Lembah Genting
Jalan Batang Kali-Genting Highlands
Hulu Selangor, Selangor
23 Mei 2012
12 tghri
Bukan mudah untuk melakukan misi risikan dan akhirnya membuahkan kejayaan akan sesuatu maklumat yang diterima.
Di pejabat mungkin tiada siapa menyangka pegawai-pegawai penguatkuasa ini apabila di luar mereka mungkin bertukar watak – dengan pelbagai karektor bergantung kepada jenis risikan dan operasi.
Samada mereka dari pelbagai jabatan seperti PDRM, KDRM, Imigresen, SPAD, JPJ, Tentera, Farmasi, KPDNKK, PBT atau sebagainya, itu adalah tugas yang mereka pikul yang telah diamanahkan.
Dalam kes ini, maklumat diterima mengenai kegiatan penyelewengan gas LPG bersubsidi dan diselewengkan menjadi gas LPG industri.

Lokasinya, di pinggir hutan berbukit berhampiran sebuah kolam memancing di Lembah Genting, Jalan Batang Kali-Genting Highlands.
Tiada apa yang dapat dilihat dari luar, melainkan pagar, dan dinding zink dengan kedudukannya yang amat strategik dan terlindung dari pandangan.
Untuk menyamar sebagai posmen , tidak masuk akal
Untuk menyamar sebagai pemotong rumput, juga tak lojik
Untuk menyamar sebagai pemandu van roti, juga tiada sebab untuk menghantar bekalan roti ke sini.
Untuk menyamar sebagai pemandu teksi, lagilah tak masuk akal.
Memandangkan di bahagian belakang premis ini, terdapat bukit, dan dijangkakan jika memanjat bukit akan kelihatan apa isi di dalamnya, maka perancangan dibuat.
Tapi, adakah sesuai menyamar sebagai pengakap sekolah yang berkhemah di atas bukit?
Akhirnya, 4 penguatkuasa KPDNKK Kuala Lumpur ini mengambil keputusan untuk menyamar sebagai pemikat burung dan pencari buluh…
Seminggu mereka ‘memikat burung’ dan ‘mencari buluh’ di atas bukit, siap dengan khemah untuk bermalam, dan berpakaian seperti orang kampung.
Sah, apa yang mereka dapat lihat, ribuan silinder gas LPG domestik di dalamnya, dan beberapa pekerja warga asing.
Akhirnya, kira-kira jam 10 pagi, setelah seminggu berkampung, apa yang ditunggu tiba jua – sebuah treler membawa muatan gas LPG domestik dan sebuah lori tangki.
Modus operandi sindiket ini ialah, mereka akan memindahkan kandungan gas LPG dari silinder domestik, melalui saluran khas, dan terus masuk ke dalam lori tangki.
(Sebelum ini, kegiatan dilakukan dengan memindahkan gas domestik 14 kg ke silinder gas industri 50kg)
Cara ini lebih cepat, mudah dan tidak memerlukan banyak tenaga kerja serta ruang storan.
Setelah diisi, lori tangki akan keluar dan menjual gas kepada pihak industri, dengan harga industri.
Dan akhirnya, jam 11 pagi, serbuan dilakukan setelah perancangan rapi dibuat.
Malangnya, 5 pekerja warga asing berjaya melarikan diri, manakala pemandu treler dan pemandu lori tangki serta seorang penjaga premis berjaya ditahan.
Kira-kira 2000 silinder gas domestik berjaya dirampas, termasuk treler dan lori tangki.
Rampasan bernilai kira-kira RM1 juta ringgit dan merupakan yang terbesar setakat ini sepanjang tahun 2012.
Keuntungan dari penyelewengan ini amat lumayan, lebih 50 peratus untuk sekilogram ,kerana keuntungan dibuat melalui subsidi diberikan kerajaan kepada gas LPG domestik.
Untuk lebih memahami bagaimana membuat untung dengan menyelewengkan gas LPG domestik dan ditukar kepada gas LPG industri, sila baca di dalam ondscene untuk berita terdahulu:
24 Mac 2011 – Perlukah Ditimbang Silinder Gas Yang Dibeli?…
27 Jun 2011 – Sindiket Penyelewengan LPG Semakin Celaka
19 Nov 2011 – Sindiket Gas LPG – Mereka Tidak AKan Serik…
02 Mac, 2012 – Pemandu Lori Tangki dan Sindiket Penyelewengan LPG
03 April, 2012 – Sindiket Penyelewengan LPG Di Pinggir Hutan













banyak betul kes macam ni… sepandai² tupai melompat, akhirnya jatuh juga ke tanah.
Tahniah untuk pasukan KPDNKK
nantikan tender kenderaan bersepadu kpdnkk, trailer scania & lori tangki yg anda lihat di dalam gambar adalah salah satu daripadanya.. hehe..
Assalamualaikum,
Waaaaa bayangkan berapa banyak dia dapat untung selama ni…
Sangat kagum dengan pihak penguatkuasa yang sangat kreatif.