Ops Roda Tiga
1 Sept 2010
Mereka berstatus pelarian, hampir semua adalah berugama Islam, dan memiliki ID yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tinggi Pelarian Bangsa-bangsa Bersatu UNHCR.
Terdapat 3 kategori utama yang boleh kita temui mereka di Lembah Klang.
1- sebagai peniaga sayur-sayuran dan bahan basah terbuang di Pasar Borong Selayang/Kuala Lumpur
2-pengemis yang biasanya adalah wanita dan kanak-kanak
3.mengutip besi buruk menggunakan motosikal roda tiga
Mereka merupakan pelarian Rohingya dari Myanmar yang melarikan diri sejak lebih 15 tahun lalu dari cengkaman junta tentera di Burma @ Myanmar.
Di Myanmar, etnik Rohingya tidak diiktiraf kewujudan mereka malah mereka dianggap sebagai tidak mempunyai negara.
Mereka melarikan diri ke Malaysia kebanyakannya melalui Thailand.
Ada yang mendakwa, jika mereka pulang ke Myanmar, kematian adalah jawapannya.
Di negara ini, atas dasar belas ihsan, Malaysia menerima kemasukan pelarian-pelarian ini untuk tinggal sementara di sini, sehingga keadaan negara mereka membenarkan mereka pulang.
Namun, apa yang berlaku, mereka sebenarnya kini telah menjadi sebahagian dari penduduk di sini secara tidak langsung dan mempunyai anak yang dilahirkan di sini.
(Bagaimanapun, jangan tersilap dengan warga Myanmar yang kebanyakan bekerja di kilang-kilang. Mereka adalah warga Myanmar yang datang ke negara ini samada secara sah atau PATI dan puratanya, mereka bukan berugama Islam.)
Untuk maklumat lanjut tentang Myanmar, sila lawat blog atau hubungi rakan bloggers, Alid Yangon yang pakar mengenainya dan mempunyai banyak pengalaman di sana :
Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, makin banyak masalah yang ditimbulkan oleh kumpulan ini yang dianggarkan ratusan ribu di negara ini.
Kes-kes jenayah kecil seperti mencuri telah banyak dilaporkan. Kemalangan jalanraya dari kes motosikal roda tiga sehingga membabitkan nyawa juga berlaku.
Apa yang pasti, semua mereka tidak mempunyai lesen memandu atau lebih tepat, tidak dibenarkan memiliki lesen memandu.
Mereka ramai yang tinggal di kawasan sekitar Ampang.
Berikutan banyak aduan diterima sejak akhir -akhir ini peningkatan kehilangan banyak besi penutup longkang, pagar-pagar besi dan pelbagai harta awam, serta gangguan lalu-lintas serta barangan yang tercicir dari motosikal, satu operasi membabitkan pihak berkuasa dilakukan.
46 penunggang dan 46 motosikal roda tiga disita dalam operasi bermula 7 pagi hingga 1 petang membabitkan Polis Trafik IPD AMpang Jaya, MPAJ dan JPJ.
Hasil siasatan, motosikal ini adalah disewa dari individu atau pihak tertentu dengan kadar antara RM10 ke RM30 sehari.
Ujian air kencing juga mendapati, 5 dari mereka positif dadah jenis heroin, manakala seorang didapati memiliki kad UNHCR palsu.
butiran lanjut menyusul
Post Lain Yang Berkaitan
7 Comments
You must be logged in to post a comment.









Kalau Mereka Di Sini Tak Kacau Orang Kira Boleh Di Tolak Ansur Lagi La… Cuma Segelintir Dari Mereka Sering Membuat Kacau… Contoh, 5 Daripada Mereka Positif Dadah.. Yang Tu Yang Selalu Buat Kacau Tu…
aReaL,
aReaL recently posted..Maizawati Hanya Menang Anugerah Fotogenik Bagi Pertandingan Mrs Beauty Malaysia 2010
Kalau kawasan Selayang memang majoriti warga Myanmar – ada Pasar Borong Selayang dan Pasar Borong Kuala Lumpur.
Macam api, bila dah merebak sukar dikawal.
Kujie recently posted..Macamana Nak Buat Duit Dengan Twitter & ChurpChurp
Kadar masuk pendatang ni perlu dikawal dengan satu sistem yang lebih efektif bagi negara.Bukan sekadar membawa masuk untuk dijadikan buruh sahaja, lepas tu mereka bebas membuat apa saja.Perlu ada sesuatu yang dapat mengawal mereka ni.
Kalau tak, kita boleh tunggu dan lihat dalam 30 -40 tahun lagi, silap silap ahli politik pon derang ini boleh jadi.
Bento Malaya recently posted..Buffet Ramadhan 108 – Warung Kita- Ancasa Hotel & Spa
Malaysia kan baik hati
Ini la padahnya
Yang menumpang pun tak tahu bersyukur
h4ni3 recently posted..53 1-7
Dorang ni memang berani kan?
dah la masuk negara orang secara haram, senang-senang jer buat bisnes kat negara orang. macam negara kita tiada undang-undang.
zezebel recently posted..My hand need lotion
jawapannyer senang jer “RASUAH” tiada penerima rasuah maka dia org ni akan hormat dgn undang2 malaysia, bila ada yg menerima “rasuah” umpama menjadi hamba kepada org yg memberi rasuah akan menjadi berani tidak takut dgn undang2 malaysia,
salam bro..
sbg penduduk ampang, saya memang suke ops ni diadakan…mereka bawa motor tanpa topi…duduk ramai2 dalam tempat letak barang tuh..memang sangat bahaya…lagi satu, kehadiran mereka membuatkan ampang nampak seperti negara orang asing…dengan mynmar, bangla dan indon yang bersepah..kalau naik bas, majoriti adalah warga asing..saya harap sangat kalao ade pihak berkuasa yang bace komen nih, buat operasi utk cek balik mereka nih PATI ke dtg dengan izin..terutama sekali kat taman tasik, tasik permai, sri nilam, lembah jaya..
mira recently posted..the person i call u love