Taman Damai Jaya
Cheras, Kuala Lumpur
18 Jun 2012
3 petang
Bukan sahaja jersi pasukan bertarung dalam EURO 2012 yang jadi mangsa sindiket pakaian tiruan
Malah pasukan Harimau Malaya turut menjadi mangsa.
Terbaru, dalam rampasan bernilai pasaran kira-kira RM6 juta ini, puluhan ribu jersi Harimau Malaya dirampas dalam serbuan di 2 buah rumah teres 2 tingkat.
Serbuan dilakukan sepasukan 8 pegawai penguatkuasa KPDNKK Selangor setelah intipan dan risikan selama kira-kira seminggu.
2 buah rumah ini dijadikan sebagai stor penyimpanan setelah semua pakaian ini tiba dari China sebelum dijual secara borong kepada peniaga khususnya pasar malam.
Memang sukar untuk mengesyaki rumah dijadikan sebagai stor penyimpanan kerana kedudukannya ini sukar untuk dikesan.
Dalam salah sebuah rumah, tiada ruang kosong yang tinggal kecuali tandas dan bilik tidur, kerana dipenuhi dengan bungkusan dan berguni-guni pakaian tiruan .
Seorang lelaki turut ditahan bagi soal-siasat untuk membantu siasatan.
Kira-kira 300 ribu helai pakaian terutama membabitkan jenama Adidas dan Nike dirampas.
Siasatan awal mendapati, pakaian ini dijual dengan harga kira-kira RM10 sehelai kepada peniaga yang kemudian akan menjualnya antara RM20 ke RM40 sehelai kepada anda.
Pakaian ini dikelaskan sebagai gred 3 kerana mutu kainnya yang rendah.













Assalamualaikum,
Wahhhh bukan aje Harimau malaya tu…The Red Warrior (TRW) pun adaaaa….fuhhhhh jauh benarnya dia belayar mai!
oooooooooooooo beli baju dari oversea tu!