Reality in Real Life

Bermula 1 Januari 2012 – Hanya Sijil Halal Diiktiraf Jakim Dibenarkan

 

Hanya 2 hari lagi sebelum tamat tempoh `amaran’ bagi semua sijil halal palsu dan tidak diiktiraf dan semua pihak perlu memiliki sijil halal Jakim atau Majlis Agama Islam Negeri selaras pindaan Akta Perihal Dagangan (APD) 1972 (pindaan 2011).

Kebanyakan pengusaha restoran dan syarikat makanan sebelum ini sudah diberi peringatan supaya tidak lagi menggunakan sijil halal tidak sah apabila hanya sijil dan logo halal Jakim sahaja yang boleh diguna pakai dan diiktiraf berkuatkuasa 1 Januari 2012.

Bagaimanapun , arahan itu seolah-olah dipandang ringan malah masih ramai yang seolah-olah taksub kepada sijil halal swasta yang tidak diperakui kerajaan.

Oleh itu tindakan dan penguatkuasaan terhadap syarikat yang menggunakan sijil halal tidak sah ini akan dikuatkuasa oleh pegawai Jakim dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mulai 1 Januari ini.

Bagaimanapun Jakim masih bertolak ansur apabila memberikan tempoh masa peralihan selama setahun bagi produk yang siap dibungkus atau sudah berada di pasaran, namun syarikat berkenaan perlu menamatkan penggunaan sijil halal tidak sah dan membuat permohonan sijil halal dari Jakim.

Jakim akan menggunakan pendekatan mendidik industri tanpa terlalu memaksa tetapi pihak  Jakim akan bertindak menurunkan logo halal swasta atau tidak sah yang dipamerkan di restoran, medan selera atau premis makanan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini sudah memberi amaran akan mengambil tindakan iaitu denda sehingga RM250,000 dan tiga tahun penjara bagi syarikat atau kedua-duanya sekali jika didapati menggunakan sijil halal tidak sah.

Ia selaras dengan penguatkuasaan Akta Perihal Dagangan 2011 dan Persijilan Halal yang diluluskan Parlimen 11 Julai  lalu bagi menggantikan Akta Perihal Dagangan 1972.

3 Comments

  1. 30/12/2011    

    hmmm… kita selalu ambil tahu samada tempat tu ada sijil halal atau tidak terutamanya tempat2 yang mahal/aircond/high class, tapi pernah kita terpikir adakah restoran siam/seafood/tomyam juga memerlukan sijil ini? banyak jugak bahan masakan tukang masak restoran makanan siam ni meragukan… huhuhu

  2. 29/12/2011    

    Bagus la. Tiada lagi was2 nak makan….terutama di kopitiam..

  3. 29/12/2011    

    Baguslah kalau begitu. Tidak ler kita orag muslim tertanya2 adakah kedai mkn
    ini atau barang2 ini halal utk di makan… Tahniah buat JAKIM..

  1. Makanan dan Logo Halal – Anda Sendiri Yang Menentukannya | ondscene on 16/01/2012 at 23:33

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting