Entry ini khusus untuk rakyat Malaysia yang prihatin, simpati dan sama-sama menghulurkan derma untuk Tabung Gaza.
Salam sejahtera,
Malam ini saya akan berangkat ke Mesir melalui penerbangan Egypt Air dari KLIA dan Insya-Allah akan pulang ke Malaysia pada 29 Jul depan.
Saya akan berada di Mesir dengan satu misi – membawa bersama harapan rakyat Malaysia yang prihatin dengan penderitaan rakyat Palestin yang terlibat dengan konflik Israel di mana pada 27 Disember 2008, Semenanjung Gaza diserang.
Ratusan nyawa terbunuh dan ribuan lagi cedera di mana kebanyakannya adalah kanak-kanak dan mereka yang tidak berdosa.
Dan sebagai masyarakat yang prihatin dengan penderitaan mereka, Kerajaan dan rakyat Malaysia bersatu hati menghulurkan derma untuk tabung yang diwujudkan untuk mangsa kekejaman rejim Zionis itu.
Saya bersama Pengurus Pengurusan Bencana Bulan Sabit Merah Malaysia, Nasir Khan Abd Rahman akan ke Mesir untuk melakukan kerja-kerja persiapan, tinjauan, penilaian dan perbincangan dengan beberapa pihak di Mesir dan Palestin, serta Kedutaan Malaysia di Mesir khususnya mengenai sumbangan yang telah anda hulurkan.
Saya juga akan melakukan kerja-kerja penyelarasan dan persiapan untuk majlis penyerahan pada 27 Jul ini dan kerjasama dengan media dari Mesir dan Palestin.
Majlis akan dilakukan di sebuah Hospital Palestin di Mesir.
Rakan saya, Shahpaskal (http://militaryofmalaysia.blogspot.com/) akan menyusul pada 25 Jul.
DANA RAYUAN TABUNG PALESTIN
Sumbangan terkumpul dari kerajaan dan rakyat Malaysia yang akan disampaikan melalui Bulan Sabit Merah Malaysia nanti adalah dari pecahan berikut:
1. Kerajaan Malaysia RM1,333,333-00
2. Tabung Rayuan Rakyat Palestin RM144,523-66
3. Power of 10 sen RM150,000-00
Jumlah itu adalah sebahagian dari jumlah keseluruhan sumbangan yang diamanahkan kepada Bulan Sabit Merah Malaysia meliputi perkara berikut:
1. Bantuan Anggota Prostatic(anggota palsu) RM1,100,000-00
2. Bantuan Peralatan Perubatan RM 500,000-00
3. Bantuan ‘School-Kit’ RM150,000-00
4. Bantuan kepada Bulan Sabit Merah Egypt USD10,000-00
(Perbelanjaan membantu pelarian Palestine yang mendapat rawatan di Mesir).
Ringkasan:
Sumbangan semuanya akan ditukarkan dalam bentuk barangan iaitu :
1- Bantuan anggota palsu seperti kaki dan tangan – untuk kira-kira 50 mangsa perang.
2. Bantuan peralatan perubatan di Hospital Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) di Gaza City.
3. Bantuan untuk kira-kira 500 kanak-kanak Palestin dalam bentuk ‘School-Kits’ seperti pakaian, beg, alatulis untuk persekolahan mereka.
Ini merupakan sumbangan dari kanak-kanak dari negara ini melalui sumbangan Tabung ‘Power of 10 sen’ khusus untuk rakan-rakan mereka di Palestin.
Entry ini mungkin entry akhir saya sebelum ke Mesir, dan saya akan cuba update blog ini dari sana khususnya mengenai penderitaan rakyat Palestin, sumbangan dan peranan rakyat Malaysia di sana, dan apa sahaja yang dapat saya salurkan untuk bacaan anda semua.
Kepada pembaca/follower blog ini dari Mesir, Insya-Allah, kita jumpa di sana.
Salam hormat, dan doakan yang terbaik.
ondscene.sham







salam en sham. semoga allah sentiasa melindungi anda dan rakan2 dan dipermudahkan segala urusan. amin.
selamat pergi, selamat kembali dan selamat menjalankan misi kemanusiaan….
siapa awek MRCS baju hitam tu? kirim salam.
salam bro..saya ex stud mesir al-azhar..anyway thanks a lot for your article yg berani dan agak vokal.good input dan byk exposure yg membuka mata saya..klu bro berkesempatan utk jalan2 kat mesir, saya sarankan bro ziarah tempat2 kesan nabi instead kesan firaun..antaranya:
1-makam nabi luqman dan nabi daniel di Iskandariah
2-Makam imam syafie di Qaherah
3-Masjid Amru Al As di Qaherah
4-Kota Qaherah (dikatakan disitu terdapat perigi nabi Yusuf
5-Semanjung Sinai (makam Nabi Harun,bukit Tur Sina,St KAtherine & the burned bushes – dikatakan tempat wahyu nabi Musa bermula,Lembu Samiri,Kesan air mata Nabi MUsa, Kesan petempatan Nabi Syuaib,Kesan pentempatan Israel dll lagi…)
5-