Ulu Yam,
Selangor
2 Disember, 2008
Selangor
2 Disember, 2008
Ini merupakan hari pertama dia bertugas.
Tugasnya – membawa pelancong asing menikmati alam sekitar negara ini sambil melakukan aktiviti riadah. Malangnya, petugas Persatuan Pencinta Alam, Malaysia Natures Society itu akhirnya terpaksa diselamatkan anggota penyelamat setelah terjatuh ke dalam gaung.
Dengan kecederaan di kaki dan tangan, Ng Poh Suan, 19 tahun, terpaksa menanti bantuan sampai untuk membawa dia keluar dan di bawa turun dari bukit.
Kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang di kawasan Perkelahan Air Terjun Ulu Yam.
Ng bersama tiga lagi rakannya membawa dua pelancong wanita dari Eropanh melakukan aktiviti ‘Canyoning’ di air terjun terbabit.
Bagaimanapun, mangsa dipercayai hilang imbangan sebelum tergelincir dan terjatuh ke dalam gaung.
Mangsa cedera di tangan dan kaki.
Bantuan kecemasan kemudian disalurkan kepada Jabatan Pertahanan Awam Kuala Lumpur yang kemudian tiba di lokasi kira-kira sejam kemudian.
Operasi menyelamat turut diserta anggota perubatan Bulan Sabit Merah malaysia.
Mangsa akhirnya berjaya dinaikkan ke atas sebelum diusung ke bawah bukit kira-kira jam 6-45 petang.
Ng dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.
Dan bagi kedua-dua pelancong wanita terbabit, walaupun mereka membayar pakej untuk menikmati aktiviti itu, namun membawa pulang ke negara mereka pengalaman menyelamatkan Ng






amboi..bukan main sengeh lagi abg JPA dua org tu bila dapat bergambar dengan awek mat salleh.. kabor ke bini masing2 baru tau..
betol tu…bukan main lagi brother 2 orang tu….hu hu hu kabor je terus
Bini dia org tak tau blog ni…!!!
nasib baik bini mereka tak tau alamat blog ni.. kalau la bini mereka tahu, maka terpaksa la JPA menjalankan satu lagi misi menyelamat iaitu menyelamatkan abg JPA dua org tu…
on the scene pun akan dapat cover satu story menarik…
Lepas ni makin glamer ler Ulu yam tu… lepas satu ..satu lg kejadian… nasib baik kes2 kemalangan kat situ tak masuk dlm blog ni
kes kemalangan ada, tapi tak sempat la bang nak gi.
memang ulu yam ni glamer lately.
walapun ulu, tapi, kejadian2 yang berlaku, advance…!!!
bang jawa, taknak le pulak jadi macam kes kat terengganu tu, sampai nak terjun bangunan pulak…!!!
kes nak terjun bangunan di terengganu tu sebenarnya takde kaitan dengan soal hati dan perasaan..cuma wanita tu terpengaruh dengan program TV.. mungkin dia ingat dia boleh terbang macam SUPERWOMAN atau SUPERMAN kot..
bila emosi mengatasi akal fikiran, maka jadilah perkara2 macam tu.
bang jawa, aku rasa, eloklah jgn galakkan mangsa2 tu tengok cicakman pulak.
Kang ntah apa2 pulak jadinya…
[...] http://ondscene.my/2008/12/02/jatuh-gaung-dihari-pertama-bertugas/ [...]
[...] http://ondscene.my/operasi-menyelamat/jatuh-gaung-dihari-pertama-bertugas [...]