Operasi Menyelamat Di Bkt Tabur di Bulan Ramadhan
Bukit Tabur
Taman Melawati
Ampang, Selangor
28 Ogos 2010
4 ptg – 9.30 mlm
Nota: Sebelum ini saya menggunakan nama Bukit Tabuh untuk lokasi ini. Setelah semakan di internet, lokasi ini dinamakan samada Bukit Tabuh dan Bukit Tabur. Saya menggunakan Bukit Tabur, bersesuaian dengan keadaan puncak bukit yang banyak bertaburan di lokasi ini.
Jam 3.11 petang
Pusat Kawalan 999 menghantar maklumat ke Bilik gerakan Jabatan Pertahanan Awam Kuala Lumpur – misi menyelamat seorang mangsa tergelincir ke dalam gaung

Lokasi di puncak Bukit Tabur, Taman Melawati Ampang
.
Setelah mendapat pengesahan dari Balai Polis Taman Melawati, satu pasukan penyelamat dikumpulkan untuk misi tersebut.
Kira-kira 4-30 petang, 10 anggota JPAM dan 8 anggota polis dari balai Taman Melawati memulakan pendakian, dan mereka dipecahkan kepada dua kumpulan.
Maklumat yang diterima – seorang pelajar wanita Kolej Segi di Subang, Lilian Oh SeonYan, 20 tahun, sedang terperangkap di dalam sebuah gaung di puncak bukit, dan mengalami kekejangan otot.
Lilian dan dua lagi rakannya memulakan pendakian jam 8 pagi dan difahamkan mereka melaporkan pendakian itu di Balai Polis Taman Melawati.
Menjelang tengahari, salah seorang rakannya terpaksa turun ke bawah kerana ada urusan.
Maka tinggal Lilian dan Lee Jiok Sin, 28 tahun, seorang kakitangan sebuah syarikat IT, di puncak bukit.
Bagaimanapun, kedua-dua mereka gagal turun setelah tersasar dari laluan asal, menyebabkan mereka menyusuri tebing bukit.
Akhirnya, difahamkan Lilian tergelincir jatuh kira-kira 10 meter ke dalam gaung.
Rakannya yang telah turun ke bawah, segera dihubungi, yang akhirnya membuat laporan polis bagi meminta bantuan menyelamat.
Pasukan penyelamat akhirnya tiba di puncak bukit sejam kemudian ,setelah melalui laluan berbatu serta keadaan tebing yang curam.
Mereka akhirnya berjaya menemui lokasi Lee yang menunggu di salah sebuah puncak bukit setelah mencari kira-kira sejam.
Jam 6.30 petang, gerakan untuk menyelamatkan Lilian yang terperangkap di dalam gaung dengan kecuraman tebing 90 darjah, dimulakan dan keadaan sekitar telah mula gelap.
Letih kerana berpuasa tidak menghalang usaha pasukan penyelamat.
Jam 6.50 petang, saya dan 8 lagi anggota penyelamat , diketuai Ketua Operasi, Lt Muda Shahrul Kama Johari, mula mendaki bukit untuk memberi bantuan tambahan dengan membawa bekalan air mineral, roti dan kurma untuk berbuka.
Akhirnya, ketika masuk waktu berbuka , Lilian berjaya di bawa naik menggunakan tali dan sebuah alat pengusung ke atas puncak bukit.
Lilian cedera ringan , luka-luka di beberapa bahagian badan, keletihan dan mengalami kekejangan otot dan diberikan rawatan awal.
Usaha membawa turun Lilian segera dilakukan, tetapi terpaksa berhati-hati kerana keadaan telah gelap sepenuhnya.
Saya bersama pasukan bantuan akhirnya bertemu dengan pasukan pertama yang sedang membawa mangsa turun, berhampiran dengan puncak bukit kira-kira jam 7-45 malam.
Pergerakan membawa turun Lilian menjadi perlahan kerana mangsa yang agak lemah dan keadaan laluan curam dan gelap, dibantu dengan cahaya lampu suluh.
Kami akhirnya selamat sampai di kaki Bukit Tabur kira-kira jam 9-30 malam
Dan mangsa diberikan rawatan sebelum dibawa ke Balai Polis Taman Melawati untuk membuat laporan.
Apa yang pasti, tiada siapapun antara anggota pasukan penyelamat yang merungut atau mengadu penat kerana berpuasa, kerana tugas sebegini tidak mengenal masa dan situasi.
Nota tambahan:
Bukit Tabur – ketinggian kira-kira 445 meter dari aras laut- merupakan lokasi kegemaran pendaki yang mendapati, pendakian di bukit ini begitu mencabar dan dapat menikmati pemandangan Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, banyak kejadian tidak diingini berlaku di lokasi ini – kematian dan kecederaan parah.
Sila lawat entry kategori Operasi Menyelamat di sini: http://ondscene.my/category/operasi-menyelamat untuk beberapa kes membabitkan Bukit Tabur sepanjang 2 tahun lalu yang disiarkan di dalam blog ini.
Post Lain Yang Berkaitan
11 Comments
You must be logged in to post a comment.





















Salam.
berapa dalam gaung tu yek?
Mangsa OK ke? macam tak bergerak jer.
zezebel recently posted..Tamu in Kota Marudu
Macam Dalam Gila Je Gaung Nih… Nasib Baik Boleh Selamat…
Setakat maklumat yg saya ketahui, dalam gaung tu 150 kaki dari puncak. Mangsa cedera. Apa kecederaan, kita tunggu Abg Sham kita update posting ni. Cuma sedikit pembetulan rasanya, BUKIT TABUH.. bukan TABUR.. Letih sangat ni Abg Sham kita agaknya.. kesian.. rehat-rehat lah dulu.. kami tunggu update..
Syabas JPAM Dang Wangi dan PDRM Taman Melawati. Job well done!! AGAIN !!
Tak lupa syabas Abg Sham!! Untuk berita yg terkini…
Syabas kpd anggota JPAM…
Syabas kepada anggota JPAM..
leh tahan gak comey salah sorang tu.. heee
Syabas dan Tahniah kepada semua…
Abg Kay (9W2BZT) recently posted..Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan
tahniah…..
Good job everybody…..
sblm aku sedar btapa pentingnya report polis utk riadah2 cmni.
aku pernah daki bukit tabur ni. dgn housemate aku.
mujur aku selamat. mmg bukit tabur ni bnyk gaung antara puncak.
nk panjat puncak2 pn bahaya..
aku start daki pkl 8, turun bukit pkl 11/12 kot.
y aku pelik ada mamat sorang ni 2 kali potong ktorang ms daki.. xpert benor… mcm joging lak
jpam the great..
[...] Foto-foto di dalam entry ini menggunakan gambar fail di dalam kes di lokasi sama bertarikh 29 Ogos 2010 [...]