Jalan Imbi
Kuala Lumpur
16 Januari 2013
8.30 malam
Menjadi pelayan pelanggan GRO di negara ini tentu mendatangkan hasil yang menakjubkan, menjadikan negara ini lubuk kepada wanita warga asing untuk ‘berkhidmat’.
Kedatangan mereka bukan melalui laluan tikus atau diseludup melalui tongkang atau disorok ke dalam bonet kereta.
Dengan berbekalkan pas lawatan sosial dan ada juga yang tinggal melebihi masa, mereka melakukan pekerjaan ini kerana mereka tahu ianya mendatangkan habuan lumayan.
Dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Imbi oleh Unit Tindakan Jabatan Imigresen Malaysia Putrajaya, berjaya menahan 46 wanita warga asing berusia 20 hingga 30 tahun yang dipercayai menjalankan kegiatan tidak bermoral.
Menurut Timbalan Penolong Pengarah Kanannya, Mohd Izzat Mohd Jamil, 41 wanita warga Vietnam, 3 wanita warga China dan seorang wanita warga Kemboja bersama seorang wanita tempatan berusia lingkungan 20-an yang bertugas di bahagian kaunter, berjaya ditahan selepas intipan dan risikan selama seminggu dilakukan.
Pusat hiburan sama pernah diserbu Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman, sekitar Oktober tahun lalu, namun mereka didapati masih meneruskan kegiatan ini.
Siasatan lanjut dilakukan mengikut Peraturan 39B Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan semua wanita warga asing ditahan di depoh tahanan Semenyih untuk tindakan lanjut.











Assalam, moga dapat menahan nafsu huuu. Pejamm mata
Semua tak pakai bra. tak malu sungguh. Di negara sendiri tidak berani buat kerja begini.
Persoalan, adakah jabatan imigresen blacklist kedatangan mereka jika meraka ingin memasuki Malaysia buat kali kedua selepas ditangkap?
mungkin dengan blacklist mereka dari memasuki Malaysia dapat mengurangkan ‘ayam2 asing’ ini.
saya mmg kurang berminat kalau cerita pasal gro..sebabnya, pihak berkuasa asyik tunjuk yg tersurat je, yg tersirat tak pernah nak dedah..
contoh mcm 999 at tv3, frankly saya ckp tujuan 999 ni adalah nk menunjukkan pihak berkuasa buat kerja…pdhal kejadian yg sama asyik berulang..
bagi saya kalau nk selesaikan satu2 masalah tu hendaklah dari akarnya..
hmm,
biasa la…..kakitangan gomen Malaysia….Malaysia antara satu satu negara yg mempunyai nisbah kakitangan kerajaan/rakyat paling tinggi. tapi produktiviti adalah antara yang terendah.
pelik bukan?