AWAS dan BERHATI-HATI jika terserempak dengan budak ini

Ampang
Selangor
Berbagai cara untuk menipu dan berbagai taktik manusia ditipu dan tertipu.
Dan berbagai helah digunakan sebagai mengabui mata mangsa yang kebanyakannyanya adalah kita sendiri yang prihatin tidak bertempat dan tidak mahu mengambil sedikit inisiatif bertanya siapakah mereka ini semua?
Saya sebenarnya sejak dari dulu, meletakkan 99-99 peratus mereka yang meminta sedekah, menjual tisu, buku agama tidak kira yang celik yang buta, yang tempang, merupakan golongan yang memperdaya manusia seperti anda yang mudah simpati.
Mereka adalah penipu besar dan berjaya menjadi senang-lenang dan kaya raya dari kita yang ambil mudah.
Simpati ada tempatnya, tetapi biarlah berpada dan mengikut saluran yang betul.
————————————————————-
Ketika sedang minum berseorangan di sebuah restoran berhampiran Ampang Point 3 malam yang lalu, saya memerhatikan gelagat seorang budak anggaran usia 10 hingga 12 tahun.
Setiap meja dia berjaya mengutip sekurang-kurangnya RM1 dengan hanya berbekalkan sekeping kertas fotostat.
Meja di depan saya, dengan senang hati 5 orang dari mereka menghulurkan RM1 seorang (menjadikan RM5), di sebelah kanan saya, RM2 malah ada satu keluarga sehinggakan anak-anak mereka menghulurkan duit syiling kepada budak terbabit.
Tiba giliran saya, saya memandang tepat ke arah budak berbaju merah jambu itu.
“Bagi aku kertas yang kau pegang tu?”
Bagaimanapun, budak itu hanya menunjukkan kertas itu kepada saya untuk membolehkan saya membacanya dari jauh.
“BAGI AKU KERTAS TU?!!!”
Ketika itu, berpuluh mata dah menengok ke arah saya, dan ada yang sanggup berhenti makan semata-mata terkejut agaknya apabila saya meninggikan suara.
Maaf, saya terpaksa berrcakap kuat, kerana suasana restoran yang bising.
“BAGI AKU KERTAS TU. AKU NAK BACA!!!”
Saya ulang kali ketiga.
Budak itu perlahan-lahan, hulurkan kertas itu dan saya membeleknya.
Ia merupakan kertas yang difotostat – sebelahnya adalah salinan Penyata Akaun Individu Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bulan Julai 2008.
Nama: Sakinah Abd manaf
Alamat : No 7-A Blok 1E
Ampang Tasik Permai
68000 Ampang Selangor
Tarikh 21/07/2008
Kod Pelanggan : M988356
Status Pelanggan : Individu
No K/P : UNHCR
No Telefon : 0123981505
Baki tunggakan ialah RM 3,261-00
Saya belek muka sebelah, dan ia merupakan surat yang ditujukan kepada mangsa seperti anda.
(SAYA TAIP SEMULA DAN MENGEKALKAN EJAAN YANG DITAIP PADA KERTAS ITU)
ASALAMUALAIKUM
PERHOMATAN KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN
Saya bernama ADALA HASAN BIN HUSAIN. saya meminta tolong dan derma IKLAS daripada tuan-tuan dan puan-puan.
Saya seorang anak yatim dengan adik beradik adalah (3) tiga orang. Saya adalah anak yang kedua dalam kelaurga. Saya ingin meminta derma IKLAS untuk emak saya kini menghadapi penyakit jantung dan darah tinggi. Sekarang mak saya kena masuk ke hospital di H.U.K.M cheras dan pihak hospital memberitahu saya bahawa mak punya bil perubatan kena dibayar sejumlah RM3,481-00
Oleh demikian. Saya yang mampu membayar kepada bil mak saya sejumlah RM600.00 sahaja. Saya berharap pihak tuan-tuan dan puan-puan dapat menolong mak saya untuk mengatasi masalah bil perubatan yang tinggi ini secepat mungkin.
Saya mengucapkan ribua terima kasih atas tolongan daripada tuan-tuan dan puan-puan.
Terima kasih.
Dan , untuk menguatkan sangkaan saya , budak itu adalah sebenarnya menipu, saya mengujinya dengan beberapa soalan.
Dia menjawab dengan agak gelisah beberapa soalan saya. Katanya dia datang menaiki bas rapid KL (siap tunjuk tiket bas) berseorangan.
Menurutnya, dia tinggal dengan mak dan seorang abang dan adiknya di sebuah rumah flet di Ampang tasik Permai. Surat itu ditulis oleh abangnya. Dah dua tiga minggu dia minta derma katanya.
Kau jangan nak tipulah. Mana IC kau?
Tak de IC
Kau Myanmar kan?
Ye
Mana kad kau (kad UNHCR)
Di rumah.
Dengan muka minta simpati, dia meminta saya pulangkan kertas yang saya ambil dari dia. tapi saya minta dia keluarkan semua duit dalam koceknya. Saya tak tahu berapa, tetapi segumpal duit RM1 dari kocek baju dikeluarkannya.
Setelah berpuashati bahawa banyak keterangan budak tu bercanggah, saya bertanyakan satu soalan cepumas…
Ok, kau kata mak kau sakit kan, ok sekarang kau ikut aku pergi rumah kau.
Serentak, muka budak tu berubah menjadi pucat dan tergamam.
Ikut aku. pergi rumah kau. Naik kereta aku!!!
Dan, ribut tidak, gempabumi pun tidak, budak itu sepantas kilat lari lintang pukang…!!!
15 minit kemudian, saya menaiki kereta dan cuba berpusing di dalam kawasan sekitar Ampang Point.
Seperti yang dijangka, budak tadi saya lihat dengan selamba berjalan dengan seorang kanak-kanak perempuan (saya agak, itulah adik dia, usia dalam 5-6 tahun). bagaimanapun dia tidak tahu saya memerhatikan dia.
Akhirnya, dia menghilangkan diri menaiki tangga ke dalam Ampang Point.
(Setelah saya semak, alamat yang tertera pada Penyata itu adalah palsu…)

Post Lain Yang Berkaitan

28 Comments

  • Pada 2009.01.04 13:00, mywanfai menulis:

    Bro, lagi satu selalunya bila tgh makan ada orang konon2nya buta siap bertongkat minta sedekah… tapi ada orang celik dan sihat jadi tukang bawak… nampak sgt penipu…

    Banyak kali jugak nampak orang cacat mintak sedekah kat KL, tapi bila DBKL datang, ada pulak orang datang kutip duit tu dari orang cacat tadi…

    Ada juga yang minta sumbangan kononnya nak bina masjid kat narathiwatt, Thailand… tapi mintak sumbangan kat orang KL… takkan takde langsung orang kat Thailand yang boleh bagi sumbangan..

    Rakyat Malaysia ni pemurah sangat sampai tak kisah kena tipu… ada member saya cakap – “takpelah, aku bagi ikhlas, kalau peminta sedekat tu tipu, dia yang berdosa.”… habis tu nak buat macam mana bro…

    • Pada 2009.01.04 13:27, on the scene menulis:

      aku ni tak sempat nak posting yg org buta tu.
      gambar n stori dah ada ni.
      nanti aku posting.
      memangbetul apa yg hang kata tu.
      sebenarnya, aku sejuta peratus tak percaya dia org tu dari dulu lagi.
      semua tu berlakon je

      • Pada 2009.01.04 14:02, *i.am.me.for.myself* menulis:

        agaknya dah berapa banyak duit rakyat malaysia budak ni dah cekau..

        macam mana pulak budak2 yang datang kutip derma dengan menjual ubat dan ayat-ayat quran. kdg selalu dtg masa tgh mkn2 kat luar restoran/stesen minyak/depan bank..drg ni tak sekolah ke? budak-budak tak sepatutnya dieksploitasi sebagai mangsa untuk tagih simpati. patutnya drg tu belajar/baca buku

        • Pada 2009.01.04 17:38, Anonymous menulis:

          Bro…kalau ada banyak lagi story camni kan bagus supaya org Malaysia yg pemurah tak bertempat ni tahu keadaan sebenarnya.

          Teruskan bongkar sekali ngan gambar yg lainnya. Kalau ada video dalam 1 minit pun dah cukup dah.

          Aku memang tak bagi kalau org datang bawak kertas sekeping camni. Kalau yg hantar surat atau email siap dengan no akaun untuk minta derma pun aku teliti betul betul.

          Bukan apa bro…org kata kedekut la macam macam… tapi sebenarnya selagi kita memberi makin naik la songel dia sebab tahu mana lubuknya.

          Satu lagi dia orang ni dah dilatih. Biasa dia akan pergi kat group atau famili. Kalau dia pergi kat group dan takkan sorang jer bagi lebih lebih lagi kalau ada awek kat situ.

          Aku sarankan tiap kali org nak minta derma camni kita kata boleh derma dengan syarat dan ambik gambar dan nak pos kat blog. Amacam ada berani ni ke depa ni?.

          Kesot Kesot

          • Pada 2009.01.05 02:32, Fireroll menulis:

            gila keji wat kerja camtu, budak2 lagi, sape la yg ajar erk…
            banyak sgt kes sebegini di kotaraya ini…

            • Pada 2009.01.06 04:11, on the scene menulis:

              i am me..- Memang betul, mereka ni sebenarnya lebih kaya dari kita semua, lebih mewah dari apa yg dapat kita bygkan.
              dan kerja mereka tak perlukan apa2 kelulusan tinggi untuk dpt duit byk dgn mudah
              bekalan mereka hanyalah – tebalkan muka dan mungkin, lebih byk ‘rezki’ jika tampal kulit babi ke, kulit biawak ke, maka berjayalah misi itu…

              anon- saya sebenarnya dah letih nak buat kerja mcm ni. biasanya buat sorang2 tanpa bantuan siapa2, tapi tak sampai ke manapun.
              ada sampai kawan2 selalu pesan, janlah saya buat pasal lagi kalau jumpa benda2 mcm ni.
              tapi apa boleh buat, org lain taknak buat, takpe, biar saya buat walaupun sorang2 diri.
              ntah dah berapa byk saya alami, sayapun tak ingat tapi ada dekat 100 lebih kes kot…

              betul, biarlah org nak kata kedekut ke, apa ke, tapi sy tetap berpegang, mereka ni semuanya PENIPU…!!!

              fireroll – saper yg ajar? ha, antaranya tentu anda masih ingat kes di sungkai,perak tak salah ingatan saya dua tahun lalu.
              saya pergi ke lokasi kejadian all the way from kl untuk cover, yg akhirnya diketahui, mangsa adalah 6kanak-kanak maut, yg baru balik dari menjalankan kegiatan sebegini hasil ajaran atau konon sebahagian dari matapelajaran dari sebuah sekolah pondok di utara semenanjung.
              kebanyakn kegiatan ini bertopengkan agama yg mana agama Islam sebenarnya, tak pernahpun ajar pengikutnya buat kerja menipu mcm ni.

              Yang lebih kelakar, tunjuk buku, konon dermalah seikhlas mana, tapi bila bagi RM1, siap marah lagi. Buku ini harga RM15, takkan bagi RM1 kata budak2 tu.

              La..pulak, namapun derma ikhlas, kenapa nak letak harga?

              kesimpulannya, kalau nak jual buku, buatlah cara nak jual buku…

              • Pada 2009.01.06 04:56, jawa peranakan menulis:

                wooo..berani betul tu..abg tak takut kena belasah dengan tauke dia ke? mana la tau kot2 masa kejadian tu,tauke dia tengah perhati dari jauh..

                say penah kena sekali..dalam masjid kampung baru..masa tu nenek isteri meninggal..

                lepas solat jenazah,kami pun bersiap2 nak ke kubur..masa tengah nak pakai kasut,datang sorang lelaki..muka macam arab..tunjuk album penuh dengan gambar budak2 afghanistan yang cedera akibat perang..lelaki tu cakap arab..sikit2 saya paham la..dia mintak derma ikhlas untuk bantu anak2 yatim afghanistan..

                saya bagi RM10..dia ambik..katanya syukur alhamdulillah..ini duit akan digunakan untuk fisabilillah.. tapi lebih bagus kalau saya beri RM50 atau RM100..

                kalau tak disebabkan dalam masjid dan saudara mara saya ramai,mau saya bukak serban dia dan ketuk kepala dia dengan kasut yang saya pegang tu…

                • Pada 2009.01.09 13:11, cabincrew are here not to kiss ur ass menulis:

                  baru2 ni balik kL.dalam masa 4jam saya dok lepak minum kat pelita tu 3orang datang mintak sedekah.

                  bukan niat nak bagi pun,tapi rimas tengok diorang dok bertenggek buat muka kesian.

                  ada sorang pakcik buta ni,dia guna ayat seribu dinar yg boleh tampal2 tu,as a medium utk mintak sedekah.then cakap non stop pulak.saya pun tak sure dia cakap bahasa apa.

                  kan best kalau saya boleh jadi garang macam kamu.sekali jerkah tak berani mintak sedekah dah.

                  • Pada 2009.01.10 04:24, Superzac menulis:

                    ada lagi diorang kat situ bang..saya gi makan kat situ a few days back…every 10 minutes datang….dah pandai nangis pulak dia…apsal police tak datang angkut je bebudak ni eh…sekali dengan makcik2 jual tisu tu…nak makan pun tak senang…every 5 minutes datang…

                    • Pada 2009.01.10 12:48, on the scene menulis:

                      tuan jawa – kalau aku, aku tarik je org tu bwk naik mimbar masjid.

                      cabincrew- garang tu tak lah, tapi nyg penting kita yakin apa kita buat dan tau serba-sedikit undang2.
                      dan yg paling penting, kita dah dapat petunjuk atau tanda2 penipuan itu, baru kita bertindak.

                      zack- dia org ni memang takkan serik. pasal dah tampal dgn kulit b… lah sebab tu mereka tu takde perasaan.
                      yg mereka tau, duit, duit , duit tak kiralah dgn apa cara pun.
                      polis nak tangkappun, apa la yg polis boleh buat, abis2 serah kat kebajikan, lepastu mereka larik, mereka buat lagi.
                      sebenarnya, jalan paling baik, kita tidak layan mereka ini.masalahnya, ramai yg masih tak sedar mereka tertipu dan ditipu.

                      • Pada 2009.01.22 07:25, m e E n menulis:

                        Bro. Betol ckp ko. Aku pon mcm ko jgk. Cume aku x brani nk suare lantang mcm ko bile org dtg mnta sedekah. paling kuat pon aku geleng kepala. Tp bile bace fakta fakta yg ko bagi ni, aku yakin aku pon bole buat mcm ko jgk lepas ni. Aku pon penah di datangi malaun-malaun ni.
                        KES 1:
                        Time tu aku blaja kt Kuantan. Hari minggu aku kuar dating dgn GF aku kt bandar. Tgh minom aku didatangi budak sedekah ni. Aku ckp aku xde duit. Lps tu budak budak tu bole sound aku “Alaa.. hari tu sy nmpak abg mkn kt hotel” Menyirap darah aku. Rase nk terajang je bebudak tu. Saje je budak budak ni bertenggek kt tepi meja aku. Aku buat x layan je. Lantak laa org lain tgok. Aku peduli ape!!

                        KES 2:
                        Yg ni laa buat aku x pecaye kt malaun-maluan ni. Aku lepak kt kedai mamak area Brickfield. Aku nampak malaun-malaun ni (ade yg buat bertongkat) sedang dok kt meja konon konon mcm da habis ‘shift’ buat keje ni. Duk kt meja ramai-ramai. Mcm ade ketua je aku tgok. Lps tu siap ade van dtg angkot diorg.

                        Aku pon memang x pecaye kt malaun-malaun ni. Bagi aku Allah penah suroh kite cari sedekah. Cukup sifat kite usaha keja secara halal dan betol..

                        • Pada 2009.01.22 09:54, on the scene menulis:

                          lain kali, jgn buat tak layan.
                          layan mereka tu.
                          mintak sedekah pulak dgn mereka,tak payah dua hinggit, mintak singgit pun ok, sebab nak beli air…
                          kesimpulannya, tolonglah jgn terpedaya dgn malaun2 bangsat haram jadah tu.
                          semua tu berlakon dan penipu.
                          kita bukan berkira utk bersedekah kena pd tempatnya, tapi jika rupanya mereka itu lebih mewah senang lenang dari kita, maka kitalah yg bodoh sebenarnya.

                          • Pada 2009.04.19 15:45, ~effa~ menulis:

                            dulu time sy blaja kt kulim, klu nk balik kulim dr temerloh, bas benti kt butterworth…
                            kt ctu ramai gler bdk2 myanmar mntak sedekah…
                            penah tu diorg smpai naik bas nk mntk sedekah…
                            tp ade skali tu pakcik driver bas marah bdk tu suh turun…
                            pstu pakcik tu ckp kt ktorg yg dlm bas ni jgn layan bdk2 tu…
                            diorg tu ade org htr..
                            pstu diorg tu smbil2 mntk sedekah tu, diorg curi beg penumpang…
                            pakcik tu cte ade yg kantoi curi beg penumpang dlm bas tu…
                            diorg wt2 turun bas ngn muke selambe….
                            jahat btol bdk tu…
                            mule2 sblom sy tau kisah tu, sy bg r jgak walapon sy bkn ade duit sgt pon…
                            maklum la student pstu blaja jauh plak tu…
                            tp lps tu mmg sy xlayan dh…
                            xsangka diorg ni sanggup wt smpai cmtu skali…
                            sy takot sgt dulu lps tau cte tu sbb sy mmg blk sane sorg2 je…
                            huhuhu…
                            nasib baik sy blaja sane setaun je…
                            kalau x, mau lari blaja dekat2 ngn umah je…
                            hohoho….

                            • Pada 2009.04.21 01:14, Hana-Ni-Mo-Nai2 menulis:

                              wahh..maju dah budak ni ekk..masa watashi kt uitm dulu pernah jumpa gak.

                              cuba dulu dak nih datang dengan satu group,
                              cam ala2 sindiket la..skang dah buat surat

                              • Pada 2009.04.21 02:49, Anonymous menulis:

                                adui berani plak bebudak ni minta sdkah guna kertas copy erk..
                                aku x de lah sngt pnglaman benda2 gini ni..
                                tpi lain hri blh lah aku berhati2..

                                –mimpi ngeri–

                                • Pada 2009.04.21 09:12, Anonymous menulis:

                                  Selalunya pengemis tipu ni takut tak bertempat yang menunjukkan dorang ni memang menipu. Perna time makan kat restoran ngan member kat bangi, tiba2 ade budak mintak derma dengan cara menjual barang. pas tu semua diam ni. tibe2 member aku ni bagi la duit RM 10 klu x silap sambil berkata nah amik ni…barang ko tu simpan la…pas tu boleh plak budak tu ternganga dan melihat tempat lain. macam rasa bersalah budak tu. pas tu budak tu lari terus x amik duit tu.

                                  satu citer lagi aku pernah terserempak seorang tua berpakaian ala2 alim kat KL. dia mintak aku derma katanya nak balik pahang tp xde duit tambang. aku bagi la rm50 sen. pas tu dia plak x nak katanya mana cukup. dia plak marah dan kata aku ni x suka menolong sesama islam. dalam hati aku kelakarnye org tua ni. dah la caranya cari duit langsung x menggambarkan keislamannya. aku kata klau ko xnak xpe la. pas tu dia berlalu. sepatutnya dia bersyukur la sebagai seorang pengemis dah dapat 50 sen. at least boleh kumpul rm 50 sen tu dari setiap org. kumpul2 mesti jadi banyak kan.

                                  • Pada 2009.04.22 12:56, Magma menulis:

                                    bro..sy pon pnh kene dlu..mase tgh mkn sorang2 kt mcd kl sentral..tp yg ni dak pompuan la yg mntk derma utk dak2 filipina..remaja pompuan..xtau la tpu ke btol. da ler tgh mkn sorang2, pastu siap dok kt kerusi kosong sblh sy lg..x nk kasi..buat muke kesian plak..last2 abis mkn jer..sy blah..hehe

                                    • Pada 2009.06.02 19:20, Anonymous menulis:

                                      salam :)
                                      saya bru discover pasal blog ni trough an email myfren bg…
                                      memg interesting…
                                      nk komen pasal pengemis ni gak..mcm rupa dah dorg ni..
                                      sy student uitm kat shah alam.. menyewa kat pusat komersial sek.7… kat cni memg berlambak2 dorg ni dr yg buta sampai celik..da bosan da ngn dorg..yg kelakarnye dorg ni tau2 je kitorg tgh cuti semester..btg hidung dorg pn x nmpk sekrg..tgu je la bukak sem nnt, nk mkn pn xseng…bosan…
                                      kdg2 tu rse nk interview je dorg ni…ap mslah dorg pn xtau r nk ckp..ari2 mintak sedekah pn xcukup lg duit tu…ap yg kite bole wat e?

                                      • Pada 2009.06.23 02:15, ina menulis:

                                        Salam

                                        saya terpanggil utk ceritakan perihal kanak2 dijadikan sbg peminta sedekah yg kerap berlaku di pasar malam taman maluri kg pandan pd setiap hari rabu.

                                        saya x penah menghulurkan walau RM1 cos sy rasa mereka ni sindiket peminta sedekah.

                                        x dpt sy bayangkan kanak2 yg sebaya anak sy sekitar 3 thn diletak diatas riba 'ibu'nye & tidur dgn nyenyak walaupun keadaan ketika itu bising..maklum sajelah pasar mlm…sy syak kanak2 tu diberi ubat tidur…

                                        tp yg peliknye xda pemantauan dibuat disitu…saya sedih tgk keadaan kanak2 yg perlakukan camtu…sampai bila agaknye keadaan camni akan berlarutan???

                                        • Pada 2009.11.03 07:52, Naqib menulis:

                                          hahaha…kenal sgt muka budak ni..memag pun area ampang point tu tmpt die..dulu kawan jumpa n beri sumbangan pd die..dkt mcD petonas tu..

                                          kawan tanya gak dia mcm² soklan..muka die mmg sedih abis..tp mata dia kejap² kelain..katenye abg die keje dkt mcD ampang..xpela kawan xpikir sgt pn..ikhlas je nk bagi time tu..ajak die mkn skali tp die xnk lak..huhuu

                                          • Pada 2009.11.23 06:38, Anonymous menulis:

                                            1st#
                                            aku penah tgk gelagat srg budak ni kat hentian bas larkin,johor bahru..
                                            die ke hulu ke hilir mintak sedekah..naik turun bas minta simpati..
                                            bile aku perhatikan lame2, pakaian masih elok dan bersih..dan paling mengejutkan, siap ade HANDPHONE pulak tu! tp mintak sedekah..???

                                            2nd#
                                            aku terpedaya dgn srg pakcik ni
                                            die da tua..die dtg kat aku, dgn beg besar,songkok yg da lunyai..
                                            die ckp yg die tetinggal bas dan xpunya wang yg cukup utk beli tiket yg baru(sambil tunjuk tiket bas yg die da telepas tu.mlm semlm punye)

                                            aku pun simpati abes la, sbb mmg tua pakcik tu,aku hulur la rm5 kat die.die pun pergi…

                                            selang brape minggu/bulan..
                                            aku sedang tggu bas untuk pulang kl.
                                            tiba2, aku nmpak pakcik yg sama tgh mintak simpati dekat mamat mane ntah,atas alasan yg same! danggg~
                                            sah sah aku kne tipu

                                            • Pada 2009.11.24 02:10, darkvenom menulis:

                                              inilah sandiwara dunia..(dialog seniman P.Ramlee)

                                              • Pada 2010.01.05 19:04, MAHAGURU58 menulis:

                                                Assalamualaikum saudara.

                                                Syabas saya ucapkan pada saudara di atas usaha 'investigative reporting' ini.

                                                Beginilah seharusnya usaha para penulis blog membongkar akan segala kemungkaran yang sedang berlangsung didalam kehidupan masyarakat.

                                                Saya berdoa agar saudara sentiasa dilindungi Allah dan dimurahkan rezeki, panjang umur dan selamat dunia akhirat!

                                                Amin.

                                                Teruskan usaha murni anda.

                                                Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

                                                • Pada 2010.01.17 00:51, umialia menulis:

                                                  tolong follow pulak budak2 yg kononnya pelajar tahfiz tetapi jual balm harga RM10
                                                  katanya dr Kedah lah dan lain2

                                                  datang dengan ustaz
                                                  datang KL tinggal di rumah kawan ustaz
                                                  saya curiga kalau2 mereka ni dopergunakan oleh org lain

                                                  Mungkin benar mereka dihantar oleh mak bapak ke pusat tu n tanpa pengetahuan ibu bapa , si penjaga membawa mereka mengutip wang

                                                  • Pada 2010.03.05 06:24, zharif menulis:

                                                    ko lmpang ke dak2 cm2…xpn terajang smpe mti…

                                                    • Pada 2010.03.11 10:49, GR33N menulis:

                                                      tah le, mcm2 org dtg mintak derma kat m'sia. org m'sia pun rmi. Budak sekolah dari kecil pun dah diasuhkan mintak derma. masa zaman saya sekolah dulu pun memang dah diajar minta derma, PIBG la, jogathon.. siap ada pertandingan kutipan terbanyak lagi. Mungkin juara2 dulu meneruskan karier sebagai peminta derma profesional.

                                                      • Pada 2010.10.12 22:19, Miecyber menulis:

                                                        Biasa bila saya derma saya niatkan untuk belanja makan orang yang datang menderma tu..
                                                        Jadi kalau dia ada niat menipu dia tanggunglah sendiri di akhirat nanti..
                                                        Miecyber recently posted..Akuku memiliki 100 isteri

                                                        • Pada 2010.10.20 11:09, adikasatria menulis:

                                                          semasa tgh makan aku pernah didatangi org buta mintak sedekah kat area taman tenaga cheras. pasa aku abis makan aku drive nak balik umah. masa berenti kat trafik light aku tgk kete sebelah. berderau dada aku bila nampak yg drive tu org buta yg mintak sedekah masa aku makan td. bawak kete wira lg. aku sendiri pon bawak kete kancil.

                                                          You must be logged in to post a comment.