Hulu Selangor
30 November 2008
Bagai suatu kuasa ajaib, seorang ibu sanggup meredah timbunan tanah, lumpur, batu, kayu dan ditambah kegelapan , semata-mata untuk mendapatkan bantuan setelah kediaman mereka runtuh ditimpa runtuhan tanah.
Dari segi lojik akalnya, memang mustahil perkara itu dapat dilakukan oleh kita , tetapi kuasa Allah memberikan kekuatan kepada ibu terbabit.
Dan akhirnya, setelah lebih sejam bergelut dengan lumpur dan tanah jerlus, dan berlari berkaki ayam menuruni bukit ,ibu terbabit , Azizah Madun berjaya sampai ke sebuah Resort untuk meminta bantuan, kira-kira tiga kilometer dari rumahnya .
Dan di masa sama, si ayah pula sedang berusaha mencari lima anaknya di dalam runtuhan rumah mereka.
Dan akhirnya, hanya tiga anaknya yang ditemui, manakala dua lagi gagal dikesan.
Semuanya berlaku dengan pantas kira-kira jam 5-30 pagi tadi di Jalan Belida 1, Ulu yam Perdana, Hulu Selangor.


























Dan ketika mayat tiba di kaki bukit, suasana amat menyayat hati apabila ibu mereka, Azizah hampir pengsan melihat jenazah anak mereka.











tu lah namanya emak, bukan setakat meredah gelap berkaki ayam, nyawa pun akan sanggup ditukar ganti kalau boleh
itulah kasih ibu..hanya kasih Allah sahaja yang mampu mengatasi kasih seorang ibu..
antara perkara yang boleh kita jadikan iktibar dalam kejadian ini ialah :
i) elakkan berumah di kawasan berisiko seperti di lereng2 bukit..
ii) elakkan berumah di kawasan yang terpencil dan jauh dari masyarakat..Islam menggalakan kita berbaik-baik dengan jiran..antara sebabnya ialah jiranlah orang yang paling dekat dan paling mudah dihubungi sekiranya berlaku kecemasan..tapi kalau dah tinggal terpencil,macam mana nak ada jiran..
apapun..alfatihah kepada semua mangsa..semoga roh mereka ditempatkan bersama kekasih Allah..
ix – betul ix, kasih ibu yg tak ternilai harganya…
memang tragis kisah ini, utk kita teladani…
tuan jawa – pandangan anda memang betul.
hidup berjiran juga amat penting, tetapi jika tempat tu memang tak de jiran, itulah masalahnya.
Tapi En Roslan sepanjang saya bersama dia sepanjang operasi mencari anaknya, dia memang seorang yg amat tabah…
Itulah kekuatan yang ada pada kita jika kita redha dengan apa yang berlaku adalah takdir Illahi.
Al fatihah, Amin…