Sesuaikah Angsana Sebagai Pokok Hiasan?

Taman Tenaga
Cheras
Kuala Lumpur
20 Dis 2009
4-30 petang
Saya bukan pakar atau pengkaji atau belajar bidang botani.
Nama pokok ini pun saya tak tahu sehingga diberitahu oleh seorang kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, DBKL, pokok ini ialah pokok angsana.
Ok, dari pemerhatian, pokok ini tiada akar tunjang, iaitu akar yang menjalar menyelinap ke dalam tanah untuk ‘memegang’ pokok itu.
Itu apa yang saya nampak dan orangramai dalam kes ini.
Kejadian ini berlaku kira-kira jam 4 petang tadi di kawasan gerai Taman Tenaga , Cheras.
Seorang warga emas, yang juga peniaga di sini, cedera di beberapa bahagian badan apabila pokok sepanjang kira-kira 20 meter ini tumbang.
Mohd Saleh Baharom, 63 tahun, cedera di kaki, tangan, kepala dan belakang badan apabila dahan dan ranting pokok menimpanya.
2 buah kereta dan sebuah van turut mengalami kerosakan, dan bumbung 3 gerai dihempap dahan pokok.
Gerai ini telah wujud kira-kira 25 tahun lalu, dan pokok angsana ini memang telah sedia ada ketika itu.
Dan, ketika kejadian, sebenarnya tiada sebarang hujan, ribut atau angin melanda kawasan ini – pokok ini tumbang secara tiba-tiba.
Saya rasa, pokok ini tidak sesuai dijadikan sebagai pokok hiasan kerana strukturnya yang tidak sesuai dan ia juga bukan jenis rendang yang boleh meneduhkan sesuatu kawasan.
Daunnya nun jauh di atas dan mungkin ia hanya sesuai sehingga usia 15 tahun, kemudian ditebang.

Post Lain Yang Berkaitan

9 Comments

  • Pada 2009.12.20 16:53, Avatar menulis:

    tempat iasa pot nih. x dinafikan pokok ni mmg jenis yg slalu tumbang..

    kira² 20 tahun yg lalu.. pokok sama penah tumbang jgak depan rumah.. lepas ujan trus tumbang.. alhamdulillah x menghala ke rumah.. menghala ke arah jalan.. ramai2 bomba & dbkl dtg potong pokok.. mase kecik² dulu slalu jadi tom sawyer buat pondok atas pokok jenis ni.. hehe

    • Pada 2009.12.20 23:30, hayati menulis:

      Ini malang tidak berbau namanyer..pokok mmg cantik..waktu hari panas mmg elok wat tmpt berteduh.Pokok ni dah terlalu tua…sepatutnye tebang dr dulu lagi mcm kat skolah anak sy…bnyk yg dah ditebang sebelum perkara yg tak dingini berlaku…pihak2 yg bertanggungjawab kene prihatin r sikit…!!!!

      • Pada 2009.12.21 00:14, jawa peranakan menulis:

        rock never die

        • Pada 2009.12.21 01:43, mat ten menulis:

          sape punye krete da tu.. die punye insuran komfem x cover.. huuu

          • Pada 2009.12.21 02:25, kakcikseroja menulis:

            Sakit-sakit pun, pokcik tu ttp rock! :)

            • Pada 2009.12.21 04:08, PUTUBAMBU menulis:

              memang malang tak berbau..

              kalau putu ngan hubby dan baby tak beredar dari situ sampai kul 4.. mungkin kami lah mangsanya kat situ..

              actually, kami berada di sana dlm kul 1 lebih sampai kul 2 lebih kerana memberi barang2 keperluan dan lauk-pauk di situ.. (kat situ mmg byk org beli lauk masakan yg murah dan sedap)

              dan kami parking betul2 berhampiran atau selang beberapa lane parking dari pokok yg tumbang tu..

              masa kami balik kul 2 lebih petang tu.. hujan rintik2 baru jek turun beberapa titik..

              tak sangka tak lama lepas tu ada pokok tumbang di situ.. sungguh tak sangka..!

              • Pada 2009.12.21 04:18, PUTUBAMBU menulis:

                bang, mintak gambar sekeping bubuh dlm blog saya yek.. (sambil promote blog abg)

                tq

                • Pada 2010.01.07 05:12, Anonymous menulis:

                  kalau tengok gambar, pokok tu dah mula reput. Maybe pokok pun ada expiry date kot :)

                  • Pada 2011.05.03 16:25, hasimism menulis:

                    Saya terpanggil untuk memberikan komen tentang kejadian pokok tumbang yang kerap berlaku di mana-mana sekarang terutamanya dalam suasana cuaca yang ekstrim dan tidak menentu sekarang. Saya adalah seorang ahli arbor bertauliah terlibat di dalam industri landskap dan pengurusan hutan di bandar di Malaysia. Kami ni dari spesies yang baru dan ramai yang belum mengenali kami. Setakat ini di Malaysia ada lebih kurang 60 orang sahaja……..!
                    Sebenarnya pokok angsana ni adalah sejenis pokok yang ditanam di Malaysia sejak zaman penjajah British lagi. Ia adalah sejenis pokok yang digunakan sebagai pokok teduhan di kawasan bandar dan taman-taman bersama dengan beberapa jenis poko lain seperti Hujan-hujan, saga, mahogoni dan banyak lagi…..! Semua pokok-pokok ada keistimewaan sendiri serta kelemahannya. Samada dari segi bentuk, arkitektur dan strukturnya. Begitu juga dengan fungsinya.
                    Saya nak ulas terus mengenai kesesuaian pokok ini sebagai pokok teduhan di kawasan perbandaran. Ianya boleh digunakan untuk tujuan itu. Cuma perlu ruang pertumbuhan dan perakaran yang secukupnya bagi pertumbuhan yang sempurna. Masalah yang berlaku tu disebabkan ruang akarnya yang sangat terhad menyebabkan pokok tiada keseimbangan disebabkan akar tidak dapat berkembang dan memberikan sokongan kepada berat kanopi/silara pokok. Pokok angsana tidak ada masalah cuma pengurusan yang tidak betul = tidak menyediakan ruang akar yang secukupnya kepada pokok. Satu lagi pokok kena dibuat pemeriksaan dan penyelenggaraan seperti pemangkasan secara berjadual. Bukannya tanam tinggal dan tengok bila tumbang….!

                    TQ

                    ISA Certified Arborist, MY0221A

                    You must be logged in to post a comment.