Petaling Jaya
Selangor
24 Nov 2010
11 pagi
Nota : Maaf atas kelewetan posting. Hari ini, 25 Nov, saya akan menyertai satu lagi operasi serbuan ke atas sebuah lagi restoran , juga di Petaling Jaya. Insya-Allah, jika ianya berjaya dan ada kes , saya akan siarkan di dalam ondscene.
Foto-foto lain akan menyusul
Restoran ‘vegeterian’ ini memang terkenal di Petaling Jaya.
Ia telah wujud sejak kira-kira 18 tahun lalu.
Sudah terang lagi bersuluh, ianya bukan milik orang Islam, apatah lagi pekerjanya.
Namun, restoran ini merupakan antara pilihan orang Islam yang konon mengamalkan ‘makan sayur’ untuk diet mereka.
Sungguh malang apabila perkara beginipun jika anda hendak menikmati makanan di sini, tanpa befikir panjang.
Jika anda sebenarnya tidak pernah atau tidak berapa ambil endah akan perkara sekeliling, logo Halal yang tertampal di pintu restoran ini sendiri sepatutnya telah menjadi kemuskilan anda.
Logo ini telah hampir 10 tahun dimansuhkan penggunaannya.
Mari kita lawat ke bahagian dapurnya.
Siapakah tukang masak makanan yang anda makan itu?
Mereka ialah warga Myanmar, yang samasekali tidak faham berbahasa Malaysia, dan English hanya tahu sepatah dua perkataan.
Yang pasti mereka mengaku bukan berugama Islam.
Beberapa barangan untuk memasak diperiksa.
Ada juga perencah/ramuan yang diragui kandungannya.
(Ketika operasi ini diadakan, terdapat 1 kumpulan yang hendak makan di sini. Mereka telah duduk dan sedang memesan makanan. Dua wanita Melayu yang menyedari kehadiran kami, datang bertanya, dan setelah dijelaskan, mereka kemudian meninggalkan rakan-rakan lain.)
p/s- laptop belum sempat format lagi…












saya tak pernah makan kat restoran² yang ‘perlu bayar gaya hidup’ untuk nampak urban. Restoran² yang nampak canggih² !
[baca: hulu jin bertendang ni tak ada semua tu ]
byk lagi kedai melayu gatai p kedai cina btpa..hahaha
banyak kedai makanan yang menunjukan tanda HALAL, tapi hakikatnya HALAM..isk.. T_T
sy cadangkan kedai2 yang di serbu dan kompom yang kantoi, paparkan nama kedai coz supaya kita semua lebih berwaspada dan tahu akan selok belok penipuan kedai2 makanan yang HALAM nie…
juga pengajaran untuk tuan kedai agar lebih sedar tentang penguatkuasaan HALAL dalam produk atau makanan. baru la takde buat keje lepas tangan..
betul tuh,
buat apa kalau jakim nak suruh kita berwaspada tapi nama kedai x ditunjukkan.
macam nk suruh kita hati2 guna jalan tapi x bagitahu jalan mana yang elok.
pihak berwajib patut cetak banyak2 contoh2 logo halal yang hanya boleh diguna pakai. ramai org islam jadi macamtu sbb hanya nampak perkataan halal tp x tau logo sebenar. maklumla….bukan semua rajin bukak internet nak cari pasal bende2 camni. nak harap dalam akhbar, baik baca pasal kes accident, bunuh, rogol etc…:P
satu peringatan buat semua, vegeterian food tak semestinya HALAL..
begitu juga mana2 tempat makan yang display ‘No Pork Serve’.. jangan ingat takde Pork semua boleh bedal.. halal bukan hanya sebab tidak menghidangkan Pork.. tetapi banyak faktor lain perlu diambil kira seperti sembelihan dan ramuan/rencah masakan.. beringatlah bila makan diluar.. kalau ragu2, was2.. toksah teruskan.. di Malaysia ni banyak lagi kedai makan yang betul2 dan gerenti halal.
oh, sungguh saya TAK selera..
mai ai, fuhhh mintak2 jauh la
Terkini : Terperangkap 3 minggu dalam tandas
salam…
moga usaha sebegini berterusan..serbu, serbu dan serbu lagik
biar yang bersalah akan kepanasan dan tidak duduk diam…
hehehe
tahniah semua!!
saya sangat-sangat nak tau apa nama restoren kat PJ ni..siapa yang boleh bagi maklumat ni..terima kasih!
Marah tol ngan org² yg nk duit tp tipu org laen.
Bro bgtau je name kdai yg kene attack nie..
kurang ajar punya restoran.
arak tu diguna dalam masakan atau diminum oleh pekerja?
Salam,
Cuba kawan2 compare gambar ni.
http://3.bp.blogspot.com/_cQ4YHvs25yU/S0cIYUYUX6I/AAAAAAAAAL0/TQnHTlqoSjM/s1600-h/Copy+of+A14001.JPG
Adakah restoran yang sama?
WaAllahualam.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1125&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm
Adakah kedai ini? –> http://vege-restaurant.blogspot.com/2010/01/natures-vegetarian-restaurant-in-pj.html
?????
Nature’s Vegetarian Restaurant
No. 9, Jalan 8/1E,
46050 Petaling Jaya, Selangor.
(Nearby PJ Hilton Hotel)
Tel: 03-7956 2275
Business Hour: 11.00am – 3.00pm, 6.00pm – 10.00pm
menipu je keje dorang nih. haihhh
ini yang buat was2 ni..
[...] This post was mentioned on Twitter by mohd aizuddin, Izulman and kujie, Merpati Putih. Merpati Putih said: Restoran Vegeterian – Anda Tahu Apa Ada Di Dapurnya? http://bit.ly/ezwk4u (via @MyOndscene) [...]
pelayan restoran ni org islam ke bukan?… klu bukan islam, maknanya org islam yg dtg makan sini le bodo! tp klu pelayan dier pon islam, maknanya pengunjung tertipu laa dan sepatutnya lesen perniagaan org menipu camni digantung sampia mati!!
Salam…
Harap-harap untuk kes semacam ini di minta supaya pihak yang berwajib supaya MENDEDAHKAN DENGAN TELUS nama restoran yang terlibat. Kalau setakat meletakkan ayat “restoran Vegetarian yang terkenal di Petaling Jaya” tanpa meletakkan nama restoran masih menimbulkan tanda tanya restoran yang mana satu.
Saya rasa pelik dengan sikap sesetengah Melayu yang mengaku Islam ni ; Kalau dah tahu restoran tu bukan milik orang Islam/Melayu, buat apa pergi? Kalau restoran itu konon hanya menghidangkan minuman halal,sayuran atau walau roti sekalipun, kita tidak seharusnya terlalu cepat yakin atau seperti manusia kebuluran – terus saja masuk tanpa usul periksa.
Sebagai orang Islam, kita sepatutnya berasa was-was dengan cara penyediaan makanan atau minuman disitu – samada dari segi cara membasuh atau menyimpannya, kerana mereka itu bukannya orang Islam.
Sikap itu yang membezakan seseorang itu benar2 beriman (Islam ) atau tidak kerana Islam amat mementingkan kesucian, bukan main belasah je.
mesti lebih berhati-hati lagi selepas ni…….kadang2 kedai buruk tepi jalan lebih meyakinkan dari kedai yang gah dgn logo halal besar pinggan ni….
lg satu y sy heran, mlalui pemerhatian, kbiasaannya org pmpuan jek yg berani makan kedai2 cmni.. y llaki tu kadang2 kecuali yg konon2 ada kelas!
cth mudah. tgk prenggan trakhir y bro ondscene post. ckp ada 2 wanita melayu dtg nk makan. biasanya pmpuan2 berani makan kt kedai y was-was ni sbb diorg kan suka test kedai tu kedai ni, boring makan kedai sama tiap hari. tak macam org lelaki, kalau 1 kedai tu.. tiap hari la kedai sama mkn ns lauk sama.
hati-hati le berkenaan dengan makanan, lebih – lebih lagi yang pemiliknya kedai bukan islam. kalau setakat tampal pelekat halal je belum tentu betul. sila periksa dengan menggunakan sms atau check online dekat website halal.gov.my. Kita kena ada usaha untuk pastikan makanan yang kita makan & rezeki yang kita cari ni halal. Kalau asyik nak harap orang je suap semua, susah jugak. Bila kesedaran kurang, jadi la macam saudari melayu 2 orang yang mujur keluar dulu masa order tengah diambil.
boleh tunjukkan tak logo halal jakim yg sebenar, yg sebetulnya. utk elak org keliru. sebab masih ade yg tak tau.
ATAS SEBAB APA NAMA KEDAI TU TAK DIHEBOHKAN??? AKU RASA DIORG NI PEGI BUAT SPOT CHECK SBB DUIT TABUNG DAH ABIS, DH NAK MASUK THN BARU, NK ANTAR ANAK2 SKOLAH ETC…SO BOLE SAMAN BANYAK2…BUKAN LA KITORG NK BAKAR KEDAI TU PON..AT LEAST KEDAI LAIN KAT AREA TU TAK TERKENA LA GOSIP…
kalau waktu Annual Dinner di hotel pun saya resah gelisah memikirkan status halal hotel tersebut
. tapi malangnya kelihatannya hanya sedikit yg merasa resah sdgkan org lain, hentam semuanya. waktu magrib pun mudah di bye-bye kan, ni kan pula bab makanan. sedih sangat.
Salam..
ada satu kedai vegetarian milik hindu yg selalu Ustaz Love nampak org Islam dok masuk makan kat situ.. padahal betul2 berdepan dengan food court org Islam… lokasi kat jalan masjid india
Salam bro Sham..
kawan2 saya kerap sangat nak pegi Fatty Crab, yg mana kita tau sah2 kedai tu milik bukan Islam..tapi ramai sangat yang mencuba di kedai tu…harap dapat siasat…
Terima Kasih!
Di Medan Selera Tmn Melawati sbelah pasar malam mengadap kdai magnum…ada satu2nya lot Nasi Ayam Hainan org Cina. Waktu Lunch penuh dgn org Melayu. Klau nk tahu boleyh makan atau tidak baca bismillah dulu…mesti nk trmuntah.Aku prnh ikut k kreta dia…kereta Unser dia..ada patong budha ngn patung anjing. Aku x faham knapa NGOK sgt Bangsaku…pgilah Muhammad Chan Abdullah cuma 300meter dari situ…
ada arak?
Jadi saya rasa lebih baik pihak bertanggungjawab tumpu lebih kepada restoran seperti “TGI Fridays” yang boleh dikatakan amat popular diMalaysia ni. Hampir mana2 shopping mall pun ada, dan kesemuanya hidangkan minuman keras. Juga amat popular dikalangan muslim. Kalau silap haribulan ada muslim pegi ke TGI ni, dan waiter dia pulak warganegara luar spt filipina, abislah, kemungkinan makanan dicampur dengan Jack Daniel,cam rakan saya kena.
P/S: Saya ni memang vegetarian disebabkan penyakit saya yg agak kronik, saya takleh memakan makanan selain drp sayuran. Sayuran pula hanyalah yg terpilih. Nak cari restoran melayu yg buat vegetarian mmg tak pernah jumpa, kalau ada pun, bila disuruh masak ikut aturan, dimarah pulak saya suruh saya masak sendiri. Terpaksalah saya ke kedai Cina, Cina muslim lah di kawasan puchong. Hehe.