Samun – Wanita Terselamat – Pistol Penjenayah Tiba-tiba Tidak Berfungsi

Desa Melawati,
Kuala Lumpur
31 Dis 2011
5 petang
 

Sukar untuk dipercayai malah ia bagai satu keajaiban – di saat-saat genting seorang penjenayah cuba menembak tepat ke arah mangsa samunnya, tiba-tiba pistolnya tidak berfungsi…

Itulah saat genting yang dihadapati seorang wanita apabila 2 lelaki bersenjatakan sepucuk pistol, tiba-tiba menyerbunya di hadapan rumah dalam kejadian samun ke atasnya. Baca Seterusnya… Samun – Wanita Terselamat – Pistol Penjenayah Tiba-tiba Tidak Berfungsi →

Suami Isteri Maut – Kereta Rempuh Besi Penghadang Lebuhraya

KM 419.5
Lebuhraya Utara Selatan
arah Selatan
Bukit Tagar, Hulu Selangor
31 Dis 2011
2.30 pagi
 

Nama mangsa : Mohd Zakri Othman -56 (suami), Latifah Hashim, 48 (isteri)

Laluan Bayangan Maut meragut 2 nyawa di penghujung tahun 2011 ini dan berlaku dengan begitu tragis sekali. Baca Seterusnya… Suami Isteri Maut – Kereta Rempuh Besi Penghadang Lebuhraya →

Perhatian Kepada Pengguna Lebuhraya Karak

Minggu ini sekali lagi cuti hujung minggu berlanjutan sehingga hari Isnin , dan ketika inilah ramai mengambil kesempatan bercuti panjang terutama pulang ke kampung.

Bagaimanapun, dalam kegembiraan menyambut cuti terutama sambutan Tahun Baru 2012, keselamatan di jalanraya mesti diambil berat.

Dalam tempoh 2 hari lalu, lebih 1o kemalangan jalanraya berlaku di laluan Lebuhraya Karak yang kebanyakannya membabitkan kejadian di laluan paling kanan.

Jangan terkejut, kerana dari maklumat yang saya kumpulkan, kemalangan kelihatan seolah-olah sengaja dirancang pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

Serpihan. ketulan besi diantara penyebab kemalangan ini yang boleh menyebabkan tayar kenderaan anda pecah dan juga anda hilang kawalan lalu terjadinya kemalangan.

Kejadian kebanyakannya dilaporkan berlaku di waktu malam.

Oleh itu, sila berhati-hati ketika memandu, tidak kira di mana anda berada.

Juga sila ambil perhatian pada laluan di kawasan Bayangan Maut dan Laluan Sakaratul Maut.

Selamat bercuti dan selamat kembali.

Nota: Lebuhraya Karak adalah sepanjang 60km bermula di KM 19.2 Plaza Tol Gombak sehingga KM 79.2 di Sg Dua, Karak.

Khaya Senegalensis Tumbang Hempap 5 Kereta

Jalan Raja Dr. Nazrin Shah,
Ipoh, Perak
29 Dis 2011
8 pagi
 

Khaya Senegalensis  (African Mahogany), spesis pokok berasal dari benua Afrika ini, banyak ditemui sebagai pokok hiasan di bandar-bandar.

Dan pagi ini, makcik Khaya ini tumbang – kejadian dipercayai berlaku apabila saluran paip bawah tanah pecah menyebabkan pokok setinggi 50 meter ini menimpa 5 buah kereta. Baca Seterusnya… Khaya Senegalensis Tumbang Hempap 5 Kereta →

Lori Langgar Teksi Langgar Van

Alam Damai,
Cheras, Kuala Lumpur
29 Dis 2011
12.30 tghri
 
Kemalangan ini nampak teruk.