Reality in Real Life

Kawasan Pentadbiran MPAJ Sangat Bersih…

Moto Majlis Perbandaran Ampang Jaya ialah Berbakti, Bersih dan Berbudaya

Kira-kira sebulan lalu, di suatu pagi,  seorang rakan menelefon saya.

“Bang, minta tolong sangat-sangat. Di kawasan saya ada majlis kahwin hari ini. Tapi timbunan sampah terletak betul-betul sebelah khemah tetamu. Dah berminggu tak diambil sampah di sini. Pengantin dah siap menangis-nangis , malu kepada tetamu yang akan datang nanti.”

Saya segera menelefon rakan di Majlis Perbandaran Ampang Jaya, MPAJ dan meminta bantuan beliau untuk memanjangkan perkara tersebut kepada pihak berkaitan untuk tindakan segera.

Dan menjelang tengahari, sampah yang bertimbun telah diambil.

Kawasannya ialah di Ukay Perdana, Ampang – yang berkapasiti penduduk mungkin telah menjangkau lebih 5,000 sejak akhir-akhir ini.

Ini bukan kali pertama saya meminta bantuan dari rakan MPAJ tersebut, malah telah beberapa kali kerana masalah kutipan sampah di Ukay Perdana sangatlah kronik sejak bulan Oktober 2011 lalu apabila perkhidmatan Alam Flora ditamatkan dan diganti oleh kontraktor-kontraktor cap ayam yang entah datang dari mana.

Saya juga pernah menghantar email aduan kepada Yang Dipertua MPAJ beserta bukti foto, yang akhirnya tindakan segera dilakukan, tidak sampai 24 jam, lori sampah datang mengutip sampah yang terbiar lebih seminggu.

Tetapi, bagai pahat dan penukul – hanya sekali tindakan, kemudian senyap, kemudian lapor lagi, kemudian senyap.

Dan ini bukan kali pertama juga saya menerima rayuan penduduk meminta jasa baik untuk menyelesaikan beberapa masalah mereka terutama masalah sampah dan jalan yang selalu berlubang walaupun baru ditampal.

Tetapi, kali ini saya sudah hilang sabar kerana berani saya katakan, jika benarlah pegawai-pegawai di MPAJ melakukan kerja mereka, masalah ini tidak akan timbul atau sekurang-kurangnya diatasi beransur-ansur.

Benarkah pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan hanya melakukan kerja sambil lewa, dan membuat laporan di pejabat sebagai :

“SEMUA OK…”

Pihak tertentu seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah SPRM juga mungkin boleh menyemak samada kontraktor menuntut bayaran pungutan sampah dari MPAJ , tetapi kerja tidak dilakukan.

Semak juga laporan-laporan oleh pegawai yang sepatutnya memantau, tetapi hanya memberikan jawapan yang semuanya OK.

Masalah lain yang timbul pula sekarang apabila sampah sisa pepejal pula tidak diangkut yang saya rasakan sudah melebihi sebulan menjadikan ia sebagai kawasan pembiakan tikus.

Lihat sahaja foto-foto ini seperti perabot, kayu, malah jamban pun ada.

Ini foto 2 hari lalu

Ini dirakam pagi tadi.

Rumah sampah sesuai dijadikan rumah penginapan , manakala tong sampah pula seperti biskut Chipsmore – sekejap ada, sekejap tiada.

Saya sendiri tak faham ke mana perginya wakil rakyat, atau ahli majlis MPAJ atau pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan untuk semua perkara asas ini.

Itu belum lagi dikeluarkan mengenai pusat cuci kereta haram, longgokan kereta-kereta rosak yang dianggarkan lebih 30 buah ditinggalkan di kawasan ini, gerai kecil/kereta tolak di laluan pejalan kaki rumah kedai dan di sini pernah juga dijadikan transit menempatkan pendatang asing.

Saya sangat-sangat tidak faham…

Nota – masalah ini berlaku dihampir semua daerah di Selangor sejak kebelakangan ini.

10 Comments

  1. execption2008's Gravatar execption2008
    03/03/2012    

    Jika ada masalah berlaku dalam negeri PR, sudah pasti UMNO akan dipersalahkan walaupun UMNO xde kena mengena dalam kes seperti ini… Maka boleh dikatakan ini semua SALAH UMNO…

  2. 01/03/2012    

    teruk la memang sekarang selangor..Ini mungkin ada pegawai yang makan rasuah ni kalau tak kenapa jadi begini..sekarang tuhan nak tunjukkan kesan dari buat perkara haram ni.

    bagi kawasan saya taman samudera batu cave bwh majlis perbandaran selayang semuanya baik2 sahaja sampah dikutip mengikut waktunya.

  3. 29/02/2012    

    Assalamualaikum,
    Kawasan Bangi bawah MPKJ…kawasan kediaman kami setakat ni macam biasa servis mereka, 2-3 kali seminggu. Setakat ni tak ada longgakan sampai begitu sekali.

  4. 29/02/2012    

    nasib baik juga majlis daerah kuala langat ni masih lagi ok cuma kdg tu ada juga sampai seminggu tak kutip sampah…

    tapi lepas call majlis mmg diorang terus bagi respon yg cepat dan siap call lagi lepas tu utk pastikan lori sampah dah dtg ke belum

  5. Minkazama's Gravatar Minkazama
    29/02/2012    

    Di kawasan Rawang pun sudah menular. Biasanya sampah2 akan dikutip pd setiap Selasa, Khamis dan Sabtu di area saya. Sejak kebelakangan ni sampah2 lewat dikutip

  6. Ruffey's Gravatar Ruffey
    29/02/2012    

    Kawasan saya di bawah Majlis Perbandaran Klang, setakat ni alhamdulillah diurus dengan baik. Isu sampah sekitar Selangor ni sampai boleh jadi modal kempen pilihanraya, jangan terjerumus menjadi munafik apabila amanah yang diberikan tidak dilaksana dengan sepatutnya.

  7. 29/02/2012    

    Berbeza dgn Sistem E-Aduan DBKL… pegawai DBKL tu siap datang ofis utk jmpa saya sbb saya tak letak no. hp. Bermakna pegawai DBKL tersebut serius & komited dlm tugas dia.

  8. 29/02/2012    

    MPAJ mmg… dahlah sistem e-Aduan dia tidak brp berfungsi. Saya buat aduan melalui e-Aduan langsung takde apa2. Last2 sy emel ke YDP MPAJ & Ahli Majlis yg jaga Ukay Perdana. baru ada tindakan.. itu pun selepas saya berulang kali bertanya.

    Buat Aduan Jan 2011 & 6 Mac 2011 – 29 April baru jawab.

    http://rafanisi.blogspot.com/2011/05/foto-tanah-runtuh-di-ukay-perdana-aduan.html

  9. 29/02/2012    

    tmpt sy di bwh majlis sepang. so far ok alhamdulilah

  10. 29/02/2012    

    Ampang, Taman Kosas tempat saya tinggal ni di bawah pentadbiran MPAJ juga mengalami masalah yang sangat kritikal.. entahlah, sebelum ni ok jer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current day month ye@r *

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting