Hidangan Kerang-Babi di Hari Raya
Pasar Chow Kit
Kuala Lumpur
Kepada anda di Kuala Lumpur yang tidak pulang ke kampung, atau memang kampung di Kuala Lumpur atau memang tiada kampung atau tak dapat pulang di kampung atau sebab-sebab tertentu, tentu meriah dengan rumah terbuka nanti.
Bagaimanapun dalam kemeriahan itu, pastikan setiap makanan yang dihidangkan, tidak mempunyai unsur keraguan samada dari punca mana ia dibeli, sembelihan ataupun juga ramuan di dalamnya.
Sebagai salah satu resepi atau hidangan nanti, jangan lupa kerang – ianya enak dimasak bersama kuah mi kari, atau kalau rajin, boleh buat kway-tiaw kerang (cumanya, siapakah orang Islam yang membuat kway tiaw itu…).
Paling malaspun, hidangkan saja kerang rebus, cicah dengan cili sos.
Jika anda membeli kerang, pastikan sumbernya itu dari pasar mana ianya datang.
Dalam serbuan Jakim dan Jawi beberapa hari lalu, ini yang ditemui :
Pusat memproses kerang yang berjiran dengan pusat penyembelihan daging babi di pasar Chow Kit…
Kerang yang mahu dijual kepada orang ramai itu didapati hanya berada kira-kira dua meter dari daging babi yang masih belum dilapah dan masih berdarah.
Babi berkenaan yang sudah dipotong dua dikesan baru dihantar oleh pembekal ke pasar berkenaan sebelum diletakkan di atas pangkin batu di pusat menjual babi berkenaan bersama bahagian organ lain antaranya hati dan limpa.
Darah dari haiwan berkenaan mengalir turun dan membasahi kawasan lantai yang turut digunakan oleh peniaga kerang untuk meletakkan kerang di kawasan berkenaan.
Apabila ditanya, peniaga kerang terbabit seolah-olah tidak mengetahui ia satu perbuatan yang boleh mengundang rasa kurang senang di kalangan pengguna Islam. Peniaga berusia 50-an terbabit mendakwa kerang berkenaan hanya perlu dibersihkan dan dijual kepada pelanggan di pasar berkenaan.
Kepada DBKL, manakah perginya pemantauan anda mengenai perkara yang berlaku di depan mata ini?
Kuasa di tangan anda, dan bukan hanya tunggu operasi oleh pihak luar, barulah hendak ‘bercadang’ untuk tindakan lanjut.
Tidak mustahil, perkara sama turut berlaku di pasar-pasar lain seluruh negara.
Selamat menjamu selera bersama hidangan kerang…
Post Lain Yang Berkaitan
13 Comments
You must be logged in to post a comment.



Oh!… Tak Mau Makan Kerang Raya Nih… Eeeiiii….
aReaL recently posted..Kehilangan Bekas Isteri Nash Lefthanded Masih Menjadi Misteri
owh..inilah hidangan ‘istimewa’ tu :p
payau terus tekak tengok ‘tergolek dog’ atas pangkin tu dan nasib baik saya kurang makan kerang sekarang sebab kebanyakkan kerang diternak…hu…kalau diternak bahan makanan kerang tu macam² mitos yang timbul – sumber itu sumber ini yang meragukan.
p/s – hilanglah yummyumm mee kari tanpa kerang!
Kujie recently posted..missYu! we miss you
hilang selera dibuatnya bila melihat kejadian seperti ini… huhuhu…
Eizil recently posted..Kad raya – Dari fizikal ke digital
ngeh ngeh..sapa-sapa yang peberet keow teow kerang…so kena lah tukaq menu peberet tuh
USEZ recently posted..Pendirian terbaru ketua Perkasa puji Najib- terus hentam Khairy
Harap harga kerang turun sikit selepas pendedahan ini. Mahal melampau kebelakangan ini.
Oleh itu beli di pasar melayu, dengan peniaga melayu, kalau leh tanya, ambik ketam kat mana? mana tau ambik kat bukit pelanduk… bawah kandang babi… payah gaks
Lovelyvic recently posted..He Is My Father
peniaga kita nampak. nampak x pembekalnya?
ADESSS…CAMNER NAK MAKAN KERANG NI….TQ SBB SIARKAN ARTUIKEL NI
papa hero recently posted..SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI – TERBAIK DARI PAPA HERO
wahhh.. makin sedap la kerang ni. hehe
ahfat recently posted..LUDAH NAMEWEE- LUDAH KATY LIM LI LIAN- LUDAH DARREN WEE !
Tuan,
Terima kasih atas pendedahan…
Mohon copy-paste.
Rohaifi Azri recently posted..Pusara Bonda
Eeee… yaakerrttt..
Nape la umat Islam hari ini sering diberi makanan ‘kotor’….
isk..isk..
Trm ksh pendedahan ini bro!
sesetengah orang di Malaysia ini kurang sensitif dengan keperluan bangsa dan agama lain. Mereka hanya pentingkan keuntungan. Mustahil mereka tidak tahu yang umat islam tidak makan babi.
zezebel recently posted..Hari Raya Green Ang Pow
goli deenn..tamau makan kerang dah…