Bukit Tabuh,
Taman Melawati, Ampang,
Selangor
14 Oktober, 2008
Bagi kumpulan penuntut Institut Senilukis Malaysia atau Malaysian Institute of Arts , mendaki Bukit Tabuh di Empangan Klang Gate bukanlah sesuatu yang baru.
Telah beberapa kali mereka mendakinya dan kedudukannya juga terletak tidak jauh dari kampus mereka di Taman Melawati.
Pagi tadi, kira-kira jam 7-30 pagi, lima dari mereka bercadang untuk beriadah sambil menikmati pemandangan Kuala Lumpur dari puncak bukit terbabit.
Pendakian pagi tadi agak sukar kerana cuaca yang sentiasa hujan menyebabkan laluan menjadi licin dan basah.
Dan seperti kebiasaannya, sepertimana pendaki-pendaki tegar lain, mereka tidak melaporkan aktiviti pendakian ke Balai Polis Taman Melawati kerana beranggapan tidak perlu.
Antara sebabnya, bagi mereka, Bukit Tabuh bukanlah bukit yang tinggi dan mampu sampai ke puncak dalam tempoh setengah jam jika melalui trek yang betul dan selalunya tidak pernah menjangkakan sesuatu yang buruk akan berlaku.
Malangnya, mereka tidak pernah mengambil iktibar tentang betapa banyaknya kes-kes kemalangan berlaku di lokasi yang sama setiap tahun dan ada yang membawa kematian.
Kira-kira jam 9-30 pagi, kumpulan lima penuntut terbabit hampir sampai di puncak.
Untuk melihat pemandangan arah Kuala Lumpur, mereka perlu menuruni tali arah ke sebuah lembah di mana tali panduan memang telah sedia dipasang oleh pendaki terdahulu.
Malang sekali, apabila ketika Lim Siew Ching, 21 tahun, tiba-tiba terlepas pegangan pada tali tersebut menyebabkan dia terus terhumban ke arah lembah.
Lim jatuh di atas rimbunan beberapa batang pokok sebelum terhempas ke atas batu pada ketinggian kira-kira 100 kaki atau kira-kira 30 meter.
Akibatnya, gadis terbabit cedera parah di kepala.
Lim juga pengsan dan tidak bermaya dan muntah darah.
Pendarahan yang banyak di kepala menjadikan keadaan bertambah genting apabila mangsa tidak dapat dikeluarkan oleh empat lagi rakan mereka kerana keadaan tebing yang curam dan merbahaya.
Situasi itu disedari dua pendaki suami isteri yang kebetulan melalui laluan yang sama dan bertindak menghubungi polis.
Polis kemudian meminta bantuan menyelamat dari Jabatan Pertahanan Awam JPA3 Kuala Lumpur.
Bertindak atas maklumat, operasi menyelamat dilancarkan serta-merta membabitkan 15 anggota penyelamat dan perubatan JPA3 dan 5 anggota polis Balai Taman Melawati.
Penyelamat tiba di lokasi kejadian kira-kira sejam kemudian, dan setelah melakukan rawatan, mangsa dibawa turun.
Walaupun menghadapi kesukaran, mangsa akhirnya selamat tiba di kaki bukit dengan dibawa menggunakan sebuah pengusung kira-kira jam 1 tengahari.
Lim dibawa ke Hospital Ampang Puteri untuk rawatan lanjut.






Bukit Tabuh oh Bukit Tabuh… Popular sgt nko dari Bukit Goh di Kuantan… Lapar ek?? Nak makan darah??
eXception – Bukan Sekadar Blog Picisan
[...] http://ondscene.my/2008/10/14/parah-jatuh-ketinggian-30-meter/ [...]
bukit taboh..senang cerita macam ni lah. disana tu ada pontianak. ada hantu rimba. ada hantu air. senang cerita tempat jin bertandang. ramai dah mati. terlalu ramai. kalau nak dikira memang tak nampak macam satan’s yang makan. hakikatnya itulah yang terjadi. aku pun tidak dah lama mati. mungkin ajal belum sampai. dulu masa aku muda muda dalam belasan tahun aku dah mula masuk dalam hutan sekitar empangan. mancing ikan. ikan dia tak hanyir. kalau orang yang penah makan ikan kat empangan tu mesti setuju dengan aku. kisahnya macam ni… suatuhari tu aku pergi mancing sesorang diri. masa aku lalu denai dalam hutan tu batang pancing aku hilang. aku ikat batang pancing tu kat beg aku. 2 jam aku jalan sesorang dalam hutan tu. aku pun tak tahu sebab aku aku berani sangat. sampai di port pancing aku dapati pancing aku hilang. aku patah balik cari pancing aku kat denai tu. waktu tu dah nak petang. penata aku ulang alik cari pancing tu. menyumpah seranah aku dalam hutan tu. aku bebetul marah. nak hampir senja baru aku jumpa pancing aku. terletak elok kat tepi pokok senduduk. semasa aku ulang alik cari pancing aku memacan aku dengar. suara orang menangis. ular tedung selar turun bukit melintas depan aku. nak pergi minum air agaknya. aku tak fikir apa apa. akhirnya kerana dah nak malam aku pun balik. jalan dah gelap. maklumlah dalam hutan. akhirnya kau selamat. sekarang ni kalau aku fikirkan memang ngeri. apasal aku pergi sana. bodohnya aku. seminggu lepas peristiwa itu aku dengar orang cerita jumpa pontianak kat rumah berhampiran empangan. puas aku fikirkan. adakah yang menangis tu pontianak. adakah ular tu ular betul. kenapa ular tu tak patuk aku. ular tedung selar. besar. kenapa batang pancing aku terletak elok kat pokok senduduk. allah sayangkan aku agaknya.
banyak pekara yang terjadi dalam empangan klang gate. aku pernah tidur dalam empangan klang gate. tiap cuti sekolah aku akan masuk dan tidur dalam empangan klang gate. tak ada empangan yang kelihatan sebegitu cantik sewaktu malam. ngeri kalau difikirkan sekarang. aku nasihatkan janganlah masuk dalam empangan klang gate. fikir habis habis. kalau sesaja nak lihat keindahan pergi tempat lain. tak aku nafikan empangan klang gate memang cantik. ikan lampan dia besar talam. ikan toman dia besar batang pinang. kalau jalan 2-3 jam menyusuri anak sungai dia , kita akan dapat lihat kelah warna tembaga. atas sana macam kolam kolam. air mengalir atas akar kayu. tapi awas ada pak belang. 100 pekara aku boleh ceritakan tentang klang gate. sesuatu yang pasti.. ikan dia memang besar. ada cara nak tangkap. satu cara dia ialah.. port boat tengah tasik. air tenang. kalau nampak toman bawak anak tolong siap sedia. start engine. berkocak aja air/anak toman lompat.. cepat cepat baling rapala perut oren. kalau nasib baik dapat sebabrau 3-5 kilo. toman sana dengan sebarau musuh ketat. seronok kalau diperhatikan. mak toman akan pertahankan anak anaknya. bapak sebarau 10-15 ekor mengamuk makan anak toman. ini bapak sebarau tau. labi labi dia aku ingat besar 2 talam ada kot. memerang dia gemok gemok. tapi tong jangan tahan rawai. kesian memerang. jangan kagum dengan mainan empangan klang gate… hati hati. terutama anak itik/burung. jangan kejar. kerana burung/anak itik akan bawa korang ke tengah tasik. ini email aku..limalimasembilanlima@yahoo.com … apa yang aku ceritakan ini adalah berdasarkan pengalaman aku sebenar. aku pun taknak percaya sangat pekara sebegini..mungkin boleh dijadikan pengajaran.