Menara Bank Pembangunan
Jalan Raja Abdullah
Kuala Lumpur
2 Jan 2011
11 pagi
Bagi 2 pekerja sebuah syarikat mencuci bangunan, 3 jam merupakan tempoh yang lama dan mencemaskan apabila gondola yang mereka naiki tiba-tiba rosak.
Naik tak boleh, turun pun tak boleh – sistem mekanikalnya mengalami kerosakan.
Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi tadi, apabila Ismail Rahman 33 tahun ,warga Bangladesh dan Kastubi Koniman 31 tahun warga Indonesia tiba-tiba mendapati gondola tidak berfungsi.
Mereka berada di kedudukan tingkat 29, dalam keadaan gondola tergantung dan bergoyang-goyang ditiup angin.
Usaha pihak penyelia mereka untuk membaiki, gagal malah dikhuatiri keadaan menjadi lebih buruk.
Jam 11.30, Bomba dimaklumkan mengenainya yang menghantar 2 pasukan dari balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah dan Chow Kit serta 2 anggota Unit RIM.
Operasi diketuai Penolong Penguasa Bomba Hamid Daud.
Kerja-kerja memasang tali dan peralatan segera dilakukan di tingkat 31.
Seorang anggota bomba juga turun ke dalam gondola bagi memasang tali pada kedua-dua pekerja.
Akhirnya, jam 1.19 tengahari , kedua-duanya berjaya diselamatkan dengan ditarik sehingga tingkat 31 iaitu bahagian bumbung bangunan.
Difahamkan, gondola ini sebenarnya sudah mengalami masalah sebelum ini dan dipercayai tidak diselenggara dengan baik menyebabkan ia mengalami kerosakan lebih teruk hari ini.














huhu.. maintenance tak dibuat mcm neh la
jimat punya pasal..hahaha
kejar keuntungan bermain dengan nyawa orang lain. tingkat 29 tinggi, gayat. boleh kena sawan tu…
Smalam tgk berita nih dari jauh ingatkan ada cubaan bunuh diri…rupa2nya gondola tersangkut…Sibbaik tak jadi apa…lain kali hati2 yer..
Salute dengan anggota bomba yang sungguh dedikasi.
Real ‘Cuci The Musical’. Actually its not funny dan tak ada orang menari kat backgroundnya!….
gile gayat tu!!
gayat gak 3 jam sangkut.. pergh…
tahniah pasukan bomba dan penyelamat.. berani sungguh anda.. thumbs up!
Salam,
Apa yang penting, PPE amat penting disamping reqular maintenance ke atas sesuatu peralatan untuk buat sesuatu pekerjaan.
Sekadar pendapat sendiri.
[...] kejadian semalam , rujuk sini, bukan semua dari kita mampu [...]