian….
Salam Bro,
Memalukannya Utusan dan Kosmo ni. Buat keje malas tu satu hal nak kongsikan sama-sama pun tak boleh plak…ni dah mcm bodoh sombong ni…nampak mcm profesional tp…
lor.. baru nak tgk gambar kejadian 2..hurmm..
100% support Ondscene!
saya cadangkan semua gambar selepas ini terus diwatermarkkan. Saya mempunyai solution live streaming ( r&d lagi ) di mana dengan bawa laptop + external webcam + celcomm bb dah boleh pancarkan siaran menerusi web dan auto record dari server
Nak alamat percubaan email saya di azril.nazli at Gmail Dot Com
salam…
bro klu saya lah kan, dah lama saya saman orang macam ni…gedik lebih…
utusan tidak sepatut melabel kan you pencuri ! you buat kerja amal atas nama INFORMASI, keep it up ONDSCENE and dont give up easily !
jangan risau bro, ramai lagi yang menyokong. BTW, lepas ni bro, always letak watermark Ondscene.. I support you bro..
salam bro.. depa silap tu bro.. mencabar integriti bro atas label pencuri gambar .. mostly org akan beli paper bila ada tragedi2 nieh.. secara tak langsung, kita sbg blogger mempromosi paper depa tu.. bila dah jadi camnie.. emm.. nway, aku support bro..
Agak2 nya,s khabar tu ada sesuatu yang nak disembunyikan kot?ada kepentingan syarikat bas mungkin
Aku memang tak pernah membazirkan duit beli s khabar.tengok internet lagi free
Tak lama lagi bangkrap le Utusan dan Kosmo
utusan .. memang la mcm tuh..
dulu kini selamanya…hahha
setuju dengan pendapat yg lain…letak je waterwark kat gmbr2 tu…yg pasti bukan kat hujung gmbr sbb takut diorang crop plk nnt…letak kat tgh2…
assalamualaikum..
sebelum ni sy baca je.. tapi bila jadi kes2 macam ni geram pulak rasanya..
saya setuju dengan Za, letak watermark kat tengah2. baru diorang xleh crop.
sekian. salam.
Saya faham niat baik bro utk berkongsi … tapi ingatlah … manusia zaman sekarang ni suka amek kesempatan dan manipulasi org lain utk kepentingan diri sendiri … mereka bukan peduli atau ambil kesah time kita susah… jadikan ini sbg pengajaran …. letak watermark utk setiap hasil kerja anda. Ondscene terbaek! Aku rasa dah dua tahun aku tak beli paper … semua intenet je
Salam bro,
Pada sy, UTUSAN MALAYSIA ini layak nya hanya lah sebagai tisu tandas sahaja. tuan, saya berharap teruskan sahaja menyaman akhbar mainstream ini atas pelanggaran hak cipta. klu tuan menang, tuan sedekah kan sahaja kepada institut keselamatan jalan raya. kami menyokong 100% usaha tuan. klu perlukan bantuan kewangan untuk appoint lawyer firm, kawan2 di ondscene.my akan menubuhkan tabung bantuan.
Salam Dzulqadeah.
biasalaaa…wartawan pemalas…main rembat jerk lps tu publish lps tu naik pangkat kononnya dia la yg ada kt tempat kejadian
aku mmg xbaca Utusan…sorry laaa…berita kelam kabut(sbb rembat kot)
salam,
memang memalukan bagi antara akhbar perdana yg tertua di Malaysia. Tak sedar dek untung!!!, mereka harus sedar bahawa kebanyakan generasi muda lebih gemarkan bahan bacaan media di internet kerana lebih PANTAS dan telus dalam penyampain berita. Boikot Utusan dan Kosmo
Tindakan yang tepat oleh brother ondscene.
Sokong Ondescene
Salam Abg Sham, diharap abg byk2 sabar ye. Saya akan tetap menjadi pembaca blog abg nie.. dont worry kalau takde gambar, berita yang abg sampaikan pun dah cukup bermakna…Informasi yg abg letak kat blog nie pun juga berguna kepada semua pengguna jalan raya. Kekalkan usaha abg sham. Saya doakan abg akn berjaya.. Tc.
Utusan dan Kosmo sepatutnya berkoloborasi dengan media alternatif. Kalau mereka faham la takrifan perkataan koloborasi tu apa. Bukannya mengambil sikap meninggi diri tak bertempat dan hostile. Saya ingin dengar maklumbalas mereka berkenaan isu ini.(dalam hati saya tak yakin)
Untuk makluman Utusan Group, dah lama saya tak beli Utusan. Kalau belipun sebab si isteri nak baca Mingguan. Itu pun tak lama lagi saya nak berhenti beli terus.
Cerita umpama begini membuatkan saya terfikir yang tindakan saya untuk berhenti membeli Mingguan adalah amat tepat sekali
Sabar. setiap sesuatu tu ada hikmahnya.
Harap-harap pihak Utusan dan Kosmo boleh tampil untuk menjernihkan keadaan. Sama-sama bekerjasama untuk memberi berita yang mutakhir kepada pembaca.
Blogging pun ada “politic” nya ye?
Sabar bro…
Salam..sabar je bro..tu kerana duit jer tuh..diorang nak akhbar diorang laku, so kena letak watermark diorang…padahal diorang tak sedar berita yang diotang buat banyak menipu dan ambil hak orang lain…dah biasa dah akhbar cenggitu…sabar banyak..mudah-mudahan bro lebih beringat lepas nih… good luck
salam tuan..
saya sokong. nilai berita mengatasi nilai rm. kerana nila setitik rosak susu sebelanga. yg tidak betul ‘kawan’ tuan di utusan. sekarang utusan dpt nama buruk. harap terus perjuangan.
http://saifulislam.com/?p=8644
[...Ada garis pemisah yang halus di antara sisi baik keadaan ini, dengan sisi buruknya. Ramai di kalangan pengguna internet menyebarkan foto dan klip video seperti ini dengan tanggapan bahawa ia adalah materi yang berkesan untuk menimbulkan kesedaran.
Ingat mati.
Bersyukur dengan keselamatan.
Mengambil iktibar.
Bertaubat.
Semua itu mewarnai lapisan pertama motif mengapa mereka gemar kepada bahan-bahan yang mengerikan seperti ini.
Tetapi ketika mana perbuatan menonton dan menyebar bahan sebegini berubah menjadi seperti suatu ketagihan, ia bukan lagi sebuah keprihatinan. Sebaliknya ia berubah menjadi penyakit mental!
‘Keinsafan’ yang dirasai itu bukan lagi sebuah keinsafan, sebaliknya kepuasan luar biasa, hasil melihat dan mengulang lihat foto serta imej yang ngeri itu....]
Saya sokong http://www.ondscene.my….!
Salam,
x patut utusan & kosmo buat mcm tu…x pro langsung. letak watermark jer…bg saya ondescene tetap the best.
Saya amat setuju dgn bro .. setuju sangat .. saya mmg dah, lama banyak tahun dah tidak membeli akbar utusan , metro , kosmo ni … masalahnya pembohong … saya selalu belek2 dkt kedai ja ….
apapun saya setuju dgn bro dan saya menyokong tindakan bro ni. selama ni saya hanya mengikuti berita2 kemalangan ni dari blog bro.
susah juga bila kita berbudi dan berbahasa, orang lain tak reti nak hargai. dah tu dituduh pula macam-macam.
p.s: blogroll Utusan Online dan Kosmo kat sidebar tu pun dah boleh diturunkan.
cayalah bang.
lain kali jangan bagi muka.
saya pun geram
salam..just nak kongsi..ni pon gamba dari org lain..tgk dkat link nie..mmg dasyat lah
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150292610070716&set=a.10150292239990716.524690.803345715&pid=15345178&id=803345715
Salam,
Ramai yang akan sentiasa menyokong sdr. Sham.
Bila dapat tahu pasal kemalangan tu kat tv dengan info yang terlalu sedikit, saya terus ke blog ini sebab saya tahu bro memang lebih pantas daripada orang lain.
kami yang selalu baca blog ini tidak akan mudah terpedaya dengan dakwaan murahan sebegitu. Harapnya sdr.sham akan watermark setiap gambar pada masa hadapan.
tak sangka utusan bersikap sebegitu..
jangan layan sgt suratkabar yang memang dh bangkrap idea dan nk pupus dh tu…apapun syabas buat ondscene kerana dh jadi salah satu blog kegemaranku
another reason to hate utusan..
chill k bro, dorang mmg gitu..
salam tuan
harap banyak bersabar dengan keadaan yang berlaku. memang lumrah nya begitu. lagi2 soal yang melibatkan wang ringgit. hanya pembaca setia blog tuan yang tahu nilai nya.
support ondscene… kosmo & utusan… farewell..
Oleh itu, berkuatkuasa serta-merta, saya tidak akan lagi membekalkan sebarang foto atau bahan berita untuk Utusan Malaysia atau Kosmo kerana saya telah diperlakukan sebegini yang amat memalukan saya dan intergriti blog ini.
AKU SETUJU BRO!
Lorrr…pasni x de foto2 lah ye,sabar je la…bukan apa….kdg2 bila malas nak baca,sy suka tgk gambar kejadian kat blog ni….tapi kalo dah tuan rumah x nak upload foto…terpaksa terima je la…xpe la…ape2pun sy sokong,jgn bg muka orng mcm ni…
maksud en sham dia taknak bekalkan foto2 utk UM n Kosmo tu jer..kat dlm ni still ada foto..betul tak en sham?
hmm malesss bc utusan n kosmo..sumber pun ntah aper2 jerk….
saya simpati dgn bro ondscene
Pada saya kalau berita tanpa gambar ni mcm xlengkap je bro, kalau boleh biarlah ada gambar, tapi bab2 curi gambar ni bg saya mudah je.. bro kasi tampal nama kat tengah2 yg besar sikit supaya kalau dia copy pun dah tertera nama bro.. abis cerita
tak kenang budi betul..
Biadap gila Utusan dengan Kosmo ni.. diulangi, BIADAP!!!!
kami bersama ONDSCENE!!!
Salam
saya mengenali saudara sejak saudara mula2 blogging lagi
saya harap saudara tenang dan bersabar
ini adalah salah satu cabaran dunia blogging
yang silap kita perbetulkan
yang samar kita perjelaskan
saudara jangan risau
teruskan berblogging
dah sama2 wartawan tu kongsi2la. sama2 untung. sama2 senang kerja. ini tak, orang lain punye kerja mcm dia punya. dia punya org lain tak boleh usik. macam mana nak maju macam ni.
bro sham, biarkan la mamat dari utusan tu. aku tengok blog dia tadi dia dah tarik balik pun posting kecam blog ni. mungkin telah sedar keceluparannya. aku tetap setia dengan ondscene. teruskan usaha
nyesal tak sudah blogger UM tu agaknye…pasni tentu kena marah ngan boss dia..
salam admin,
cadangan saya:
1. letak watermark besar tapi transparent
2. upload gambar selepas 2-3 hari kejadian
3. minimum kan size gambar, jangan letak size asal (compress)
Saya setuju cadangan 1 tp x beberapa setuju dgn yg 2 dan 3.. sebabnya kalo upload lepas 2-3 hari dah dikira ‘cold case’.. dan kalo letak gambar kecil pulak, org mcm sy ni tak boleh nk kaji detail tempat kejadian dan keadaan mangsa sbb sy meminati forensic science. Transparent watermark lah jalan terbaik (letak watermark di tgh2)
waaaa caayya lu! diorang brmgah dmi kpentingan diri wtpe!
Salam saudara,
Sebagai salah seorang blogger yang biasa mendapatkan hasil melalui tangkapan gambar (sukan) perkara macam ni dah biasa sangat. Dan wartawan media perdana memang pemalas dan suka amik jalan mudah dengan kebas harta benda orang lain.
Nasihat saya kepada saudara selepas ini, tolong watermark sebesar2nya di tengah2 gambar tersebut supaya wartawan2 yang tak bertanggungjawab ni tak dapat gunakan hasil kerja anda sewenang2nya.
Tak perlulah nak dengar janji manis mereka yang konon nak bagi kredit kat gambar kita yang mereka guna. Saya sendiri pun dah biasa kena kencing dengan malaun2 ni semua.
So ingat saudara, jangan sekali2 saudara sendiri pun ciplak atau amik gambar mereka dengan atau bersama kredit. Biar buat kerja kita 100% tulen dan tak perlu nak kompromi.
Kalau ada akhbar2 yang perlu gambar dari saudara, tolong jual kepada mereka. Ni rate standard dia:
Sekeping: RM 50 – RM 200 (untuk gambar2 yang biasa)
Tapi sekeping gambar boleh cecah ribuan ringgit kalau gambar tersebut sangat penting dan takde orang lain pulak yang dapat tangkap gambar tersebut, so ingat saudara.., buat baik berpada2.
Tak perlu kita bergantung kepada orang, biar orang bergantung kepada kita, hasil kerja saudara banyak yang mantap, so gunakan untuk buat bisnes dan mata pencarian supaya boleh saudara bergerak lebih aktif dan mencari berita2 lebih sensasi untuk perkongsian rakan2 pembaca lain.
Boikot je la utusan dan kosmo ni..zaman IT ni orang tak baca dan percaya dah pada akbar perdana ni..zaman dah berubah..berita di internet lebih cepat dan mudah disebar& diterima…
bro sham…kat tepi blog ni ada link utusan dengan kosmo..harap dibuangkan sahaja..membazir je buat baik dengan orang yang tidak tahu menghargai…
f**k utusan! pasal isu kena prank bdk UTP salam perantauan pn nk kecoh.nak cover aib la akhbar kredible tinggi n established mcm diorg xmampu nk tapis sumber…
http://www.jomkongsi.info/blog/politik/utusan-malaysia-menipu-dan-berbohong-untuk-menjaga-nama-pihak-tertentu
mulai hari ni,saya boikot UTUSAN!
bila kita tak bertegas, org pijak2 kepala kita…bila kita bertegas,org akan buruk2kan kita…
ape2 pun bro,just be urself…lantak la diorg tu…jadikan pengajaran…lagi…
Siapa perlukan Utusan/kosmo kalau kita ada Ondscene and the fan squad!
patutlah saya online di pagi hari ada gambar di blog sham.. skali lagi nak tgk around 8am dah tak ada gambar.. ingatkan lap top saya problem. Saya ada melalui tempat kejadian semalam malah antara yang terawal.. Banyak sekali flash camera di tempat kejadian. Tak pe Sham… harap sabar.. ni lah asam garam kerja. Next time jgn bagi muka lagi pada UM and Kosmo.. suruh mereka usaha sendiri..
boikot ramai2..suka2 hati rembat org pya content xpe plak kn. pasni if diaorg curi lg gmbr, saman je. baru bukak skit mata press UM ni.
alahai , saya masuk semata-mata dah agak kat sini mesti ada gambar yang lain nak tengok …tapi ini jadinya…
tak profesional betul utusan ni..buat malu ajer , wartawan dia pemalas keer
aku nya gambar pernah digunakan Metro
masa aku jadi wartawan hiburan
dorang cilok gambar seorang artis dari aku nya bahan
untuk diletakkan di muka depan
kesian company besar
pic aku gak dorang rembat…
STUPID, LAZY, UNEDUCATED,IMMORAL and UNPROFESSIONAL… itulah sifat2 wartawan, editor and sidang redaksi media kat malaysia ni. Leh kira dengan jari berapa orang je yang leh pakai. Poyo… mentaliti negara ketiga.
Takper bang, tak rugi pun..diorg la yg rugi, sekali sekala mau kasi ajar gak diorg nih..
biar je diorang cari sendiri…bukannye semua tempat diorang boleh sampai dgn cepat.lama2 nanti sedarlah tu….ape2 hal pun blog ni memang best…
bro, tanks selama nih menyiarkan gambar2 eksklusif. saya peminat setia blog anda. harap dapat besarkan skit watermark tuh dan buat diagonal dalam gambar tapi jgn sampai mencacatkan gambar tuh. biar payah skit diorang nak plagiat. kecoh ntah hapa2, amik gambar org ok lak, amik gambar dia cam rugi berjuta sgt…takpe..takpe..teruskan usaha bro!
tumpang simpati..sabar je lah..
mana UTUSAN?…jawablah..takut ke?..apa barang diam je..xkan buat2 xtau..tau nak nyorok!!..berani betalah!!
If suing was easily done in Malaysia, you should sue all these newspapers, sue the shit out of them for stealing YOUR intellectual rights all these years. Real sons of bitches.
common la, ni bukan gambar artis ke gossip untuk royalti. Ini kemalangan, patut disebarkan secepat mungkin utk info semua, terutama waris yg terlibat. Dh banyak dah info kemalangan yg saya dapat dari ondscene sebab saya rasa web ondscene yg paling cpt akan berikan info sesuatu kemalangan. Dan selalunya selepas sehari saya akan baca semuala akhbar tempatan untuk cerita lebih lanjut. kalau pengambil gambar tidak berpuas hati, sepatutnya dia x beri gambar tu pd sesiapa sebelum dia sendiri publish. Saya sgt berterima kasih kpd bro sham ondscene atas keperihatinannya selama ni menyebarkan berita2 mcm ni secepat mungkin.
aku pun sokong bro ondscene….sabar yer…banyak dugaan yang perlu di tempuh dalam dunia kerjaya..pengalaman tu yang penting…
sampai begini sekali hasil usaha bro dipertikaikan pihak UTUSAN..
aku memang dari dulu tak suka baca UTUSAN sebab macam2 spekulasi diorang memandai nak bubuh bagi berita tu nampak hangat.. walhal berita tu lain dari cerita sebenar.. begitu jugak spekulasi diorang mengenai gambar bro tu jugak, 95% gambar bro dan kemudian dibubuh ‘spekulasi’ mengatakan gambar diorang..
boikot UTUSAN.. ape2 hal aku support ondscene ni..
dan saranan dari aku supaya watermarks pada semua gambar ondscene ditebalkan supaya susah diedit oleh staff IT Utusan mahupun kosmo supaya gambar tersebut diorang tak leh guna.. kalau boleh watermark ondscene tu diletak dari bucu hujung ke bucu hujung yg btentangan..
dan pastikan block email bro dari diterima oleh pihak utusan/kosmo tersebut… jangan sesekali bagi ihsan bro kat diorang tu..
Saya menyokong 100% apa tindakan yang dibuat oleh En. Sham, bagi saya gambar-gambar yang disiarkan dalam laman web ini adalah untuk tatapan percuma bagi kita semua. Gaya penceritaan yang dibuat oleh penulis adalah dari hati seorang wartawan, jurugambar dan seorang insan. Walaupun nampak ngeri dengan gambar yang dipaparkan, pastinya mengundang keinsafan dan juga peringatan kita agar berhati-hati dan beringat dengan apa jua yang kita lakukan. Memang malang itu tidak berbau, kita haruslah berwaspada sentiasa.
Utusan Malaysia tu skarang ni dah x bape nak laku..org dah muak baca sebab x telus dalam menyampaikan berita..berat sebelah, kaki ampu semua..Agaknye dah geram kot sebab sales dah kurang..padan muka!!!
booo UTUSAN booo~
kah3…
Saya lebih rela membaca berita2 kemalangan di ondscene ini dari membaca dari surat khabar.free je lagi pon kan ? hehehe.surat khabat lepas baca tah letak kat mana2 je.lepas tu jadi la surat khabar lama.kalau saya nk pg baca surat khabar pon saya pg baca dkt warong2 yg ada sediakan surat khabar free.hehe.tp 100% saya kata saya lebih suka baca di ondscene dari baca di surat khabar.
nama pun internet..hehe sesenang copy and paste
tahniah.. anda memang tegas…
Peminat n pembaca setia ondsence. saya beli utusan n cosmo utk bakar sampah je…hehe.
wow~ sangat mahal pembakar sampah saudara.. hehe…
kasi pulau sama itu kosmo n utusan..no integriti..ptuihhh
Sy pun penyokong setia ondscene. Mak saya beli utusan dan kosmo sekali sekala utk buat lapik bekas najis kucing ;D
Brader Sham, klu nak elakkan penggunaan gambar oleh pihak lain, letak aje watermark ONDSCENE pada gambar…. Mgkn klu disiarkan ada tertera perkataan ONDSCENE… so malu sikit pihak lain nak guna…
mula2 tuduh pencuri, lps tu mai surat saman pulak kot. maklum la U n K cetak 10k naskah, terjual 1k jer kot, maybe tak balik modal. so nak support kena buat cam tu la.
Sabar bro, lain kali letak watermark ondscene yea. Nanti takdelah pihak lain copy n paste sesuka hati.
Sabar la bro.. ada balasannya utk diaorg tu… gua ttp sokong lu bro..
lu punya artikel lagi dasat dari diaorg.. diaorg tu tau nk untung jer..
salam bro sham & komuniti ondscene…
pertama sekali takziah & simpati sy ucapkn kpd smua mangsa & kluarga yg
terlibat dlm xcident smlm…
xsangka utusan malaysia yg dah lama & otai dlm bdg publication mcm tu..POYO jer.
lain kali bro sham letak jer watermark besar2 & ada color so that diz pirate xleh nk cetak rompak gmbar2 dlm ondscene..xpun disable function utk copy/save gmbar dlm ondscene ni.
secara jujur..sy rasa laporan dlm ondscene lbih reliable, telus, asli & xde pnambah perisa, padat & tepat serta lebih mnimbulkn kesedaran berbanding media cetak yg lain…
tahniah & kredit kpd bro sham..truskn usaha murni anda, ni smua publisiti murahan..abaikn jer kuman2 ni.
tak patut diorang buat macam tu… bro adalah orang yang baik bagi saya,tulisan bro memang cantik sedap dibaca… i sokong u…
xgune nyer org.. xreti nk time kasih… lol.. gua support ondscene. stuju ngan kaler merah kat atas..
salam,
Utusan ni dulu aku suka gak baca berbanding metro cuz nampak cam lebih formal dari berita2 kat metro yg kebanyakan merapu. tapi skrg cam dah terbalik, aku suka baca metro plak dan menyampah nak baca utusan sebabnya utusan banyak sangat siarkan berita pasal ‘politaik’.
aku cukup menyampah tengok geng2 utusan dok kipas ahli2 politaik ni, nak muntah jer. baca metro kurang sikit pasal politik ni
apepun jarang2 jer aku beli suratkabar, perabih pitih jer…ngeh3.
Salam bro , rileek je . lain kali letak watermark ! meh saya tolong buatkan…free jerr !
Utusan??? UTUMUSANG??? kahkahkahkah!!!!
woit!!! Utumusang ni gua buat tgk nombor ekor jer…kahkahkahkah!!!
Lps tgk nombor, gua letak balik sbb gua tak hingin nak beli…kahkahkah!!!
takde staf UTUMUSANG ke baca blog ni??? kahkahkah!!!
jawab la woi!!! takut ka??? No eggs ka??? kahkahkahkah!!!
lepas Utusan kondem budak UTP baru ni terus aku boikot Utusan. Bila diri sendiri buat(tipu pembaca) takpe. Sekali terkena dgn budak “u” terus gelabah.
utusan dari dulu lagi memang berlagak! cakap pandai..buat keje tak reti! program rtm yang bagus2 pun tak leh nak jual… pastu dalam meeting, tuduh rtm macam2! macam la diaorang tu bagus sangat…
sya sokong!
utusan sama kosmo layak bt bungkus nasi lemak & umpan bakar sampah..
Tak patut kerana perkara sekecil ini en.sham dituduh sbg pencuri sdgkan hakikatnya niat utk memberi info dan kesedaran kpd masyarakat.. takpe lah anggap ini semua sbg satu cabaran utk jdkan blog ini lbh baik.. anyway sy rasa kecewa juga kpd mereka yg menuduh….
so from this moment, sy stop langganan Kosmo sy tanda menyokong blog ini!!!
saya sokong tuan sham watermark kan semua gambar milik tuan.. agar org lain tak sewenangnya menggunakan tanpa izin.. saya kalau ambik gambar dari blog tuan saya akan kreditkan ke blog tuan.. terima kasih atas jasa tuan..
sabar je la bro…kami ttp sokong ondscene…lebih berintegriti…
utusan boleh jalan dah…..pernah tengok utusan edit gambar pada berita yg ditulisnya.
sokong ondscene!
dah x beli utusan malaysia/kosmo tanda sokongan untuk pihak ondscene.
Bang … jual je setiap gambar …at least dorang sedar akan hak orang lain dan secara tak langsung blog abg nie boleh diupgrade , takde la overlimit bandwidth
Bro, len kali wat watermark kat setiap foto yang bro ambik, pastu tinggalkan nota kaki pd setiap artikel untuk tidak membenarkan copy artikel atau foto tanpa kebenaran..
kerana pulut santan binasa kerana mulut orang boikot beli utusan malaysia ermm kosmo juga
Harap Abang Sham bersabar ok…saya tetap sokong ondscene! senyum skit abang sham
Salam, selama ini saya menjadi “silent reader” tp utk menyatakan sokongan terhadap ondscene..saya sanggup lakukan apa sahaja…anda dizalimi…
SAYA DAH LAMA BANNED UTUSAN..HU HU HU
[...] itu, saya juga tamatkan ruangan komen di dalam entry Terimakasih Utusan Malaysia di [...]