Kopi Ereksi Untuk Wanita Dirampas

Taman Shamelin Perkasa
Cheras, Kuala Lumpur
10 Feb 2010
11 pagi
Perhatian: Entry ini mengandungi bahan-bahan bacaan yang diklasifikasikan sebagai 18SX.
Bayangkan, apabila wanita menelan Viagra/ Cialis

Apakah reaksi yang berlaku pada sistem tubuh wanita itu?

Mengikut testimoni dari wanita yang telah meminum kopi yang dirampas ini, mengakui nafsu sex mereka menjadi lebih teruja dan memberangsangkan selepas meminum kopi ini.
Bagaimanapun, sebenarnya wanita itu tidakpun mengetahui bahawa kopi yang diminum itu mengandungi bahan yang merupakan untuk mengubati mati pucuk (impontensi) yang sebenarnya digunakan untuk lelaki mempunyai masalah demikian.
Kopi campuran yang dirampas di dalam operasi besar-besaran di seluruh negara ini sebenarnya telah berada dalam pasaran sejak lebih 2 tahun lalu.
Ia dijual secara jualan langsung.
Harganya bukan murah, RM30 sepeket 20gm, (RM300 untuk sekotak 10 peket).dan mempunyai dua jenis pembungkusan – kopi untuk lelaki dan kopi untuk wanita.
Syarikat yang diserbu ini sebenarnya telahpun dibatalkan Lesen Jualan Langsungnya oleh Kementerian Perdangangan Dalam negeri, Koperasi dan Kepenggunaan KPDNKK
Lesen jualan langsungnya telah dibatalkan sejak 19/09/2008
SENARAI SYARIKAT YANG PERNAH MEMOHON LESEN DI BAWAH AKTA JUALAN LANGSUNG 1993
Setelah beberapa bulan menjalankan siasatan, risikan dan mendapatkan maklumat dalaman, akhirnya ibupejabat syarikat yang terletak di Taman Shamelin Perkasa diserbu.
Turut diserbu, kilang pembungkusannya di Melaka dan semua pejabat stokis di seluruh negara.
Rampasan bernilai kira-kira RM1 juta.
Nampak mudah, tetapi sebenarnya banyak ‘homework’ perlu dibuat sebelum serbuan dilakukan kerana sebarang kesilapan boleh membawa implikasi besar.
‘Kunci’ utama ialah laporan kimia setelah sample produk diuji di makmal, membuktikan kandungan sebenar di dalam kopi campuran ini.
Ada dua jenis sample diujikaji dan hasilnya:
Extremen – (untuk lelaki) – mengandungi hydroxythiohomosildenafil 
sejenis analog sildenafil iaitu sildenafil yang telah diubahsuai strukturnya dan sukar ditemui/dikesan melalui ujikaji jika makmal yang digunakn tidak canggih.

Sildenafil (Viagra) – digunakan untuk mengubati disfungsi ereksi (impotensi; ketikdamampuan untuk mendapatkan atau mempertahankan ereksi). Sildenafil adalah di dalam kelas fosfodiesterase (PDE) inhibitor. Sildenafil meningkatkan aliran darah ke penis selama rangsangan seksual berlaku.
Ia dikawal di bawah Akta Racun 1952, group B poison list.
Extrewomen – (untuk wanita) – mengandungi tadalafil dan kaffein
Tadalafil digunakan untuk mengubati disfungsi ereksi (impotensi;ketidakmampuan untuk mendapatkan atau mempertahankan ereksi). Tadalafil berada dalam kelas disebut fosfodiesterase (PDE) inhibitor. Ia bertindak dengan meningkatkan aliran darah ke penis selama rangsangan seksual.Hal ini meningkatkan aliran darah dapat menyebabkan ereksi. Tadalafil tidak menyembuhkan disfungsi ereksi atau meningkatkan hasrat seksual.
Ia dikawal di bawah Akta Racun 1952, group B poison list.
Pengarah Penguatkuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan, Mohd Hatta Ahmad berkata, orangramai seharusnya tidak mudah terpedaya dengan sebarang produk yang kini kebanyakannya dibungkus dan didakwa sebagai kopi dan mempunyai pelbagai ‘kuas’ luarbiasa’.

Harga yang begitu mahal serta dakwaan-dakwaan ajaib itu sepatutnya menimbulkan kecurigaan kepada mereka dan boleh meminta nasihat dari pihaknya jika meragui kandungan di dalamnya.

Beberapa lagi produk syarikat ini akan diuji dimakmal bagi menetukan kandungan sebenar di dalamnya.

Post Lain Yang Berkaitan

12 Comments

  • Pada 2010.02.10 11:36, lol menulis:

    jangan lepas minum , perempuan pulak tumbuh anu .. mampos laki dorang .ahahahhahaha

    • Pada 2010.02.10 11:58, Eldy menulis:

      berubah menjadi pengkid ?! haha ~

      • Pada 2010.02.10 12:37, Azhar Desa menulis:

        dah keluar berita kat Buletin Utama

        ada tulis red coffee ..ntah x penah dgr

        • Pada 2010.02.10 13:03, hayatiharun menulis:

          Azhar..ape lak tak pernah dgr..pemes ape kopi ni..sy adaklah salah seorg penggemarnya dan sepanjang minum kopi ni…sy tak rasa ape2pun..tpi serius ckp..sakit tumit mmg ilang,badan mmg rasa berpeluh..ok ape tpi itu 2 thn yg lepas skrg tak lagi sbb susah nak dpt bekalan..tak tahu knp.Lol…tak adelah sampai kuor anu pun…hehehe…melampau dah tu..Er..(maaflah ye bang..ni lari topik sikit ni)…kalo nak dibandingkan pantai mersing ngan pantai kat Trg…Trg lebih cantik,pantainya,pasirnya,pulaunya…jd sy rasa kalo abg nak gi bercuti elok rasanya abg ke pantai timur je…tak yah dtg mersing…pasir dia tak elok…hehehe…

          • Pada 2010.02.10 16:45, Anonymous menulis:

            Bro…saya bab bab jual MLM/direct selling ni memang langsung tak percaya.

            Mind set saya dah tetap…ni semua penipu…konon nak bagi sihat…kemudian nak bagi kaya…akhirnya kena tipu.

            Modus operandi sama…tokey diatas paling kaya…yg bawah ni dapat la seposen dua…

            Bahan jualan pulak bubuh dadah…pulak tu siap jamin boleh baik pulih semua kerosakan…mana idaknya jangka pendek memang la makan dadah.

            Tu ada yg terberak cirit kena penangan makanan ni rupanya dia taruk julap…

            Aku namapak adik beradik beli barang ni kat rumah memang aku buang sebab PENIPU…

            MesinJahitSinger

            • Pada 2010.02.10 23:31, hayatiharun menulis:

              Mesinjahit singer….keringnya hati ko yek???MLM tak delah semuanya tak bagus,sy minum INTRA…asma sy dah takde..suami sy dulu bila baca pakai cerminmata,skrg dah ok,bila baca SMS takdelah mintak tolong sy bacakan…dia dah boleh baca sendiri pun…

              • Pada 2010.02.11 01:41, Anonymous menulis:

                Mesinjahit singer…. sy pun tk pernah percaya MLM. tp sy menderita sakit kulit eczema di tapak kaki dan finger tips dari dec 2005. sy dikenalkan dgn transfer factor pd sep 2008. alhamdulillah sakit sy terkawal dan pernah hampir sembuh sepenuhnya hingga 95% insyaallah. Allah yg beri sembuh

                • Pada 2010.02.11 03:02, khairolghani menulis:

                  kalau tak silap,Extremen&Extremewomen ni fames gak..selalu nampak iklan kat paper ngan majalah..

                  • Pada 2010.02.11 08:03, Suzila menulis:

                    Hai…nasib baiklah saya xminum kopi, selamat skit dr benda2 gini.

                    • Pada 2010.02.11 08:26, ROHAIFI AZRI menulis:

                      BOS, TERIMA KASIH ATAS PENDEDAHAN, BACA KAT HARIAN METRO TAPI GAMBAR DIKABURKAN. BUKAK KAT SINI BARU TAHU KOPI JENAMA APA.
                      .
                      MINTAK KEBENARAN MENYALIN-TAMPAL ARTIKEL INI DIBLOG SAYA…

                      • Pada 2010.02.12 00:12, "myheart"-abieyazaly- menulis:

                        salam ziarah…lorrr ya ka,x sangka plk,produk ni berleluasa di png.sy pon pernah minum sebungkus ja tu pon kwn bg rasa.

                        • Pada 2010.03.02 02:36, eLiza menulis:

                          salam bro

                          sy berminat dgn laporan2 mcm ni, berkenaan kesihatan & produk2 kesihatan je sbb sy pon byk melibatkan diri dgn pharmaceutical & nutrition.

                          sy sendiri pon biasa keje buat formulasi produk2 kesihatan ni tapi takde la produk yg mcm ni. permintaan utk produk mcm ni mmg byk sbb sikap pengguna sendiri. mereka mahukan produk yg kononnya selamat tapi boleh bg kesan dlm tempoh kurang dr seminit (cepat la tu). org2 mcm ni la yg selalu kene benda2 mcm ni. bg formulator yg tak iklas, yg tak kesah hal2 halal haram atau isu regulation, dorg letak je la benda2 terlarang ni yg penting pengguna sentiasa beli & percaya produk mereka bagus!

                          nasihat sy, kalo dah cuba produk yg terlalu bagus, forward2 la berita tu kat kementerian. mana la tau kalo2 produk tu tipu. dpt la kita elak dr merana badan nnt…

                          You must be logged in to post a comment.