Gula-gula Tenaga Batin
…sambungan dari Tenaga Batin Yang Hilang di bawah
Bukan sahaja kopi, pil, serbuk dan produk seumpamanya yang berkaitan tenaga batin, malah gula-gula untuk tenaga batin juga dirampas.
Gula-gula tenaga batin ini dijual RM5 sebiji.
Produk yang dipasarkan syarikat yang telah beroperasi selama empat tahun ini tidak berdaftar dengan pihak Kementerian Kesihatan.
Sememangya pemilik syarikat ini tidak serik kerana mereka pernah diserbu oleh KKM tahun lalu, dan ketika serbuan mereka berlakon seolah-olah sama sekali tidak mengetahui akan kesan produk keluaran mereka itu.
Mohd Hatta berkata, kali ini lakonan mereka tidak akan berjaya kerana penemuan-penemuan bahan yang sama di dalam produk keluaran mereka.
Tambah beliau, kebanyakan pengguna terpedaya dengan kepuasan yang dijanjikan
Sementara itu, Mohd Hatta berkata seharus pengguna perlu bijak menilai kerana harga yang dijual juga adalah sangat mahal.
“ Bagi 10 paket kopi harganya mencecah RM125 hingga RM200 manakala untuk 10
boleh merampingkan badan disamping meningkatkan ransangan seksual juga dirampas.
“Padahal ramuan sebenarnya tidak diketahui akan sumbernya, dan kami juga menjumpai bungkusan kopi segera yang sudah siap sedia dan dipercayai kopi itu dibeli secara pukal dari pasaraya besar kemudian mereka mengadunkan kembali kopi berkenaan mengikut perasa dan menambah dengan bahan racun berjadual ini,” katanya.
Produk-produk ini dijual secara terbuka di pasaraya, toko-toko jamu dan melalui jualan lansung menerusi pengedar yang dilantik mereka.
Bagi menyakin pelanggan terus terdapat tanda halal dan cop barangan buatan Malaysia di kebanyakan kotak produk keluaran syarikat ini. Terdapat juga produk yang diimport dari Negara luar untuk pasaran di Malaysia.
Selain itu, pihak KKM juga percaya produk ini bukan sahaja dipasarkan di dalam negara malahan turut dieksport ke luar Negara antara yang dikenalpasti adalah negara-negara Arab.
Yang menjadi persoalan,adakah kebanyakan lelaki di Malaysia mengalami masalah batin/seksual yang kronik sehinggakan mereka memerlukan bantuan produk sebegini?
Anda sahaja yang tahu…
Post Lain Yang Berkaitan
5 Comments
You must be logged in to post a comment.














Macam Sedap Je Gula2 Tu.. Hehehe.. Penyangak Sekarang Ni Dah Semakin Bijak.. Cuba Bayangkan Jikalau Ubat Ini Di Makan Oleh Kanak2 Yang Masih Kecil.. Dah Tentu Ada Kesan Sampingan… Bagus Juga Bro OnDScene Tunjuk Jenama Dan Gambar Barangan Ni… Sekurang2nya Kita Semua Dapat Berhati2..
Mohd Juara Mentor Musim Ke-4
salam abg ondscene,
saya setju dgn aReal. kalau dalam paper atau dalam tv, kabur2 je gambar rampasan tu di buatnya…
satu kemusyikilan la abg, saya pernah baca post pasal product d' putih yg kena rampas hari tu, saya ingat sehari lepas saya baca post abang tu, iklan dia keluar lagi kat satu stesen tv swasta ni. macam mana tu bang? adakah stesen tv ni sekadar mengambil keuntungan tanpa mengira hak2 pengguna yang sepatutnya? satu lagi yg pasal permata hijrah tu, ada sekali kkm keluarkan kenyataan produk tu tak dpt selamat, then pihak permata buat pc kata produk dia selamat digunakan, after that keluarkan packaging baru, yang tu pun dah disahkan selamat ke oleh kkm? harap abang dapat membantu menjawab persoalan saya ni. apa pun thanks again utk pendedahan ni.. yang penting as pengguna kita kena selalu berhati2 dgn kandungan yg digunakan specially utk produk2 kesihatan..jgn mudah tertipu
wassalam
ni gula-gula Mentalk ke? heheheh
Ada juge ke???
Saya ada baca, 70% isteri di M'sia tak puas dalam hubungan intimasi. Ada kemungkinan juga 70% suami di M'sia menghadapi masalah kesihatan sehingga menjejaskan keupayaan seksual mereka.
Sebab itu berlambak benar produk seksual dijual di merata-rata…
Utamakan kesihatan dengan gaya hidup sihat, bukan dengan ubat kuat…