Bukanlah sesuatu yang mengembirakan jika anda menjadi bahan berita dalam ondscene…
Salam hormat
Saya ucapkan jutaan terimakasih atas sokongan anda semua dan menjadikan saya rasa serba-salah untuk menutup blog yang baru berusia 2 tahun ini.
Dari segi wang ringgit, saya tidak mendapat apa-apa, tetapi saya benar-benar berharap blog ini sedikit sebanyak dapat memberi menafaat,pengajaran dan juga ilmu kepada kita semua.
Bermula dari hanya catatan peribadi dan hanya sekadar suka-suka, ianya akhirnya menjadi bahan rujukan banyak pihak, tanpa sebarang publisiti malah tanpa sebarang tempelan di tempat lain.
Biar saya jelaskan situasi saya sebenarnya yang membuatkan saya terpaksa memikirkan untuk menutup blog ini.
Jika anda lihat pada entry di dalam blog ini, hampir keseluruhannya adalah berkisar kejadian di luar (outdoor) menjadikan saya menumpukan banyak masa di atas jalan.
Saya bukan seperti kebanyakan dari kita yang duduk di pejabat dan boleh akses kepada komputer dengan senang.
Jika saya duduk di pejabat, bermakna tidak akan adalah foto-foto seperti yang dapat anda lihat, cuma sekadar tulisan tanpa foto.
Itu sesiapapun boleh buat blog sedemikian, atau paling mudah, copy paste dari mana-mana sumber.
Jadi, apabila ada komen-komen yang ‘membahayakan’ saya sendiri, dan ketika itu saya berada di lokasi, mana sempat untuk saya pantau dan delete.
Bagaimanapun, saya sentiasa memantau komen-komen melalui telefon bimbit yang kadang-kadang saya terpaksa singgah di mana-mana lokasi, untuk dapat membaca komen yang agak sensitif dan menilainya segera.
Untuk menutup ruangan komen sepenuhnya, saya rasa tidak adil kepada anda pembaca. Banyak input yang boleh dikongsi melalui komen anda sebenarnya.
Untuk moderate komen, kemudian baru dipublish, itu juga tidak berapa sesuai kerana mungkin saya tidak berkesempatan untuk online dalam tempoh yang lama, menjadikan mungkin ada komen mengambil masa lebih 24 jam untuk dipublish.
Ondscene mempunyai pembaca dari semua peringkat, latarbelakang ugama, politik, kerjaya dan usia.
Samada anda dari UMNO, PAS,PKR,DAP,PBS, Gas, Amnonia, atau apa saja pegangan politik anda, tidak menjadi masalah kepada ondscene.
Saya lihat banyak bahan dari ondscene digunakan oleh pelbagai blog politik , cuma nasihat saya,jangan politikkan bahan yang anda ambil dari blog ini.
Artikel
Saya sedang menyiapkan kira-kira 10 artikel mengenai keselamatan jalanraya, kajian/analisis keadaan jalanraya dan juga jalan penyelesaiannya dan juga update mengenai Bayangan Maut.
Saya amat berharap untuk dapat menyiapkannya sebelum Aidilfitri ini sebagai panduan untuk kita semua yang akan pulang ke kampung berhari raya.
Satu kes yang agak sensitif sedang saya siapkan yang berlaku di Sarawak. Saya perlu memahami kes yang agak komplikated itu dan memeningkan kepala untuk memahaminya.
Kes ini dijangka membuatkan beberapa jabatan kerajaan dan pihak berkuasa perlu bertindak menyelesaikannya segera kerana selama lebih 10 tahun, tiada satupun pihak yang berjaya menyelesaikannya.
Akhirnya, ondscene diminta untuk membantu untuk meleraikan kekusutan dan kesulitan itu dan saya akan cuba membantunya.
Iklan
Panduan dan rate iklan telah disiapkan, dan akan diumumkan sedikit masa lagi. Ia bukan untuk mencari keuntungan, tetapi lebih kepada untuk menampung kos dan juga upgrade blog ini.
Perancangan
Blog ini hampir keseluruhannya tertumpu pada kes yang berlaku di Lembah Klang. Saya tidak mampu untuk tiba di lokasi yang jauh tepat pada masanya.
Sebenarnya, banyak kes di negeri lain juga saya mendapat maklumat tidak lama lepas kejadian. Faktor jarak menjadi halangan untuk saya tiba.
Masa bukan menjadi masalah, kerana saya bekerja 25 jam sehari…tetapi jika kes-kes berlaku serentak, ia menyukarkan saya membuat keputusan untuk ke lokasi mana yang lebih penting.
Untuk itu, saya sedang merangka satu plan untuk upgrade kapasiti blog ini menjadi portal berita.
Ondscene pernah ada domain sendiri, ondscene.my, tetapi hanya setahun kerana saya tidak mempunyai banyak masa untuk managenya, jadi sekarang telah tiada lagi.
Cadangan terbaik yang saya fikirkan sekarang ialah, anda sendiri sebagai pembaca mampu menjadi ‘ondscene’ di tempat anda.
Apa yang saya fikirkan ialah, anda boleh menyumbang apa sahaja bahan berita di tempat anda dengan beberapa panduan yang akan saya sediakan.
Jika disiarkan di sini, anda akan diberikan saguhati/bayaran sebagai penghargaan.
Tapi tunggu…!!! Dana belum cukup (takde dana pun sebenarnya)…!!!
AKhir sekali, kita lebihkan bekerja, dan jangan hanya pandai bercakap.
Saya doakan kita semua selamat dalam apa jua yang dilakukan, dan paling penting, berhati-hati di jalan raya.
Bukanlah sesuatu yang mengembirakan jika anda menjadi bahan berita dalam ondscene…
Salam hormat
[email protected]
Kuala Lumpur