Operasi Menyelamat Lembu Lemas -Penyelamat Bergelumang Air Najis Lembu

Kg Sg Kertas
Gombak, Selangor
23 Sept 2009
9 malam
Lebih sebulan lalu, (14 Ogos 2009) saya ada membuat liputan kebakaran di lokasi sebuah tapak pembuangan sampah haram di Kg Sg Kertas, Gombak.

Ketika itu, kebakaran telah berlaku sejak beberapa hari sebelumnya.

Dan seperti dijangka, kawasan itu boleh menjadi ‘bom-jangka’ kerana kebakaran dan timbunan sampah yang tingginya mencecah hingga 40 meter itu boleh runtuh bila-bila masa.
Akhirnya, jam 8 malam tadi, saya menerima maklumat bahawa kejadian benar-benar berlaku.

Dan mujur tiada kemalangan jiwa berlaku pada manusia, tetapi sebaliknya berpuluh ekor lembu dan kambing ternakan menjadi korban.
Kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam apabila timbunan sampah terbabit tiba-tiba runtuh ketika api sedang marah membakar di bawah timbunan sampah terbabit. Runtuhan jatuh ke dalam beberapa kolam takungan air menyebabkan airnya melimpah lalu memasuki kawasan ladang ternakan bersebelahan.

(Laporan media seperti Bernama dan Utusan Malaysia menyebut ianya sebagai empangan. Sebenarnya tiada sebarang empangan di sini, tetapi sebaliknya adalah kolam takungan air untuk haiwan ternakan minum. Kedudukan kolam takungan ini agak tinggi dari ladang lembu di sebelanhnya menyebabkan limpahan air itu menakungi ladang terbabit setinggi lebih dua meter.)

Kejadian berlaku dengan pantas menyebabkan banyak lembu yang tidak sempat diselamatkan lalu tenggelam bersama lautan sampah-sarap dan air yang hitam pekat.
(Ladang ternakan lembu dan kambing ini tidak diketahui status sebenarnya samada berlesen, diluluskan, mendapat kebenaran siapa atau juga atas kelulusan siapa membinanya)
Ketika kejadian terdapat kira-kira 300 ekor lembu dan 200 ekor kambing di kawasan ladang ini.

Gerakan menyelamat dilancarkan serta-merta membabitkan anggota polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan anggota Bomba dan Penyelamat.

Memandangkan keadaan yang gelap dan tebing yang curam, operasi menyelamat lembu-lembu terbabit menjadi sukar.
Dua anggota penyelamat dari Jabatan Pertahanan Awam kemudian turun meredah air bernajis, hitam, pekat dan berbau busuk itu untuk menyelamatkan lembu-lembu yang tenggelam dan terperangkap itu.

(Malangnya, ketika usaha murni dilakukan anggota penyelamat, ada beberapa suara sumbang dari mereka yang dipercayai pemilik lembu, mempertikaikan usaha itu kerana tidak berpuashati penyelamat membawa lembu yang selamat itu ke tebing berdekatan yang agak tinggi dan menyukarkan lembu dibawa ke daratan. Alasan mereka, lembu sepatutnya ditarik ke tebing di seberang yang jaraknya begitu jauh kerana tebing itu agak landai.tanpa memikirkan risiko keselamatan anggota penyelamat.)

Operasi akhirnya dihentikan kira-kira jam 12 tengahmalam setelah penyelamat berpuashati tiada lagi lembu yang dapat diselamatkan atau terperangkap.
Ketika ini dianggarkan kira-kira 100 ekor lembu dan kambing lemas atau hilang, dan berpuluh ekor lagi berjaya diselamatkan , manakala ratusan ekor lagi berjaya menyelamatkan diri…

Dan, adakah berbaloi bagi anggota penyelamat, bergelumang di dalam air najis lembu dan bercampur air sampah-sarap yang hitam pekat, kemudiannya usaha mereka dipertikaikan pula…

Post Lain Yang Berkaitan

6 Comments

  • Pada 2009.09.25 09:54, Hidayah Baik menulis:

    aghh tidaaaaakk.. aku ngah makan tetiba baca entry ni plak.. x(

    • Pada 2009.09.25 17:22, Anonymous menulis:

      Sedangkan kerja polis pun skrg ni dipertikai, apalagi anggota penyelamat..x bersyukur punya org..kenapa x suruh je org yg bising tu buat sendiri..baru kata anggota penyelamat kejam

      • Pada 2009.09.26 16:03, lol menulis:

        mangkuk betul la pemilik lembu yg bising tu …bomba datang tolong selmatkan lembu tu pun bukan nak tunjuk sikit rasa terima kasih . Biar lemas je lembu tu klu duk bising je dia punya pemilik.Lepas padam api terus blah hehe

        • Pada 2009.09.27 14:37, ondscene menulis:

          hidayah- nasib baik baca entry ni, takde bau-2 tu yg kelaur…

          anon- nanti satu kerja pulak nak menyelamatkan mamat2 tu pulak…

          lol- itulah yg sepatutnya…

          • Pada 2009.10.02 18:50, shahpaskal menulis:

            apalah Bernama ni, selalu salah report, siapa reporter bangang dari bernama ni

            • Pada 2011.01.27 16:18, Gua menulis:

              Sian dia org kan…bertungkus lumus memberi pertolongan..usahkan mengucap terima kasih malah mengkritik pulak!!!

              You must be logged in to post a comment.